Aku terus mengikut alunan suara dan lagu yang menggunakan Guitar. Cukup sempurna. Sampai disana ada seorang lelaki yang dia kepung oleh remaja perempuan.
Aku cuba untuk menyelit masuk sedikit demi sedik dan akhirnya wow dapat juga selit. Terus dekat depan tu. Lelaki tu sumpah handsome suara pun masya Allah.
" baiklah anda nak request lagu apa? " dia tanya nak request lagu apa. Apa lagi aku angkat tangan.
" thinking out loud juseyo " dia tersenyum dan mula memetik guitar dan menyanyi.
Sempat aku rakam dia menyanyi. Bibir aku serta merta menyanyikan lirik lagu tersebut. Entah kenapa aku suka sangat dengar suara dia.
Tak mungkin aku jatuh cinta dengan suara dia. Tak mungkin.
" thankyou so much! " dia bow 90° kepada menonton. Aku terus mendekatinya.
" hi! Suara awak sedaplah, kalau boleh saya pun nak ada suara macam awak. " dia yang sibuk mengemas barang terus memandang aku dan senyum lagi.
" mana ada suara saya biasa-biasa je. Saya tak pernah nampak awak pun dekat sini ?" Wow dia boleh tahu en orang yang ada dekat situ ke tak.
" takdelah, saya sebenarnya dari kedai alat musik hujung sana. Tapi tulah ada orang dah beli guitar yang saya dah book minggu lepas. Dahlah hadiah tu untuk adik saya " dia mengangguk dan menyandang bag guitarnya di belakangnya.
" ahhh, kesian awak. Mesti adik awak sedih kan? " dia tetiba jadi macam sedih. Adui lembut do hati dia ni.
" eh takyah sedih. Takpe adik saya akan faham. And yes setiap hari apa awak busking dekat sini? " riak mukanya bertukar gembira.
" sabtu ahad je. Kalau rajin jumaat sabtu ahad. Kenapa? Awak nak datang eh? " tahu-tahu je aku nak datang.
" yup, saya nak datang . Saya kena pergi ni, nanti cair pulak aiskrim ni . Kalge !" aku melambaikan tangan ke arahnya dan terus beredar.
Tapi suatu perasaan timbul dalam hati aku dan jantung aku berdegup dengan pantas.
TBC
Next chapter 5 votes 💕
YOU ARE READING
[✔] Guitar • Jacob •
Historia Cortawhen one instrument can makes me and you together forever . Start : 14 Feb 2018 End : 24 Feb 2018