Bab 3

56 3 0
                                    

Dah sebulan kami bertunang. Aku macam perasan perangai Nizam dah lain sikit. Dia banyak habiskan masa dengan handphone dia dari berbual dengan aku.

"Siapa tu? Dari tadi saya tengok awak tersenyum-senyum,"

"Hah? Oh. Kawan-kawan sekolah menengah dulu,"

"Oooo,"

"Awak dah siap makan ke? Jom la saya hantaq balik. Saya ada kerja sikit nak kena buat dekat office,"

"Jom lah. Oh. By the way, ummi tanya bila kita nak pegi fitting baju. Sebab dah tinggal lagi 4 bulan nak kenduri,"

"Oh. Kita tak pi fitting lagi? Rasa macam dah buat ja,"

"Belum lah,"watt

"Tengoklah minggu depan ka. Nanti saya inform lain,"

"Okay,"

Aku tak tahu kenapa aku rasa macam aku yang bersungguh nak kahwin sekarang ni. Nizam macam tak ambil peduli langsung. Yang paling aku pelik, walaupun aku kerani je dalam office tu, tapi aku tahu projek mana yang dah setel, mana yang tak setel lagi. Tapi sekarang mana ada projek yang tak setel lagi.

"Awak dah pi klinik ka cek kenapa gatal-gatal tu?"

Aku tengok bintik-bintik ruam di tangan aku. Gatal gila! Sampai satu tahap aku garu sampai nampak macam kurap luka tu.

"Dah. Doktor kata gatal-gatal biasa ja,"

"Oo. Okay,"

Aku ingat lagi malam sebelum aku kena gatal-gatal ni, masa aku ke dapur tengah malam, tiba-tiba ada seekor kelawar, entah dari mana tiba-tiba muncul dari dalam dapur, terus terbang ke muka aku. Nasib baik aku sempat tutup muka aku dengan tangan. Kalau tak, habis berparut muka aku. Nak lagi seram, malam yang sama juga, aku terdengar ada perempuan menangis mendayu-dayu dari luar tingkap bilik aku. Apa yang dia sedih sangat aku tak tahu.

"Kak Jah oiii! Meratap apa malam-malam ni!Aku nak lena pun payah!" Ini aku menjerit dalam hati je la.Gila nak tegur betul-betul. Mahu tiba-tiba 'Kak Jah' tu datang hulur karipap dekat tingkap bilik aku, tak ke naya namanya tu.

Ummi ajak aku pergi berubat dekat satu dukun kampung ni. Tapi aku jenis tak percaya dukun-dukun ni. Syirik karang, habis aku kena buat solat sunat taubat 40 hari 40 malam. Tu pun rasa tak cukup taubat. Tapi ummi cakap Kak Piah ni bukan dukun pun. Dia pengamal perubatan tradisional yang guna akar kayu untuk ubat-ubatan dia. Aku pun terpaksa setuju sebab kasihankan ummi sahaja.

Kami ke rumah Kak Piah dan jangkaan aku meleset teruk. Aku ingatkan rumah dia, rumah papan yang dalam hutan dan tunggu masa nak roboh. Rupanya rumah teres biasa dan siap dekorasi ala Inggeris. Dukun moden ni.

"Assalammualaikum Kak Piah,"

"Waalaikumsalam, mai masuk,"

"Ni saya bawak anak perempuan saya datang berubat dengan Kak Piah ni. Gatal-gatal teruk sangat. Sampai luka-luka. Dah bawak pi klinik pun sama jugak,"

"Oooo. Tak pa. Mai nak tengok,"

Habis seluruh badan Dahlia di belek-belek Kak Piah.

"Ni tak ada apa ni. Dia terkena ja. Ada 'benda' melintas, terkena kat dia. Tak pa. Balik ni, lepas solat asar, baca Yasin dekat ayaq mineral, campur daun semambu ni, lepastu mandi. InsyaAllah elok la nanti,"

"Oooh. Makcik tak hembus-hembus dalam ayaq tu ka?" Aku saja tanya sebab nak dapatkan kepastian.

"Hang ingat aku bomoh ka nak hembus-hembus? Syirik tu. Dosa aku,"

"Haha! Gurau-gurau. Sebab dok tengok dalam drama selalu hembus-hembus,"

"Hish. Hembus-hembus tu confirmlah kuman masuk sekali. Orang nak bagi sihat, dia tambah kuman. Tu nama dia pengotor,"

Ketawa besar aku dengar bebelan Kak Piah. Hilang risau aku takut syirik.

Sampai di rumah, handphone aku berbunyi. Kak Ti.

"Assalammualaikum Kak Ti,"

"Waalaikumsalam. Dahlia tak sihat ka? Nizam cakap Dahlia MC hari ni?"

"Aah. Tak sihat sikit,"

"Tu jumpa Kak Piah, Kak Piah cakap apa?"

Mana Kak Ti tahu aku jumpa Kak Piah ni?

"Mana Kak Ti tau?"

"Laa. Jiran Kak Piah tu kawan Kak Ti. Dia yang habaq dekat Kak Ti,"

"Oooo. Tak ada apa-apa. Dia suh balik mandi dengan ayaq daun semambu ja,"

"Ooo. Okay. Dahlia tau kan Nizam pi KL?"

"Nizam pi KL? Ada projek baru ka?"

"Projek apa. Dia pi jumpa Nadia,"

"Nadia? Ex-girlfriend dia dulu tu ka? Buat apa?"

"Nak pi bersemuka la. Nadia tu macam meroyan bila dapat tau Nizam dah bertunang. Tah apa-apa perangai,"

"Ooo. Nak kena bersemuka bagai ka? Telefon ja tak boleh ka?"

"Tak boleh. Sebab mak Nadia tu siap call Nizam lagi,"

"Mak Nadia call?"

"Sebelum putus, Nizam rapat dengan mak Nadia. Kira depa dah anggap Nizam tu macam menantu depa dah. Tu yang bila Nadia jadi macam ni, depa mintak tolong Nizam,"

"Oooo," Dahlia rasa macam ada benda yang tak kena.

"Tak pa lah. Kak Ti pun dah habaq kat Dahlia. Tak payah risau sangat la na. Nizam kan sayang Dahlia. Tak ada apa-apa la tu,"

"Okay, Kak Ti,"

"Bye. Assalammualaikum," Klik!

Aku mula tak sedap hati. Tapi aku sedapkan balik dengan bersangka baik. Mungkin dengan cara bersemuka, Nizam dapat betul-betul tamatkan hubungan mereka.

"Kak Ti ka, Kak Long?" Tanya ummi. Mungkin ummi perasan air muka berubah masa berbual dengan Kak Ti tadi.

"Aah,"

"Awat dengan Nizam?"

"Ummi, Nizam pi KL. Jumpa ex dia balik,"

"Buat apa?"

"Kak Long tak tau. Kak Ti cakap Nizam nak pi bersemuka dengan ex dia sebab macam meroyan bila dapat tau NIzam dah bertunang,"

"Kalau dia meroyan pun, Nizam nak boleh buat apa? Awat Nizam tak buat bodoh ja?"

"Entah,"

"Ni yang ummi tak berkenan ni. Orang bertunang, darah tengah manis. Dia boleh pi jumpa bekas dia balik. Ummi tak sedap hati,"

"Tak ada apa kot ummi. Dia pi jumpa nak selesaikan dengan baik kot,"

"Harap macam tu lah,"

Ummi, Kak Long harap Nizam tak berubah hati lah.

Dahlia InaraWhere stories live. Discover now