"Aku terima nikahnya Dahlia Inara binti Zainal Rashid dengan mas kahwinnya 10 dinar emas, tunai,"
Okay. Done. Aku dah jadi isteri orang. Rasa nak 'Yeay!' time ni pun ada, nak meraung menangis pun ada. Control yourself. Control yourself. Jangan tunjuk seronok sangat. Naqib pandang aku sambil kenyit mata. Aku balas dengan senyum je. Gila nak balas kenyit. Buang tebiat dekat orang aih.
"Taulah hangpa dah sah. Control sikit gatai masing-masing tu," Kan dah cakap. Ummi nampak! Aku sengih tunjuk gigi dekat ummi.
"Tahnya ummi. Orang control la sikit gatai tu. Tak sabaq-sabaq," Aku mencebik kepada Nani. Jeles lah tu. Macam aku tak tau cerita kau dengan Nazrin. Hangpa tunggu sat.
Selesai bacaan doa, Naqib bersalaman dengan ayah. Ayah macam ada cakap sesuatu dengan Naqib tapi aku tak berapa nak dengar. Naqib peluk ayah sambil menepuk belakang ayah. Ayah menangis ke? Kemudian ayah dan Naqib menuju ke arah aku dan ummi.
"Ummi, walaupun Ara dah jadi isteri Naqib, ummi jangan risau. Naqib akan pastikan yang Ara akan selalu jadi anak yang solehah untuk ummi dan ayah. Dan Naqib pun akan cuba jadi anak yang solehah untuk ummi dengan ayah jugak. Naqib tak boleh nak jadi suami yang sempurna untuk Ara, tapi Naqib akan cuba yang terbaik demi Ara,"
Aku tengok ummi dah sebak. Ni yang aku nak emo ni. Control. Control. Ummi tahan sebak dia dulu.
"Ummi panggil Bang Long eh. Dah jadi anak ummi kan. Ummi tak risau kalau Bang Long yang jaga Kak Long. Cuma ummi nak mintak maaf dulu-dulu kalau nanti Kak Long ada kurang apa-apa. Ummi dengan abah dah cuba lengkapkan Kak Long dengan apa yang kami boleh lengkapkan supaya Kak Long boleh lengkapkan Bang Long. Terima kasih sebab sudi jadi suami Kak Long," Ummi peluk Naqib. Air mata aku dah hujung-hujung dah ni.
Naqib dah depan aku. Aku pandang Naqib. Macam tak percaya mamat yang hampir kena reject dengan aku ni dah jadi laki aku. Terus kenangan masa kami tour Europe bertalu-talu masuk dalam kepala aku. Macam mana tenangnya aku bila ada dia, macam mana manisnya ayat-ayat dia, macam mana usahanya dia cuba buatkan aku lupakan kenangan lama, dan macam mana adanya dia di setiap waktu aku susah. Ni yang buat aku emo ni. Air mata yang hujung-hujung tu terus melimpah macam empangan pecah.
Naqib capai tangan aku dan dipegangnya lama.
"Thanks,"
Aku balas pegangan tangan dia sambil menepuk lembut.
"Thanks to you, too,"
Aku tunduk dan mencium tangan Naqib. Nani hulurkan gelang tangan kepada Naqib untuk dia pakaikan kepada aku. Naqib seka air mata aku yang aku rasa dah sepahkan mekap aku. Lantok pi kat dia. Aku nak emo hari ni.
Majlis akad nikah kami hanya dihadiri keluarga dan kawan rapat sahaja. Bila majlis resepsi nanti baru kami jemput yang lain. Selesai makan tengah hari dan semua tetamu dah pulang, kami berkumpul di ruang tamu. Ada keluarga aku dan Nani dengan Nazrin. Uncle Berahim dan Aunty Maria terpaksa pulang awal. Nak kejar flight untuk ke Spain. Nani cakap honeymoon buat kali ke berapa tah. Dah tua-tua pun nak honeymoon lagi. Ala Nani, hang dengki sebenaqnya abah dengan mama hang tak bawak hang kan? Ceh.
"Hah. Baru teringat nak tanya. Apa jadi dekat Zaid?" Pertanyaan aku buatkan semua orang terdiam. Awat pulak dah? Naqib genggam tangan aku.
"Tak pa, Qib. Biaq aku cerita," ujar Nazrin. Aku pelik. Awat yang payah sangat nak cerita? Apa jadi dekat Zaid tu? Teruk sangat ka sampai semua macam payah nak cerita?
"Masa hang kena hentak dengan Zaid haritu, kebetulan aku dengan Nani baru sampai. Kami ingat nak bagitau la yang..."
"Cerita benda penting dulu," celah Nani. Eleeeeh. Ingat aku taktau la tu. Hehehe.
YOU ARE READING
Dahlia Inara
Romance"Saya lapaq. Jom pi makan cepat," "Awak sedar tak apa yang awak cakap tadi?" "Apa?" "Serius ke tu?" "Ingat saya tengah main-main ka?" Aku hulur muka dekat lubang aircond kereta. Bagi sejuk muka dan hati yang tengah menggelegak ni. "Okay. I'll take i...