Perjalanan dari Sarajevo ke Mostar ambil masa dalam 3 jam untuk sampai. Untuk ke Mostar, kami naik keretapi. Sepanjang perjalanan ni jugak, sempat ada sesi hati ke hati. Tapi sesi ni sekejap saja..Nani dah terhangguk-hangguk mengantuk! Kenyang makan, macam ni lah jadi. Sementara Nani tidur, aku tengok pemandangan di luar. Cantik bila keretapi lalu di celah-celah gunung, celah-celah tasik. Aku rasa macam dalam cerita Harry Potter. Keretapi lama yang berlepas dari platform 9 ¼ untuk ke Hogwarts, lalu di celah gunung bersalji, tasik besar yang tunggu masa ada naga keluar dan keadaan di dalam keretapi yang agak suram, macam ada Dementor datang nak ambil roh kau.
Nak buka tingkap, sejuk gila dekat luar sebab sekarang tengah musim sejuk. Tapi Nani cakap Mostar kurang sejuk berbanding Sarajevo. Aku termenung memandang luar. Cuba untuk kosongkan fikiran, tapi susah betul nak kosongkan bila otak kau ada 20TB 'cerita tak best'. Jenuh nak padam.
"Kitorang duduk sini boleh?"
Aku menoleh. Naqib dan Nazrin. Lupa pula yang dorang pun ke Mostar jugak hari ni. Aku pandang Nani. Tidur lagi.
"Duduk je lah,"
"Dia ni memang suka tidur eh? Orang datang jauh-jauh nak tengok pemandangan negara orang. Dia boleh bantai tidur. Rugi...rugi," Nazrin menggeleng-geleng tengok Nani tidur yang tak serupa perempuan tidur.
"Nani dah tiga empat kali datang sini,"
Serentak Nazrin dengan Naqib pandang aku.
"Tiga empat kali? Anak Bosnia ke dia ni?"
Yang ni memang buat aku geli hati sikit. Anak Bosnia gebu-gebu, Nazrin oi. Minah ni Melayu tulen. Mungkin kacuk Siam sikit la di sebelah mak dia. Nani pernah cakap, dia tahu dia tak lawa, tapi manis ada.
"Kawan awak backpacker ke?"
"Aah,"
"No wonder,"
"Minah ni kerja apa weh sampai boleh datang Bosnia tiga empat kali?"
Aku senyum saja. Aku takut ada di antara lelaki berdua ni yang jenis pantang nampak perempuan kaya. Kaki kikis. Kasanova. Kesian Nani nanti. Aku kalau boleh tak nak bagi Nani rasa sakitnya putus cinta, lagi-lagi sakitnya kena tinggal dan di tipu.
"Nanti dekat Mostar stay dekat mana?" Aku angkat bahu. Memang 100% aku serah dekat Nani untuk trip ni.
"Hiyaaarrrkkkkk! Dah sampai ke? Awat aku dengaq orang cakap bahasa melayu? Mak!!" Nani dengan selamba mengeliat dan melompat atas kerusi, terkejut lihat Naqib dan Nazrin duduk di hadapan kami.
"Kita sampai Padang Besaq dah ni. Tak sabaq nak pi beli toto dah ni. Hahaha!" Si Nazrin ni mula dah. Pantang jumpa, mesti ada ja agenda dia nak naikkn darah Nani.
"Oo. Ya ka. Boleh beli lesung batu sekali nanti," Aku pandang Nani. Dia layan?
"Nak genyeh sambai belacan ka?" Nazrin dah tergelak-gelak. Buruk betul bunyi dia bercakap loghat utara.
"Dak aih. Nak punggai kat mulut hang. Mulut macam kera makan belacan!"
"Qib, punggai tu apa?" Nazrin berbisik kepada Naqib, tapi masih boleh di dengar.
"Punggai tu..."
"Ni punggai!" Belum sempat Naqib terjemah, botol air melayang ke kepala Nazrin. Mujur botol air kosong yang di lempar Nani, bukan botol kaca Redbull di sebelah dia.
"Woih!"
"Pa dia??"
Nani dengan Nazrin dah sama-sama berdiri, tunggu masa nak bersilat. Aku dengan Naqib cepat-cepat tarik mereka untuk duduk balik.
YOU ARE READING
Dahlia Inara
Romance"Saya lapaq. Jom pi makan cepat," "Awak sedar tak apa yang awak cakap tadi?" "Apa?" "Serius ke tu?" "Ingat saya tengah main-main ka?" Aku hulur muka dekat lubang aircond kereta. Bagi sejuk muka dan hati yang tengah menggelegak ni. "Okay. I'll take i...