Bab 9

48 4 0
                                    

"Assalammualaikum, ummi. Sihat?" Aku kena control sebak. Rindu woi! Tak pernah jauh beribu batu macam ni. Tak beribu dah ni. Aku rasa macam berjuta batu.

"Alhamdulillah, sihat. Ayah pun sihat. Kak Long sihat?"

"Sihat ummi. Kak Long baru sampai dekat Bosnia ni ummi. Tengah rehat-rehat dekat bilik hotel sat. Besok baru bertolak pi Mostar,"

"Oooo. Tak pa lah. Jaga diri elok-elok. Solat jangan tinggai walaupun jauh dari mata ummi dengan ayah. Tu pegangan kita. Ni ummi nak tanya sikit. Ada Kak Ti mesej ka call Kak Long lagi tak?"

"Taktau ummi. Kak Long tak bukak pun simkad Malaysia punya. Kak Long pakai yang sini punya ja. Awat ummi?"

"Tak dak pa pa lah. Kotlah dia kacau Kak Long lagi. Sebab kelmarin dia ada mai bagi kad jemputan kahwin si Nizam tu. Jahat sungguhlah. Sanggup mai bagi kad kahwin dekat keluarga bekas tunang. Apa motif dia pun ummi tak tau lah."

Dalam hati aku, dah menyumpah-nyumpah Kak Ti. Panas menggelegak tiba-tiba hati ni.

"Lantak pi kat dial ah ummi. Tu dia tak cari Kak Long pulak?"

"Apa pulak tak cari. Ummi geram, ummi ceritalah Kak Long pergi travel pusing Europe dengan Nani. Dia cakap untung kawan dengan orang kaya. Tak dapat kikis duit bekas tunang, kikis duit kawan pulak. Haihhh,"

Aku rasa macam muka aku dah nak meletup. Dasar mulut longkang!

"Ummi baru nak cakap, si Lily bantai pi cakap takat harta tinggi Gunung Keriang, berlagak tak ingat kuboq. Mati tanam kain kapan jugak. Bukan pakai kain Pucci pun. Ummi bantai gelak sampai dia keluaq gitu ja dari rumah. Tak gaduh ummi perambat dengan penyapu. Hahaha!"

Aku ketawa terbahak-bahak dengar ummi bercerita. Adik aku, Lily Humaira, mulut sama lancang dengan Nani. Pelajar tahun kedua Sains Aktuari dekat Universiti Malaya. Sepatutnya Lily kena ambil jurusan perundangan, baru kena dengan mulut laser dia tu. Tapi laser Lily dan Nani, berasas. Bukan main tembak ikut sedap ayam. Berak berterabur. Aku jadi tak risau bila Lily ada di rumah.

"Lega rasa dengaq suara ummi, dengaq Lily ada dekat rumah. Tak dak lah Kak Long risau sangat,"

"Nak risau pa aih. Kami elok ja dekat sini. Pi lah enjoy puas-puas. Nanti balik, tak boleh nak enjoy dah. Kerja company besaq, tanggungjawab pun besaq,"

"Ya lah ummi. Nanti ummi kirim salam dekat semua na. Kirim salam sayang dekat ayah,"

"InsyaAllah. Kirim salam dekat Nani jugak nanti,"

"Okay ummi. Bye. Assalammualaikum,"

"Waalaikumsalam," Klik!

Hilang rindu aku. Walaupun baru 3 hari tak berjumpa. Kalau aku ni lelaki, aku rasa tiba masa balik Malaysia, jambang panjang sampai lutut dah kot. Jambang rindu. Nani diluar balkoni. Mungkin tengah berbual dengan mama dan abah dia. Tak lama lepas itu, Nani masuk ke dalam bilik, terus balut diri dengan comforter.

"Harey sejuk gila!" Nani menggigil.

"Yang hang pi dok kat luaq tu sapa suruh,"

"Aku tengah syok sembang dengan mama dengan abah, mana nak rasa sejuk ka apa,"

"Ummi kirim salam kat hang,"

"Waalaikumsalam. Mama dengan abah pun kirim salam dekat hang. Dok tanya hang sedih lagi ka, makan lalu ke tak. Hahaha!"

Aku tersenyum. Dalam hati ada sedikit rasa terharu dengan rasa keprihatinan keluarga Nani.

"Ni hang pi tengok kat luaq. Pemandangan cantik weh. Tengah sunset. Aku nak pi mandi sat,"

"Sejuk-sejuk ni hang nak mandi?"

"Berendam dalam ayaq hangat, perhhhh, sedap!"

"Ikut hang la, Nani oii," Aku sarung down jacket dan aku doublekan dengan down jacket Nani. Baru tak rasa sejuk sangat.

Memang cantik pemandangan aku sekarang. Tak banyak bangunan tinggi-tinggi di Sarajevo ni. Paling tinggi pun aku rasa, sama tinggi dengan Menara Alor Setar.

'Kak Ti datang bagi kad kahwin Nizam'

Senang sangat kau ubah hati kan. Memang dari awal lagi, niat kau rapat dengan aku, semata-mata nak lupakan perempuan tu. Aku yang bodoh. Aku ingat mungkin dengan rasa sayang aku, rasa cinta aku dekat kau, kau boleh lupakan dia. Aku tutup sebelah mata, tutup telinga bila keluarga kau hina keluarga aku, disebabkan rasa sayang aku tu. Mungkin kau tak pernah berubah hati. Mungkin selama kau dengan aku dulu, sekadar nak menghilangkan rasa bosan, rasa sakit ditinggalkan.

Aku peluk lutut sambil menundukkan muka. Rasa sakit tu masih ada. Masih belum hilang. Dalam luka yang kau bagi dekat akul, Nizam. Dalam. Aku pernah nekad, aku takkan menangis di bumi Bosnia. Tapi, aku menangis juga sekarang ni. Aku pandang ke dalam bilik, risau Nani nampak keadaan aku. Lega bila aku dengar suara Nani menyanyi di dalam bilik air. Aku lap air mata aku dan terus melihat pemandangan di hadapan aku. Tapi air mata ni tak reti nak berhenti la pulak...

Lama aku di balkoni sebelum aku masuk ke bilik. Aku pastikan mata aku tak sembap sebelum masuk. Takut Nani perasan yang aku baru lepas menangis. Aku buka televisyen, naaahhhh. Sepatah haram aku tak faham. Telenovela Bosnia. Tak ada subtitle. Tengok pi laaaah. Lama betul Nani mandi.

"Huih. Sedap sungguh ayaq Bosnia ni. Hang tak mau mandi, Ara?"

"Punyalah lama hang berendam. Teringin nak jadi badak ayaq ka?"

"Ayaq depa syok weh. Aku sempatlah lena sat masa berendam tadi. Hehehe,"

"Hang gila weh! Nasib tak lemas!"

"Aku biasa dah lena dalam tab. Terapi tu. Nak mandi ke tak ni?"

"Malas,"

"Aku nak order makan ni. Hang nak makan pa?"

"Room service ja ka?"

"Aku malas nak turun. Lepas sappedek, aku nak tidoq. Jetlag,"

"Jetlag la sangat. Sampai tengah berendam pun boleh lena. Jetlag konon,"

"Jetlag la tu. Hang nak makan pa weh?"

"Hang order la apa-apa pun. Aku makan ja,"

"Okay. Aku nak yang ni, dengan yang ni. Hang?"

"Yang ni dah la,"

"Okay,"

Selesai makan, Nani terus tarik selimut dan tidur.

Aku? Masih terkebil-kebil. Masih teringat-ingat. 

Bosnia, please be good to me...

Dahlia InaraWhere stories live. Discover now