Dari Sarajevo, kami ambil penerbangan ke Romania. Ya. Kami. Aku, Nani, Nazrin dan Naqib. Perancangan asal, Nazrin dan Naqib nak ke Croatia, aku dan Nani ke Slovenia. Tapi selepas pemilik hostel bercerita tentang Romania, kami terus tukar perancangan untuk ke Romania. Penerbangan dari Sarajevo ke Bucharest ambil masa dalam 4 jam termasuk transit di Munich Airport, German.
"Hang pernah pi tak Romania ni, Nani?"
"Tak. Ni first time ni. Tak sabaq pulak rasa nak pi Bran Castle tu,"
"Hang percaya ka Count Dracula semua tu? Mengarut,"
"Kat Malaysia takdak pontianak jantan. Yang ada pontianak perempuan. Dah la hodoh. Kat sini pontianak mat salleh. Confirm handsome. Hahaha!"
Memang hodoh pun. Tiba-tiba aku teringat 'Kak Jah' mencangkung dekat atas jamban tak berapa lama dulu. Bulu roma aku meremang terus!
"Hish. Bengong hang ni,"
"Tu la hampa kaum perempuan. Nak yang handsome.Yang kurang macam kami, nak-nak aku ni, tak ada siapa pun nak layan," sampuk Nazrin. Nani dah menjeling. Hampa berdua ni laaaaa...
"Sedaq diri tak pa. Dah la tak handsome, mulut macam kera, siapa mau,"
"Hish la hang ni. Aku memang tak handsome, tapi manis tu ada. Sweet tak?"
"Blerghhh.."
"Blerghhh blerghhh. Karang Nazrin yang jadi suami awak, baru padan muka. Blergh la atas pelamin nanti. Hahha!"
"Hish hang Naqib. Knock on wood...Knock on wood!" Nazrin ketuk kepala Nani. Memang cari nahas la dia ni.
"Yang hang pi ketuk kepala aku pasai apa!" Nani tarik pipi Nazrin kiri kanan. Menggelupur Nazrin cuba lepaskan diri. Aku dan Naqib hanya memerhatikan dari tepi tanpa perasaan. Lepas sebulan travel bersama, kami dah biasa dengan pemandangan macam ni. Memang Nazrin yang akan kalah dengan Nani.
"Sakit woih!"
"Nak buat lagi dak?"
"Tak! Tak!" Nani lepaskan cengkaman dia. Merah pipi Nazrin dikerjakan Nani.
"Saya tak boleh bayangkan kalau dorang dua ni kahwin. Memang huru hara lah rumah tangga nanti,"
Aku tersenyum. Tak boleh aku nak bayangkan Nani kahwin nanti. Puas nak bayangkan, memang aku tak dapat gambaran macam mana.
Tiba di Romania, kami check-in di Epoque Hotel, Bucharest. Geleng kepala aku tengok hotel ni. Aku rasa macam dekat dalam rumah agam lama, yang ada hantu berterbangan. Macam Haunted Mansion. Tapi bila masuk ke dalam, mewahnya hiasan dalaman dia. Bilik dia pun, Allahurabbi.
"Berapa rate semalam ni Nani?" Nani dah terlentang di atas katil.
"Entah. Aku main bayaq ja. Kata kat dia nak Junior Suite untuk 3 hari 2 malam, lepastu aku hulur kad aku, swipe, done,"
"Resit? Nanti boleh kira balik berapa aku nak kena bayaq,"
"Aku cepuk hang sat lagi. Aku cakap dah kan, enjoy this trip. Jangan risau pasal duit,"
"Ya lah. Tak sedap la kalau semua hang bayaq. Aku ada duit la. Tapi aku rasa hotel ni mahal. Hang dah tanya Nazrin dengan Naqib, depa okay tak hotel ni? Takut overbudget pulak depa kang,"
"Depa kata okay ja,"
Aku mengangguk, Aku berjalan-jalan di dalam bilik dan aku buka pintu balkoni. Cantik juga pemandangan dekat luar. Banyak bangunan lama. Sama macam dekat Bosnia, cuma dekat sini, vibe 'Dracula' tu agak kuat. Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa sebab aku tau asal usul Dracula dari sini la kot. Jangan 'Kak Jah' ikut aku sampai sini dah la..
"Ara,"
Aku toleh ke arah suara yang tak pernah bagi hati aku aman walaupun 5 minit. Naqib.
"Nani mana?"
Aku pandang ke dalam bilik. Nani dah membuta. Haihhh.
"Tengah tidoq. Nazrin?"
"Samalah,"
Aku alih pandangan ke depan. Teringat aku dengan caci maki Kak Ti dengan Nadia. Aku cuba tak ambil hati dengan apa yang dikatakan dorang, tapi entah. Nizam dah lepaskan aku. Dah dengan orang lain pun. Aku dah tak ada apa-apa kaitan langsung. Apa yang didengkikan sangat dengan hidup aku ni pun, aku tak tahu. Bukan senang nak lupakan seseorang yang aku simpan special dalam hati ni. Sebab bukan senang aku nak buka hati ni untuk orang lain.
"Ara!"
Tersentak sekejap aku bila Naqib panggil aku.
"Huh?"
"Mengelamun lagi la tu,"
"Oh. Sorry,"
"Still thinking about him?" Pandai Naqib teka. Tapi tak lah aku nak mengaku.
"Nope. Tengah terbayang, Dracula tu betul-betul ada ka?"
"Haha! Ke situ pulak yang dia pikir. Ada,"
Aku pandang Naqib. Ada? Bukan Dracula tu mitos?
"Ada?"
"Ada. Pernah dengar Vlad the Impaler? Pemerintah Romania dulu. Kejam gila. Hobi dia, sula manusia dan makan hati dan darah manusia,"
"Orang ka dia tu?"
"Orang la. Cuma dia kejam yang jenis sadis tu. Yang jadi famous tu sebab novel Bram Stoker Count Dracula. Asal dari sini. Konon Bran Castle tu istana Dracula dulu. Tapi ada juga yang saya terbaca, ada few sightings dekat Bran Castle tu,"
"Sightings?"
"Konon dorang nampak Dracula dekat situ. Alaa. Biasa la tu. Bangunan lama kan. Tak ada orang pulak tu. Tempat tak ada orang, lama, memang tempat favourite jin hantu syaitan la kan,"
"Oh," Balik ni memang aku nak cari novel Dracula tu.
Aku alih pandangan ke kota Bucharest di depan aku. Tenang. Aku suka angin malam di sini. Tak sejuk, tak panas.
'Saya tak tahu nak buat apa dah,Dahlia. Sanggup ummi awak buat macam tu dekat saya?'
Aku tak suka dengan fikiran aku sekarang. Masih bersisa dengan Nizam. Yang boleh buat mood aku ke kiri ke kanan. Yang buat hati aku sakit bila aku teringatkan kelakuan aku kepada ummi dulu. Aku duduk bersandar di pintu balkoni sambil memeluk lutut. Dah jauh sampai Romania dah kot ni. Nizam pun dah bahagia. Dah kahwin dah pun dengan cinta pertama dia. Lepas dia hancurkan harapan aku untuk jadi yang terakhir untuk dia.
"Ara,"
Aku lupa pulak yang Naqib masih dekat balkoni bilik dia. Aku pandang Naqib. Air mata aku mula bergenang.
"Please don't tell Nani,"
"Seriously Ara. Awak buat saya rasa nak lompat ke sebelah je sekarang,"
"Please...kalau boleh..tinggalkan saya sorang dekat sini. I need to be alone," Aku nak cakap yang lain, tapi lain yang keluar.
"If that gonna makes you feels better," Naqib masuk ke dalam bilik.
Jauh dalam hati aku, aku rasa aku tak nak menangis sorang-sorang malam ni. Aku tak nak rasa sunyi macam yang selalu aku rasa. Aku tertunduk di lutut dan menangis lagi. Kenapa susah sangat nak ikut kata hati kau ni, Dahlia?
"Just stay with me instead," Kau cakap pun tak guna dah, Dahlia. Naqib dah masuk dalam bilik. Aku rasa dia pun dah malas nak layan orang hati tisu macam kau ni. Sikit-sikit menangis. Sikit-sikit teringatkan manusia yang dah tak sayangkan kau tu.
"Saya ada je dekat sini," Naqib.
Aku pandang Naqib. Tengah berselimut. Bukan dia dah masuk ke?
"Tak sanggup pulak nak tinggal awak sorang-sorang dekat luar ni. Takut Drakula bawak lari awak pulak. Tak pasal-pasal saya nak kena jadi Van Helsing pulak nanti. Saya masuk dalam ambil selimut kejap tadi," Naqib tersenyum.
Jujur cakap, aku benci dengan diri aku yang cepat sukakan orang.
Tapi jujur ke Naqib dengan aku?
"Qib! Selimut! Sejuk ni! Alaaaaaa!" Kedengaran Nazrin menjerit dari dalam.
Mungkin dia jujur.
Mungkin.
YOU ARE READING
Dahlia Inara
Romance"Saya lapaq. Jom pi makan cepat," "Awak sedar tak apa yang awak cakap tadi?" "Apa?" "Serius ke tu?" "Ingat saya tengah main-main ka?" Aku hulur muka dekat lubang aircond kereta. Bagi sejuk muka dan hati yang tengah menggelegak ni. "Okay. I'll take i...