Bab 14

44 2 0
                                    

Lagi 3 minggu, cukuplah 5 bulan kami berkelana di negara orang. Bosnia, Romania, Prague, Vienna, Turki, Dubai, Canada dan Iceland. Kami habiskan baki 3 minggu di United Kingdom. Paling jimat, sebab tak payah nak tempah bilik hotel. Family Nani ada penthouse di sini. Uncle Berahim akan berulang alik dalam 3 bulan sekali ke London atas urusan perniagaan. Nani ada offer Nazrin dan Naqib stay di penthouse family dia yang lagi satu tapi ditolak Nazrin. Katanya dorang nak menumpang di rumah kawan yang tengah further study di situ.

Dalam kami berempat ni, aku sorang je yang tak pernah ke UK. Nazrin dengan Naqib, pernah study di University of Leeds. Nani? Tak payah cakaplah. London ni dah macam Alor Setar untuk dia. Jalan selit celah mana semua dia tahu.

"Besok aku bawak hang jalan-jalan dekat sini dulu. Lusa kita pi France naik Eurostar. Syok weh. Keretapi dia lalu dalam laut. Hang bayangkan tiba-tiba terowong keretapi tu runtuh. Perhhh. Macam dalam movie! Hahaha!"

Aku geram dengan perangai Nani yang satu ni. Sebab ni la aku jadi takut bila tiap kali kapal take-off dengan landing. Ni, aku dah seram dah nak naik keretapi tu. Even Terowong SMART dekat KL tu pun sampai menggigil aku, ni kan pulak lalu dalam laut. Jangan aku pengsan sudah.

"Hang ni kan. Sebab hang dok rajin cerita macam ni lah, aku sampai nervous tiap kali naik flight. Ni kalau aku pengsan besok.."

"Lusa lah,"

"Whatever it is, hang tanggung,"

"Nak tanggung paaa. Hang pengsan, aku suruh Naqib dukung. Settle. Hahaha!"

"Settle pungkoq hang!"

"Hahaha! Chill la weh. Takdak apa-apa aih. Hang tu suka pikiaq lebih. Jom kita pi shopping barang dapoq nak? Lama weh tak makan makanan Melayu,"

"Jom. Hang masak?"

"Takkan hang pulak,"

"Kot lah nak suruh aku masak. Boleh ja,"

"Tak payah. Jom jom,"

Selesai membeli, aku biarkan Nani 'berperang' di dapur. Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Dah siapa pulak datang time-time macam ni? Aku jawab intercom, Naqib dan Nazrin di depan pintu! Dah kenapa puak-puak ni datang pulak? Aku syak ni mesti Nani yang ajak ni.

"Ara! Bukak pintu! Suruh dorang duduk dulu,"

Aku buka pintu dan jemput Nazrin dan Naqib masuk. Nazrin terus menuju ke dapur dan....

"Hang ni kalau tak mai mengacau boleh dak??"

"Leh. Dia yang panggil kita, lepastu nak marah pulak. Split personality pa hang ni,"

Aku agak dah bila Nazrin terus meluru masuk ke dapur.

"Aku ajak mai pukul 7. Tapi awai pulak mai. Pi la tunggu kat depan tu. Aku tak siap lagi ni. Pi pi!" Nani tolak Nazrin ke depan.

"Baru nak tolong..."

"Tolong pa dia. Menyemak lagi ada lah. Naqib, hang tambat member hang dekat tingkap sana. Menyemak kat dapoq orang,"

"Ingat aku kambing ka nak tambat-tambat? Ye la. Ye la. Tak kacau. Tapi make sure sedap okay. Tak sedap, memang sampai balik Malaysia aku bahan hang,"

"Aku tengah potong sayuq ni, Nazrin," Nani tunjuk pisau yang di tangan dia.

"Hehehe. Tak..tak.. Abang gurau je sayang,"

"Blerghhhh," Bukan takat Nani. Aku yang dengar ni pun naik geli bila Nazrin bahasakan diri abang-sayang. Aku risau Nani lempar pisau yang dekat tangan dia tu je. Tak pun lesung batu dekat sebelah dia. Mahu berlubang kepala Nazrin nanti.

Dahlia InaraWhere stories live. Discover now