Bab 13

48 2 0
                                    

"Assalammualaikum ummi,"

"Waalaikumsalam. Amboi, lama tak call ummi dengan ayah. Kak Long dekat mana sekarang?"

"Dekat Prague sekarang. Baru sampai ja dari Romania tadi. Tu yang Kak Long call tu. Ummi dengan ayah sihat? Adik-adik?"

"Semua sihat. Kak Long tu. Sihat dak?"

"Sihat ja ummi,"

"Alhamdulillah. Ni ummi nak tanya. Sapa lelaki yang dalam instagram Nani tu?"

Aku agak dah ummi mesti tanya punya. Nani la ni yang pergi upload gambar aku dengan Naqib masa dekat Bran Castle. Dah tu caption minta penampar,

'Ara dan Abam Dracula gigi arnab  #abamdraculasukaara #arajumpacintabaru #akujugakyangmereput #travelpartner #brancastle'

"Kawan. Jumpa masa dalam flight nak pergi Bosnia. Start dari haritu kami travel sama-sama,"

"Ooo. Dia sorang ja ka lelaki?"

"Taklah. Ada kawan dia. Kerja bertumbuk dengan Nani ja. Macam anjing dengan kucing. Bagi kahwin baru tau," Aku ketawa. Nasib Nani tengah mandi. Kalau tak, mahu kepala aku diseligi dia.

"Hahaha. Doa-doa la kot budak tu jodoh dia. Sambil-sambil doa la untuk Kak Long sekali. Mula hidup baru. Hah. Ni sat. Ayah nak cakap,"

"Assalammualaikum Kak Long,"

"Waalaikumsalam, ayah,"

"Syok tengok dunia luaq?"

"Syok. Lagi syok kalau ummi, ayah, Lily dengan Harith ada sekali,"

"Ala. Nanti Kak Long balik, kita pi la bercuti satu keluarga pulak. Ni Kak Long, ayah nak pesan sikit ni. Jangan tinggal solat dengan banyak-banyak baca Al-Quran. Ayah risau, Kak Long tak berapa nak sihat sangat masa awai-awai pi dulu. Ayah tau perasaan kecewa, perasaan sedih campuq marah Kak Long tu, tinggi. Kak Long jangan kalah dengan perasaan Kak Long tu. Kuatkan diri, kuatkan iman. InsyaAllah, tenanglah hati Kak Long,"

Damn!Air mata aku dah bergenang. Ayah jarang nak nasihat aku macam ni. Jarang nak bercakap panjang lebar dengan aku.

"Jangan simpan dendam. Serah semua dekat Allah. Allah perancang yang sebaik-baiknya. Ayah tau apa yang Kak Ti buat. Ayah tau sangat. Tapi Kak Long tak payah pikiaq sangatlah pasai dia. Buat serabut otak. Okay, Kak Long?"

"Okay, ayah. Ayah, Nani ajak keluaq makan ni. Ayah kirim salam semua na. Nanti Kak Long call lagi. Assalammualaikum,"

"Waalaikumsalam. Jaga diri elok-elok,"

"InsyaAllah," Klik.

Air mata aku ni senang betul la jatuh! Aku terus selimutkan diri aku. Bukan takat air mata dah ni, air hidung semua keluar sekali dah ni. Dah macam air terjun Lata Kinjang dah ni.

"Ara! Mandi! Laaaaa. Yang hang berbukut macam sushi tu dah pasai pa?"

"Satgilah aku mandi. Aku nak tidoq sat. Penat,"

"Hang menangis ka?"

"Mana ada. Aku selsema ni," Nani tarik selimut aku. Maka nampaklah segala air yang ada di muka aku. Kantoi. Nani bersila di tepi aku.

"Hang dok teringat lagi ka? Aku ingat dah 2 bulan lebih jauh dari Malaysia, jauh dari lahabat-lahabat tu semua, hang okay dah,"

"Aku okay la. It's just, aku baru lepas call family aku tadi. Biasa la ni," Sambil bercakap, sambil aku lap air mata, air hidung di muka aku. Selekeh sangat rasa.

"Betui ni? Bukan sebab hobbit tu?"

"Ya, bukan,"

"Ara, hang tak mau try bukak hati hang untuk Naqib ka?"

Dahlia InaraWhere stories live. Discover now