Bab 5

52 4 0
                                    


"Ladies and gentlemen, we have just been cleared to land at the Vienna International Airport. Please make sure one last time your seat belt is securely fastened. The flight attendants are currently passing around the cabin to make a final compliance check and pick up any remaining cups and glasses. Thank you,"

Cuak pula rasa nak landing ni. Nani la ni. Suka sangat bercerita dekat aku pasal air crash ni. Tapi tulah. Ni first time, aku betul-betul jauh dari keluarga. Dulu jauh, setakat pergi company trip dekat Lombok je. Nani boleh gelakkan aku bila aku cakap paling jauh aku pernah pergi, Lombok. Dia cakap, Lombok tu macam dari KL pergi Langkawi je pun. Dia punya bongkak tu, aku rasa nak smackdown.

"Ara, ni first time hang sampai Austria kan? Nanti aku bawak jalan-jalan kejap dekat luar airport. Tak boleh nak pi jauh,"

"Haaaaa. Okay,"

"Kot lah rezeki hang, boleh jumpa Arnold Tak-tau-nak-eja,"

"Sapa dia?"

"Ala. Yang berlakon Terminator tu,"

"Its Shwarzenegger,"

Aku dengan Nani pandang di sebelah seat kami. Nampak macam orang Malaysia, dan mungkin Indonesia. Handsome. Macam iras-iras Azli Khairi yang berlakon Mr. Arrogant tu.  Aku pegang tangan Nani sebab aku tahu, mamat tu dah naikkan darah dia. Awatlah hang ni short-tempered sangat. Tapi macam aku macam kenal orang yang dekat sebelah mamat menyibuk tu.

"Ada aku cakap dengan hang? Sibuk,"

"Bukan sibuk, saya betulkan,"

"Hah. Orang Malaysia. Terima kasihlah. Sibuk dengaq orang menyembang,"

"Halo cik adik.."

"Ssshhh. Orang nak concentrate landing. Sssshhh. Pandang depan. Pandang depan,"

Nani terus pandang ke depan. Oh. Dah nak landing. Aku pegang tangan Nani erat-erat dan tutup mata. Memang aku tak nak dengar dah lepas ni cerita kau pasal air crash, Nani.

Bergegar jantung aku bila kapal touchdown. Aku buka mata dan aku nampak... Salji! Salji dekat luar!

"Nani, agak-agak dan tak kalau aku nak pergi tadah muka dekat luar kejap?"

"Tadah muka?"

"Tu. Salji tu,"

"Hahahaha! Dan dan. Doa-doa lah kita merempat lama dekat airport ni. Sebab tengah salji selalu flight delay sikit. So ada time nak jalan-jalan kejap dekat sini,"

Ini pertama kali aku nampak salji, bukan salji dekat Genting Highlands, bukan I-City. Salji betul! Ada hikmah dengan semua yang dah jadi dekat aku. Mungkin kalau aku terus derhaka dengan ummi dulu, aku tak dapat nak rasa semua ni. Mungkin selama aku hidup, hidup aku dilaknat Tuhan sebab derhaka.


Agak-agak kalau aku menyanyi lagu Frozen masa main salji kejap lagi, orang pandang pelik tak?

********************************

"Ummi dah bagi pulang balik cincin tunang dekat family Nizam,"

Aku rasa macam ada petir dalam badan aku. Berderau segala darah, meremang segala bulu roma. Aku pandang ummi dengan ayah.

"Ummi rasa ni keputusan yang terbaik untuk Kak Long. Ummi tak nak ada menantu kurang ajar macam tu. Dengan kakak ipaq dia yang mulut macam longkang tu,"

"Awat ummi tak bincang dulu dengan Kak Long? Awat ummi terus buat keputusan sendiri? Ni soal hidup Kak Long, ummi!"

Aku dah mula meninggikan suara. Sebab aku tahu ummi jumpa Kak Piah lagi semalam. Kak Ti yang sampaikan.

"Ummi tau apa yang terbaik untuk anak ummi. Dah. Lepas ni hantar terus surat resign 24 jam. Berhenti dari situ. Ummi tak nak kita ada apa-apa kaitan dah dengan depa,"

Darah aku menggelegak. Majlis tinggal lagi 2 minggu! 2 minggu!

"Ummi!"

"Kak Long..Cakap elok-elok dengan ummi. Jangan tinggi suara," Ayah mula bersuara bila aku menjerit.

"Ummi jumpa Kak Piah semalam kan? Buat apa jumpa Kak Piah? Ummi nak bodohkan siapa? Ummi nak bodohkan Nizam ka? Buat apa??"

Ummi berdiri dari sofa dan pandang aku tajam. Mesti ummi terkejut macam mana aku boleh tahu dia jumpa Kak Piah semalam.

-Dahlia, awat ummi Dahlia jumpa Kak Piah tadi? Jiran Kak Piah yang bagitahu Kak Ti. Siap bagi pulut kuning. Dahlia sakit lagi ka?

Aku dapat whatsapp dari Kak Ti, ngam-ngam lepas aku dapat whatsapp dari Nizam. Tahu-tahu hari ini, pertunangan aku dengan Nizam dah dibatalkan. Kenapa semua orang buat aku macam ni??

"Ummi jumpa Kak Piah sebab nak tanya pasal Kak Long. Sakit Kak Long tu. Kak Long kena buatan orang tau tak! Depa yang hantaq bagi dekat Kak Long! Bagi Kak Long tak payah menikah dengan Nizam! Depa tak suka Kak Long!"

"Awat ummi percaya?? Ummi tau tak syirik? Tau tau syirik!!"

Semacam dirasuk, aku terus hempas pasu bunga kristal ummi.

"Kak Long!" Ayah menjerit bila tengok aku dah naik hantu.

"Kak Long tau tak masa kami pi hantaq balik cincin tu, keluarga Nizam layan kami nak tak nak. Layan ummi dengan ayah macam sampah. Macam tak pernah jadi apa-apa. Depa tak cakap banyak. Terus terima cincin tunang yang kmi bagi balik. Nizam ada sekali. Sikit pun dia tak tanya awat pulang balik cincin. Dia buat tak tau saja. Kak Long ingat kami nak lagi ka menantu macam tu? Lelaki macam tu ka Kak Long nak buat suami?"

Ummi dah menitik air mata. Tapi kerasnya hati aku, aku buat tak peduli dengan air mata ummi.

"Macam mana depa tak buat macam tu dekat kita? Ummi pi jumpa bomoh! Kita yang salah! Sebab ummi tamak!"

Aku terus lari keluar dari rumah. Tanpa arah tuju. Aku penat! Penat nak kena ikut telunjuk orang tua walaupun aku dah tua, dah matang! Kenapa ummi nak kena jumpa Kak Piah tu? Kenapa nak kena jumpa bomoh? Kenapa nak kena buat dekat Nizam macam tu?

Aku whatsapp Nizam.

-Nizam..Awat jadi macam ni?

Sambil whatsapp tu aku teresak-esak menangis. Aku duduk di buaian di taman permainan dekat dengan rumah. Sambil menunggu Nizam untuk balas Whatsapp aku. Tapi masih tak berbalas.

Aku tunduk menangis. Aku whatsapp Nizam sekali lagi.

-Saya mintak maaf.

Aku tak tahu kenapa aku minta maaf dengan dia. Bagi pihak ummi mungkin? Tapi whatsapp aku di 'bluetick' kan dia. Marahkah Nizam dengan aku?

"Errr.. Cik.."

Aku nampak ada orang hulurkan sapu tangan di depan muka aku bila aku dongakkan kepala. Lelaki. Berbaju melayu, berkain pelikat. Boleh tahan tinggi. Muka dia samar-samar sebab mata aku tengah bertakung dengan air mata. Mungkin baru balik dari solat Zohor di surau depan ni.

"No. Thanks,"

"Tak elok cik menangis sorang-sorang dekat sini time Zohor ni,"

Aku buat tak peduli dengan bebelan lelaki tersebut. Orang tengah sedih campur panas hati ni, dia boleh nak tambah membebel pula.

"Ikut cik lah. Tapi nah. Jangan sedih-sedih dah. Kalau sedih sangat, pergi mengadu dekat yang di atas," Dia letakkan sapu tangan di atas riba aku dan berlalu pergi. Aku perhatikan sapu tangan yang di atas riba. Sebak dada ni. Aku sambung menangis. Ada Whatsapp masuk. Nizam! Aku cepat-cepat buka.

-Saya taktau nak buat apa dah.

-Awak tak sayang saya dah ka?

-Saya taktau Dahlia.

-Lagi 2 minggu kita nak nikah. Awat jadi macam ni?

-Tanya ummi awak.

Ni semua sebab ummi! Sebab ummi aku hilang Nizam! Sebab dengan benda tahyul ummi tu, Nizam jauh dari aku!

Semua sebab ummi!

Dahlia InaraWhere stories live. Discover now