4

38.8K 435 82
                                    

Sejak dari pagi tadi kepalaku berdenyut-denyut. Panadol actifast  yang kutelan tengahari tadi tidak membantu melegakan sakit kepalaku. Aku memandang jam di tangan. Sudah pukul 3.30 petang. Aku mengambil keputusan untuk beristirehat di rumah. Mungkin jika aku tidur, sakit kepalaku ini akan hilang.

Dalam perjalanan pulang, aku menghubungi Abang Man dan memaklumkan bahawa aku tidak pulang ke rumahnya malam ini kerana ingin berehat di rumahku sendiri. Abang Man sekadar mengiyakan kerana dia sedang berada di mahkamah, jadi tidak boleh bercakap lama denganku.

Aku terasa dahiku dicium dan rambutku dibelai. Sebaik sahaja membuka mata, Abang Man sedang merenungku. Aku menolak tubuhnya dan mencapai telefon. Sudah pukul 8 malam. Bermakna aku telah tidur selama 4 jam.

"Di nak pergi klinik tak?" Abang Man bertanya apabila melihat aku memicit-micit kepalaku yang masih berdenyut.

"Di pening kepala je ni. Maybe sebab Di letih sangat. Takpe la. Di nak rehat kat rumah je dua tiga hari ni."

"Abang ada masakkan bubur. Nanti Di makan ye?"

"Kenapa sweet sangat ni? Di tak tau pun Abang Man pandai masak."

Entah kenapa aku rasa gembira apabila Abang Man menyediakan bubur untukku. Bibirku tak lekang dengan senyuman.

"Abang memang pandai masak la. Di je yang tak tau. Masa kat UK dulu, abang ni la jadi tukang masak kat rumah. Haris dengan Fahmi tau melantak je."

Aku bangun dan terus memeluk dirinya. Terasa ingin bermanja.

"Apa Di ni... Peluk-peluk orang yang dah wangi? Pi mandi!" Abang Man menolak tubuhku. Aku ketawa mengekek.

"Ye la... Abang Man peluk Di masa Di tengah wangi je. Time Di busuk masam macam ni Abang Man tak sudi langsung nak peluk." Aku berkata sambil mencapai tuala dan beredar ke bilik air.

Keluar dari bilik air, aku lihat Abang Man sudah menatang dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air suam. Aku mengukir senyuman. Kalau beginilah cara layanannya, aku sanggup sakit berhari-hari.

Belum sempat kuhabiskan semangkuk bubur itu, tekakku terasa loya. Aku berlari ke bilik air dan memuntahkan segala isi perutku. Abang Man yang sedang melakukan kerja di hadapan laptopnya bergegas datang kepadaku.

"Kenapa Di?"

Aku hanya menggelengkan kepala dan berkumur-kumur untuk menghilangkan rasa loya.

"Kita ke klinik?"

"Taknak la. Perut Di masuk angin kot. Siang tadi Di cuma makan sandwich je."

Aku melangkah menuju ke katil dan mencari panadol actifast dalam laci meja sisi katil.

"Di..." Abang Man duduk di sisiku dan memegang tanganku. Dia menatap wajahku, lama.

"Hello!" Aku melambai-lambaikan tangan di depan wajahnya.

"Abang rasa Di pregnant."

Aku tersentak mendengar kata-kata Abang Man. Tanganku menggigil hingga menyebabkan panadol actifast yang berada di tanganku jatuh ke lantai. Aku membuat kiraan dalam kepala. Bulan lepas haidku datang pada 15 haribulan. Bermakna bulan ini haidku akan muncul kembali pada 13 haribulan. Hari ini 17 haribulan. Haidku sudah lewat 4 hari!

Aku memandang Abang Man dan mempamer riak susah hati. Abang Man faham maksud pandanganku itu. Dia merenung wajahku sayu. Cuba menghantar rasa bersalah. Sudah berkali-kali kami melakukan hubungan terlarang itu. Dan setiap kali melakukannya, Abang Man akan melepaskan benihnya di dalam. Dan aku langsung tidak pernah terfikir untuk mengambil apa-apa kaedah pencegahan.

TERIMA AKU APA ADANYAWhere stories live. Discover now