AUTHOR NOTES

24.6K 536 288
                                    

Assalamualaikum w.b.t

Dah ada yang remove from library ke 😂😂😂

By the way, I nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada yang sentiasa bagi sokongan sepanjang I tulis story TERIMA AKU APA ADANYA ni. Lepas tamat je story ni semalam, I senyum sorang-sorang. Ada beberapa kategori reader untuk story ni:

1. Tiap-tiap hari DM tanya bila nak update.
2. Tiap kali I update story, dia akan baca, vote dan komen (I love you all with all my heart ❤)
3. Baca tapi komen dan tanya kat DM
4. Baca, vote, dan komen ayat yang sama untuk setiap chapter (please update again)
5. Baca sahaja. Tak buat apa-apa (Ni paling ramai 🤗)
6. Baca dan komen. Then DM untuk tanya sesuatu yang lebih personal (Ni I suka 😘😘😘)
7. Baca dan DM untuk kecam (Ni pun I suka. At least dia jaga air muka I. Tak kecam kat bahagian komen)
8. Baca, lepas tu DM untuk borak-borak kosong. (Don't worry. I suka jugak. Saja tambah kawan. I tak sombong, okay?)
8. Baca, lepas tu DM dan ajak chat sex and fon sex (Yang ni I tak berkenan, so I sekolahkan je)

You all kategori yang mana? Haha.

Okay... Memandangkan TERIMA AKU APA ADANYA dah melabuhkan tirai, nak tak kita throwback... Dalam banyak-banyak chapter, chapter mana yang:

1. Paling bosan
2. Paling sedih
3. Paling sweet tahap potong kaki
4. Paling menyampah/sakit hati
5. Paling lawak
6. Paling biasa-biasa aje.

As for me, chapter paling bosan ialah masa I citer pasal berpantang. Haha.

Paling sedih, ada banyak tapi paaaaaaling sedih of course masa Furqan meninggal, yang masa Di datang pada jenazah dan letak telinga dia pada dada arwah untuk dengar degupan jantung. Allahu, masa tulis chapter tu I punya la nangis sampai pening kepala 😢

Satu lagi, masa Di gugurkan kandungan dia. Pedihnya rasa. Dengan Di tanggung sakit dalam proses nak gugurkan kandungan tu. Terasa ngilu je!

Another part yang sedih, masa Di kat dalam bilik. Then dia nampak Firman sebagai Furqan. Yang masa Firman pegang dulang kat pintu bilik. 😢😢😢

Paling sweet tahap potong kaki ada banyak. Tapi yang paling sweet sampai buat  I rasa terharu bila Furqan cakap dia suruh Di tolak tepi semua kisah silam Di. Ya Allah, masa tu I was like, ada lagi ke lelaki macam Furqan yang sanggup ketepikan kisah hitam perempuan yang nak dijadikan isteri?

Paling menyampah/sakit hati, jangan tanya la. Mesti la chapter yang ada watak HAZEL. Semua chapter yang ada nama Hazel, I rasa meluat nak baca 😅😅😅

Paling lawak masa Furqan jadi pembaris pi bagitau kat Abang Man yang dia dengan Di nak check in hotel sebab line takclear kat rumah atok Malik 😅😅😅

Paling biasa-biasa je masa chapter awal-awal, pasal bercuti di Cameron Highland. Haha. Jenuh google nak cari tempat-tempat menarik kat Cameron.

Itu je la. You all pulak macam mana? Nanti share la chapter mana yang paling memberi kesan di hati dan sentiasa you all ulang baca.

Sekali lagi, thank you untuk semua yang sentiasa ada sepanjang proses I tulis cerita ni. You know who you are. Sentiasa menceriakan hari I.

Semoga berjumpa lagi dalam story yang lain.

Bye.

I love you all with all my heart ❤❤❤


6 April 2018
11.13

TERIMA AKU APA ADANYAWhere stories live. Discover now