28

38.7K 428 109
                                    

Alhamdulillah, kehidupan sebagai seorang isteri kepada lelaki bernama Firman Hakim selama beberapa bulan ini penuh dengan warna warni. Firdee Ukasyah pula sudah berusia 9 bulan. Si kecil sudah pandai menapak beberapa langkah  dan mulutnya pula sudah pandai menyebut beberapa suku kata. Seronok dapat menyaksikan perkembangannya dari masa ke semasa. Seperti biasa, Firdee akan dihantar kepada Ainul dan Halina apabila aku dan Abang Man keluar bekerja.

Hari ini, kami menghadiri majlis perkahwinan kawan baik Abang Man iaitu Haris dengan pasangannya Shana di dewan D'Tahta I City Shah Alam. Aku mengenali sebahagian daripada tetamu di majlis itu sebagai pekerja-pekerja di pejabat Abang Man. Kami duduk semeja dengan seorang lagi kawan baik Abang Man iaitu Fahmi dan pasangannya, Rita. Dua orang lagi ialah PA Abang Man iaitu kak Sheila dan seorang kerani baru, Hazelina. Aku belum pernah berjumpa dengannya sebelum ini. Mungkin kerana dia masih baru di pejabat Abang Man.

Usai makan, Firdee yang tadinya tidur nyenyak di dalam stroller sudahpun terjaga. Aku menyuakan breastmilk yang diletakkan di dalam botol ke mulutnya. Sepuluh minit kemudian Firdee yang sudah sendawa kuletak ke pangkuanku sambil berbual-bual dengan Rita dan Kak Shila. Hazelina agak pendiam. Dia sekadar memerhatikan kami berbual sambil sekali -sekala tersenyum. Manis gadis ini. Nampak sopan dan pemalu.

Tiba-tiba Firdee memuntahkan semula susu yang telah diminumnya sebentar tadi. Habis basah bajuku dengan muntahnya. Aku mengeluarkan tisu basah dari beg tangan dan mengelap mulutnya yang comot kesan muntah. Kemudian kuserahkan Firdee kepada Abang Man dan meminta diri ke tandas untuk membersihkan bajuku yang terkena muntah tadi.

Hazelina masuk ke dalam tandas ketika aku sedang mencuci bahagian bajuku yang terkena muntah Firdee. Aku senyum sahaja apabila dia berdiri di tepi sinki memerhatikanku atas bawah. Nampak seolah-olah dia mahu berkata sesuatu kepadaku, tetapi teragak-agak. Jadi aku sekadar mengangkat kening dan meringankan mulut untuk menegurnya.

"Kenapa ni, ada nak tanya apa-apa ke? Dari tadi awak tengok Kak Di atas bawah."

"Maaf... Nak tanya puan. Firdee tu anak puan dengan Encik Firman ke?"

Oh, ini rupanya perkara yang bermain-main di fikirannya sejak tadi.

"Panggil Kak Di je. Tak payah puan-puan. Ye, Firdee anak kami. Kenapa?"

"Err... Tapi Kak Di dengan encik Firman baru kahwin je. Saya terkejut juga tadi bila encik Firman dukung anak."

Aku mengangkat kening. Dah kenapa?

"Dia anak Kak Di dengan arwah suami."

"Oh, arwah suami... Saya ingat Encik Firman kahwin dengan anak dara." Perlahan sahaja suaranya.

Aku mengukir senyuman tawar.

"Ye... Dia kahwin dengan janda anak satu. Memang dah tersurat, jodoh kami berdua. Bujang kahwin dengan janda. Takde yang pelik pun dikkk."

Dia mengangguk-anggukkan kepala. Cepat-cepat mencuci tangan di sinki dan membetulkan rambut apabila melihat aku sudah berkira-kira mahu keluar dari tandas. Kami jalan beriringan menuju ke tempat duduk tadi.

"Cepat juga Kak Di cari pengganti arwah suami Kak Di ye?"

"Arwah suami Kak Di tu adik Encik Firman." Ringkas aku menjawab. Sempat ku mengerling ke arahnya. Dia menekup mulut seolah terperanjat.

"Oh, boleh ye?"

"Kenapa tak boleh pulak?"

"Lepas kahwin dengan adik, kahwin dengan abang pulak?"

"Dah jodoh..." Kemudian aku melajukan langkah meninggalkannya di belakang. Tak mahu aku berjalan beriringan dengannya. Menyakitkan hati!

Sampai di meja, aku melihat Firdee sudahpun terlentok di bahu Abang Man yang masih rancak berbual dengan Fahmi, Rita, dan Kak Sheila. Aku mengambil Firdee dari dukungan Abang Man dan meletakkannya ke dalam stroller, kemudian mencuit tangan Abang Man memberi isyarat bahawa aku ingin pulang. Fahmi dan Rita juga sudah berdiri dan bersiap-siap untuk pulang. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pengantin sebelum pulang.

TERIMA AKU APA ADANYAWhere stories live. Discover now