30

33.2K 396 85
                                    

Pagi raya pertama, aku dan Abang Man membawa Firdee ke kubur arwah Furqan. Aku sempat menyedekahkan Al Fatihah dan membaca surah Yassin di kubur arwah. Firdee yang sudah pandai berjalan, kadang-kadang berjalan mengelilingi kubur arwah dan kadang-kadang hanya duduk di sisi Abang Man menantikan kami selesai membaca surah Yassin.

'Awak... Saya datang dengan anak kita, Firdee Ukasyah. Bulan depan usia anak kita setahun sayang. Firdee anak yang baik. Tak menyusahkan saya pun. Dia tau saya sibuk kerja... Saya rindu awak, Furqan. Tak pernah lupa. Awak, saya dah kahwin dengan Abang Man. Lelaki pertama yang saya cinta. Saya minta maaf. Tak dapat jadi bidadari awak di sana nanti. Bergembiralah awak dengan bidadari-bidadari dari syurga. Saya pergi dulu awak. Jumpa lagi. Assalamualaikum.'

Air jernih yang  mengalir di pipi kukesat dengan jari. Terasa bahuku diusap dari belakang. Aku menoleh, kemudian menghadiahkan senyuman tawar kepada Abang Man.Tangan kirinya mendukung Firdee manakala sebelah lagi tangan memimpin aku berjalan menuju ke kereta.

Kami tidak ke mana-mana pada hari raya pertama kerana rumah atok Malik sentiasa menerima kunjungan tetamu. Hanya pada hari raya kedua barulah kami akan keluar beraya ke rumah sanak saudara atok Malik. Dari pagi kami keluar beraya, lepas isyak baru kami pulang ke rumah.

Aku sedang menidurkan Firdee di atas katil apabila telefon bimbit Abang Man berbunyi menandakan ada mesej dari aplikasi whatsapp masuk. Aku mencapai dan membuka kata kunci, kemudian terus membuka mesej dari Hazel.

 Aku mencapai dan membuka kata kunci, kemudian terus membuka mesej dari Hazel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selamat hari raya encik Firman. Maaf zahir dan batin. Do I look nice in red?
10.18 pm

Aku mencebik bibir. Menyampah melihat gambar yang dikirim oleh Hazel. Jariku menari-nari di atas skrin. Senyum seketika, kemudian menekan butang send.

Selamat hari raya Hazel. Red wasn't your color. You looks like makcik-makcik. Good night.
 

      10.23pm

Setelah melihat tanda bluetick, aku padamkan mesej dari Hazel sebentar tadi. Abang Man tak perlu tahu. Buat masa ini, perasaan halusku mengatakan Hazel mempunyai perasaan terhadap Abang Man sedangkan Abang Man hanya melayannya sebagai pekerja sahaja. Pada masa akan datang, aku belum pasti. Body Hazel boleh tahan mantap. Kalau Abang Man tak kuat iman, silap hari bulan memang kena sondol!

Ketika Abang Man masuk ke dalam bilik, aku sudahpun berpura-pura tidur. Esok harus bangun awal untuk pulang ke Sepang beraya bersama mama dan abah pula. Ainul dan Halina akan pulang ke Shah Alam bersama ibu dan ayah lagi 3 hari.

👁👁👁

Seminggu selepas raya, rutin harian diteruskan seperti biasa. Aku akan keluar dari rumah pada jam 9.30 pagi dan pulang ke rumah pada jam 6.30 petang. Manakala Abang Man akan keluar pada jam 8.00 pagi dan pulang jam 6.00 petang.

Suatu hari, Abang Man ke Melaka selama dua hari atas urusan kerja. Ketika sedang bersiap-siap untuk pulang, aku menerima panggilan telefon daripada Halina yang memaklumkan bahawa Firdee mengalami demam panas dengan suhu badan 41°C. Aku bergegas ke apartment dan membawanya ke SJMC. Selepas beberapa ujian darah dilakukan, Firdee disahkan mengalami viral fever dan akan ditahan di wad selama beberapa hari. Aku menghubungi Abang Man untuk memaklumkan mengenai keadaan Firdee kepadanya. Dua kali nada dering, panggilan dijawab oleh suara seorang perempuan. Aku cepat-cepat mematikan panggilan kerana mungkin aku tersalah dail. Lalu, sekali lagi aku menghubungi Abang Man. Kali ini aku pastikan bahawa aku menghubungi nombornya.

Suara yang sama menjawab panggilanku. Tak tunggu lama, aku matikan panggilan. Aku menghubungi ibu memaklumkan bahawa Firdee ditahan di hospital dan minta ibu memaklumkan kepada mama dan abah mengenai hal ini. Kemudian aku mematikan telefon bimbitku. Untuk malam ini, aku tidak mahu diganggu dan tak mahu memikirkan mengenai siapakah perempuan yang menjawab panggilan sebentar tadi.

Jam 10 pagi keesokan harinya, ibu  dan mama datang melawat Firdee. Sampai sahaja, ibu menghulurkan telefon bimbitnya dan meminta aku menghubungi Abang Man. Menurut ibu, Abang Man menghubungi telefon bimbitku namun tiada nada dail. Aku menghubungi Abang Man menggunakan telefon bimbit ibu dan memaklumkan kepadanya bahawa battery telefon bimbitku mati dan aku tidak membawa charger. Dia berjanji akan pulang secepat mungkin sebaik sahaja urusan kerjanya di Melaka selesai.

Sebaik sahaja panggilan dimatikan, aku memohon diri kepada ibu dan mama untuk pulang ke rumah seketika membersihkan badan. Mama dan ibu menyuruh aku berehat sahaja di rumah dan datang semula pada malam nanti untuk menjaga Firdee.

Sampai di rumah, perkara pertama yang aku lakukan ialah menghubungi pejabat Abang Man untuk bercakap dengan Hazel. Staff yang menjawab panggilanku memaklumkan bahawa Hazel ke Melaka bersama Abang Man atas urusan kerja menggantikan tempat PA Abang Man iaitu Kak Sheila yang terpaksa MC kerana mengalami demam denggi.

Aku melayari instagram dan skodeng profile Hazel.

Aku melayari instagram dan skodeng profile Hazel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Night walk after work with this handsome man. Kak Sheila MC, so I have to accompany my boss to Malacca. Get well soon Kak Sheila. Jangan sakit selalu. Tak pasal-pasal nanti I take over your job 😘😘😘

#themosthandsomeman
#imtheluckiestperson

Gambar diupload malam tadi, sejurus selepas aku menghubungi telefon bimbit Abang Man. Aku like posting tersebut dan komen 'have fun 👏👏👏'.

'It's okay Hazel. Have fun la dulu. Kak Di chill je ni'

🤗🤗🤗

2 April 2018
4.00 pm

Author notes:

I'm going to take a break for a week start from today to Sunday. So, no update okay? But if I have some free time, I'll try my best to update.

Thank you.

I love you all with all my heart ❤❤❤.

TERIMA AKU APA ADANYAWhere stories live. Discover now