11

24.8K 473 159
                                    

Pagi Sabtu, aku sudah berada di rumah mama dan abah kerana selepas zohor nanti aku akan keluar bersama Furqan. Hari ini aku akan berterus terang mengenai diriku kepadanya. Terpulang kepada dia sama ada mahu meneruskan pertunangan ini atau membatalkannya. Aku sudah redha dan pasrah dengan jalan cerita hidupku.

Berkenaan aku dan Abang Man, masih tiada pengakhirannya. Malam itu, setelah tangisan kami reda, dia masih memujukku untuk nikah lari di Thailand. Aku pula berterusan membantah kerana jalan ceritanya sudah dapat kubaca, tambahan pula telah dibuktikan dengan sikapnya yang hanya berdiam diri ketika aku membuka ruang untuk dia berterus terang tempoh hari. Kesudahannya, tiada kata putus. Kedua-duanya keras kepala. Akhirnya aku memutuskan untuk pulang dengan grabcar kerana Abang Man tidak mahu menghantarku pulang. Berbakul sumpahan keluar dari mulutku memaki hamun dirinya!

Jam 3.30 petang aku dan Furqan sudah berada di atas jalanraya. Furqan memandu menuju ke arah Putrajaya kerana kami berdua telah sepakat untuk ke Taman Botani, menghirup udara segar sambil berbincang dari hati ke hati mengenai hal pertunangan kami berdua.

Sengaja aku mengajaknya untuk berbasikal mengelilingi Taman Botani terlebih dahulu sebelum berbincang kerana kami sampai agak awal. Penat berbasikal, kami duduk di pondok yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Taman Botani.

"Furqan, sebelum bertunang minggu depan, saya nak berterus terang tentang diri saya. Dan saya serahkan pada awak sama ada nak teruskan pertunangan ini atau batalkan sahaja." Aku memulakan mukadimah.

"Saya tak layak untuk awak Furqan... Saya bukan perempuan yang baik untuk dijadikan isteri. Saya ada kisah silam yang sangat pedih."

"Di... Kalau awak rasa berat nak cerita, you can keep it for yourself. It's okay... Saya faham."

"No... Awak patut tau hal ni. Saya taknak nanti awak menyesal. Furqan, saya dah tak suci lagi. Saya tewas pada nafsu. Saya rasa saya tak layak untuk jadi isteri awak."

Aku terdengar Furqan mengeluh panjang.

"Di..."

"Saya terima kalau awak nak batalkan pertunangan ni. Awak berhak dapat yang lebih baik, yang masih suci..."

"Di... Dengar apa yang saya nak cakap ni. Tolak ke tepi semua tu Di. Saya terima segala kekurangan awak. Saya yakin dengan restu dari orang tua kita, rumahtangga kita akan bahagia. Suci atau tak suci, saya tak berhak nak menghukum awak. Itu antara awak dengan Tuhan. Bila awak dah jadi isteri saya, tanggungjawab saya untuk pelihara maruah awak. Kekhilafan awak sebelum ni, jadikan sebagai pengajaran untuk kehidupan rumahtangga kita nanti."

"Furqan... Seriously, awak tak kisah?"

Aku sungguh-sungguh tidak percaya akan kata-katanya. Dalam kepalaku sudah terbayang bahawa dia akan menengkingku dan menuduhku sebagai penzina dan pendosa.

'Bodoh kau Di. Ingat ni drama pukul 7 ke?'. Sempat aku mengutuk diri sendiri.

"Saya terima awak apa adanya Di. Saya pun tak sempurna. Sama-sama lah kita perbaiki segala kekurangan kita untuk jadi yang lebih baik. Saya janji takkan ungkit kisah silam awak. Dan awak pun jangan ingat lagi semua tu. Jadikan ini sebagai rahsia kita berdua. Aib awak akan kekal dalam poket rahsia saya Di. Lepas ni jangan cakap apa-apa lagi pasal kisah silam awak, okay?"

"I'm so touched...Saya tak sangka awak boleh terima. Sebelum kita datang ke sini, saya dah cakap pada diri sendiri, saya berserah pada takdir. Kalau awak dapat terima saya, syukur Alhamdulillah. Tapi kalau awak tak dapat terima, saya anggap itu takdir yang telah ditentukan untuk hidup saya."

Sungguh. Aku masih tidak percaya. Berkali-kali aku mencubit lengan kiriku. Sakit! Bermakna aku tidak bermimpi.

Furqan menghadiahkan senyuman. Terpancar keikhlasan di wajahnya. Dalam diam aku bersyukur kerana segala urusanku untuk berterus terang dipermudahkan oleh yang maha berkuasa. Namun jauh di sudut hati, aku sedikit terkilan kerana puas kucuba untuk menyemai rasa kasih kepadanya, namun rasa itu tak pernah hadir. Mungkin perlu sedikit masa lagi. Aku cuba memujuk hati.

Terdetik di hatiku untuk mengetahui tentang teman wanitanya. Adakah dia sudah memutuskan perhubungan mereka atau dia masih lagi belum berterus terang dengan kekasihnya itu.

"Furqan... Awak dengan girlfriend awak macam mana? Dah beritahu dia ke?"

"Di... Saya dah bincang hal ni dengan dia, dan dia terima yang kami berdua tak ditakdirkan bersama. Awak nak jumpa dia tak Di?"

"Boleh ke saya jumpa dia? Dia tak marahkan saya?"

Furqan ketawa senang melihat aku yang agak ragu-ragu dan takut untuk berjumpa dengan kekasihnya.

"Dia kawan saya dari kecil lagi Di. Rumah dia kat sebelah rumah nenek saya je. Jangan risau... Dia baik sangat. Dia tak akan pukul awak sebab rampas saya dari dia"

"Saya rampas awak? Come on... Bukan awak ke yang terhegeh-hegeh nak kan saya? Sampai sanggup pusing cerita itu ini kat ibu."

Aku senyum mengejek. Sekadar mengusik Furqan dan cuba menimbulkan chemistry di antara kami berdua. Ternyata usikanku itu mengundang tawa Furqan. 

"Awak terlalu rugi untuk dilepaskan Di... Sebelum orang lain sambar, lebih baik saya caras dulu." Dia bersuara dengan tawa yang masih bersisa.

'Terlalu rugi untuk dilepaskan... Tetapi abang awak tu awal-awal lagi dah lepaskan saya!'

Aku melepaskan keluhan panjang.

"Di... Percayalah cakap saya. Lelaki yang lepaskan awak akan menyesal satu hari nanti. Awak terlalu berharga. Awak ada pesona yang buatkan orang lain jatuh sayang. Hmm... Saya tak boleh cakap lebih-lebih Di. Nanti masa malam pertama kita baru saya boleh cerita panjang, okay?" Dia mengukir senyuman nakal.

Pipiku merona merah dan rasa berbahang. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain, enggan dia melihat warna pipiku yang sudah berubah.

Jam 5 petang kami bergerak menuju ke dataran Putrajaya dan menunaikan solat asar di Masjid Putrajaya. Kemudian terus ke Alamanda untuk mencari cincin pertunangan. Perjalanan diteruskan semula ke Mitsui Outlet KLIA untuk mencari sedikit barang hantaran berupa beg tangan, jam dan juga kasut.

Seharian menghabiskan masa dengan Furqan, aku dapat melihat dia cuba sedaya upaya untuk menghidupkan keserasian di antara kami berdua. Sesungguhnya aku sedikit terharu dengan usahanya itu. Tinggal aku sahaja harus melatih hati ini untuk menerima dia apa adanya sepertinya dia menerima aku apa adaku.

Sebelum mataku terlena malam itu, aku menerima kiriman whatsapp dari Furqan yang mengundang senyuman dan rasa bahagia di hati.

From: Furqan
Time: 11.21 pm

Di dah tido ke? Tq for today Di. I had so much fun. Rindu nak tengok lesung pipit awak bila awak senyum. Btw Di, saya ada candid gambar awak petang tadi. So, malam ni saya minta izin nak kiss bibir muncung awak ni tau 😘😘😘

 So, malam ni saya minta izin nak kiss bibir muncung awak ni tau 😘😘😘

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To: Furqan
Time: 11.32pm

Dah takde kerja eh? Good night Furqan. Sweet dream.

❤❤❤

Author notes:

Untuk chapter ni memang sengaja nak bagi yang sweet-sweet je. Penat tau asyik nak menangis je. So, macam mana?

#ManDi ke #QanDi

Undian dibuka sekarang 😂😂😂

7 March 2018
6.17 pm

TERIMA AKU APA ADANYAWhere stories live. Discover now