22

25.7K 440 81
                                    

Hari ini kami semua berkumpul di rumah teres dua tingkat yang baru dibeli oleh Abang Man di seksyen 7 Shah Alam. Ayah membaca sedikit doa selamat sebelum kami menikmati hidangan makan tengahari.

Usai makan dan mengemas dapur, Abang Man memanggil semua orang agar berkumpul di ruang tamu. Aku duduk di antara ibu dan mama di atas sofa panjang. Hatiku berdebar-debar. Dapat mengagak kenapa Abang Man mahu semua orang berkumpul.

"Ibu, ayah, ma, abah... Hari ni Man nak buat pengakuan. Man nak melamar Di sebagai isteri Man."

Aku melihat merah padam wajahnya saat melafazkan kata-kata itu.

"Alhamdulillah... Ibu dengan ma memang ada bincang sebelum ni nak satukan Di dengan Man."

Ibu menepuk-nepuk tanganku.

"Di... Setuju tak?"

Semua mata memandang ke arahku menantikan jawapan.

Pandanganku jatuh pada wajah ibu. Dia mengukir senyum. Senyum yang penuh mengharap. Kemudian bersuara lagi.

"Di... Tak lama lagi Di dah nak bersalin. Kalau Di setuju, kami nak satukan Di dengan Man lepas Di habis pantang nanti."

Sama seperti yang telah mama maklumkan sebelum ini. Aku memandang Abang Man yang duduk bertentangan denganku.  Entah kenapa, aku terkenang peristiwa pagi itu. Peristiwa yang membuatkan aku menerima arwah Furqan sebagai suami. Hanya kerana Abang Man tidak berusaha mempertahankan cintanya.

"Kenapa ye... Semua orang macam tak yakin Di boleh besarkan anak Di seorang diri.?"

Serta merta tanganku digenggam oleh mama.

"Bukan macam tu sayang... Di masih muda. Takkan Di nak biar baby tanpa kasih seorang ayah?"

"Di kuat ma. Di boleh jadi mama dan sekaligus jadi papa pada anak Di."

"Jadi, Di tak setuju?" Soalan dari ayah membuatkan aku terpana seketika.

"Bukan macam tu ayah... Di minta semua orang faham keadaan Di. Sekarang Di masih dalam iddah. Tak manis kita bincangkan hal ni sekarang."

Terasa sedikit lega apabila dapat menjadikan hal iddah sebagai alasan. Kelihatan ibu, ayah, mama dan abah agak bersetuju dengan alasanku.

"Tapi Di boleh pertimbangkan tak lamaran dari abang?" Si dia seorang sahaja yang masih belum faham.

Aku mengangkat bahu. Kemudian merenungnya tajam. Dia membalas renunganku itu. Hanya kami berdua sahaja yang tahu apa maksud renungan itu. Aku mengetap bibir dan mengusap perut. Entah mengapa, aku merasa sedikit tegang. Seolah-olah dinding perutku ditolak sekuat hati dari dalam.

"Di, kenapa sayang?" Mama meletakkan tangannya di atas tanganku yang masih mengusap perut untuk meredakan ketegangan.

"Abang Man... Di minta Abang Man bagi masa pada Di. Kalau ada jodoh kita, In Shaa Allah..."

Aku meminta izin untuk solat zohor. Memandangkan aku sudah semakin sarat dan tidak berdaya untuk mendaki anak tangga, aku hanya solat di bilik tingkat bawah sahaja. Usai solat aku merebahkan tubuh seketika. Baru sahaja hendak melelapkan mata, pintu bilikku diketuk dan kemudian dikuak dari luar. Abang Man masuk dan menutup pintu cuma separuh. Aku bingkas bangun dari pembaringan.

"Abang Man buat apa ni? Dah gila ke main redah je masuk bilik ni?"

"Shh... Semua orang tengah berehat kat bilik atas. Abang nak cakap dengan Di."

Dia duduk di atas lantai manakala aku bersila di atas katil.

"Di... as soon as Di habis pantang, kita kahwin ye?"

"Kenapa Abang Man... Kenapa baru sekarang? Kenapa bukan dulu, sebelum Di buat keputusan untuk pilih Furqan sebagai suami Di?"

Baru hari ini aku teringat untuk bertanya.

"Di... Di kena faham keadaan abang masa tu."

"Perasaan Di, pernah tak Abang Man fikir tentang perasaan Di? Tau tak betapa hancurnya hati Di bila Abang Man langsung taknak berterus terang dengan semua orang?"

Aku memegang dada. Sakit yang kurasakan sekarang ini lebih sakit daripada apa yang pernah kurasakan suatu ketika dulu. Basah pipiku dengan airmata yang mengalir tanpa diundang. Aku memeluk bantal, menekan ke bahagian perut yang kurasakan sedikit menegang.

"Abang minta maaf Di... That was the biggest mistake i ever did in my life. Bagi abang peluang untuk tebus balik salah abang pada Di."

"Di tak boleh... Di sakit hati dengan Abang Man. Tau tak betapa tebalnya muka Di nak berterus terang dengan Furqan tentang diri Di yang dah tak virgin lagi? Di tak kuat Abang Man... Di tak tau apa tanggapan Furqan pada Di masa Di terus terang tu. Di berserah pada takdir..."

Aku berhenti seketika mengambil nafas. Kemudian menyambung lagi.

"Untungnya, Furqan tak pernah judge Di. Dia terima Di apa adanya. Dia satu dalam sejuta. Abang Man ingat senang-senang Di nak lupakan dia dan terima Abang Man macam tu aje? Itu belum lagi Di beritahu dia yang Di pernah mengandung dan gugurkan kandungan Di..."

Spontan bicaraku terhenti. Aku tersedar sesuatu. Pucat wajahku apabila Abang Man memandangku tajam.

"Come again... Di cakap apa tadi?"

"Just forget it... Benda dah jadi."

"No... Abang dengar tadi. Di cakap Di gugurkan kandungan Di. Anak kita Di! How could you do that?"

"Ye, memang Di gugurkan! Abang Man sendiri yang nak kami berdua berambus dari hidup Abang Man. So, Di tunaikan permintaan abang Man. Puas hati Abang Man sekarang?"

"Anak kita Di... Kenapa tergamaknya Di buat macam tu? Mana Di letak hati dan perasaan Di masa Di gugurkan dia. Allah... Allah!"

Abang Man tersandar di dinding. Matanya berkaca. Seketika kemudian dia menekup wajahnya dengan kedua belah tangan dan terdengar dia menangis teresak-esak.

"Man... Di, betul ke apa yang ibu dengan ma dengar ni?"

Serentak aku dan Abang Man menoleh ke pintu. Kelihatan ibu dan mama berdiri di sana. Jantungku serta merta berdegup kencang.

"Ibu, ma... " Abang Man bingkas bangun dari lantai dan berdiri tegak.

"Man... Beritahu ma. Di gugurkan anak siapa? Apa yang ma dengar tadi tu Man? Beritahu pada ma. Ma nak tau!"

"Anak Man..." Abang Man bersuara perlahan.

"Allah!" Serentak ibu dan mama bersuara dan kedua-duanya menangis berpelukan di tepi pintu.

Abang Man menerpa ke arah ibu dan mama, manakala aku cuba turun dari katil. Namun aku terasa sangat sakit pada bahagian perutku yang tiba-tiba mengeras. Aku terduduk semula di atas katil. Menarik nafas perlahan cuba menghilangkan rasa sakit itu. Perutku semakin mengeras dan seketika kemudian aku terasa ada air hangat mengalir di pehaku. Serentak dengan itu aku menjerit kesakitan kerana sudah tidak tertahan dengan rasa sakit yang semakin pedih dan menyucuk.

22 March 2018
2.21 pm

TERIMA AKU APA ADANYAWhere stories live. Discover now