21

26.5K 451 108
                                    

"Di... You still love me, right?" Dia mengangkat daguku yang kutongkatkan di bahunya sebentar tadi. Aku tak menjawab kerna tiada jawapan untuk soalan itu. Tubuhku masih berada di dalam pelukannya.

"Abang Man nak kahwin dengan Di?" Tubuhnya kutolak agar menjauh sedikit dari tubuhku.

"Di pun tau kan, dari dulu lagi abang nak kahwin dengan Di?"

Aku menumbuk dadanya bertalu-talu, melepaskan rasa geram di hati. Terjerit-jerit dia mengaduh kesakitan. Terpinga-pinga juga wajahnya kerana tidak mengetahui punca dia disakiti sedemikian rupa.

"Di... Kenapa ni? Sakit tau tak?" Dia cuba menangkap tanganku yang tak henti-henti menumbuk bahagian dadanya.

"Sakit kan? Tak sesakit hati Di masa Abang Man berdiam diri dulu. Cakap tak serupa bikin!"

"Di, tu cerita lama la. I'm so sorry... Now kita buka buku baru, okay?"

"Cerita lama kepala hotak Abang Man! Ingat senang-senang je ke Di nak maafkan Abang Man?" Aku menghentikan perbuatanku menumbuk-numbuk tubuhnya sebentar tadi. Si kecil di dalam sedang menendang-nendang perutku. Seolah-olah marahkan diriku yang memukul-mukul Abang Man. Punggung kulabuhkan ke atas sofa. Nafas kutarik perlahan. Aku diserang heartburn. Berkerut dahiku menahan sakit pada bahagian dada.

"Kenapa sayang?" Dia datang menghampiri dan mengusap-ngusap bahagian belakang tubuhku dengan tangan kirinya.

"Baby tendang-tendang Di sampai Di jadi pedih ulu hati." Berkerut dahiku menahan kesakitan.

Dia meletakkan tangannya di perutku sambil mengusap-ngusap perlahan.

"Sayang, kenapa tendang mama? Kesian mama, sakit."

Seolah faham, yang di dalam itu berhenti menendang-nendang perutku. Nafas lega kutarik perlahan. Aku menepis perlahan tangan Abang Man yang berada di atas perutku.

"Jangan ingat Di dah maafkan Abang Man ye... Di baru teringat, ada banyak benda Di nak balas dendam kat Abang Man. Dulu tak sempat balas dendam sebab sibuk kena kahwin. Di belum puas hati lagi ni!"

"Apa saja Di... Abang sanggup. Asalkan kahwin."

"Jangan menyesal sudah!"

"Tak pernah menyesal... Sumpah!" Dia mengangkat tangan kanan seolah berikrar. Aku sekadar mencebik bibir.

"Pi balik!" Aku menuding jari ke pintu.

Ketawa dia melihat aku sudah naik minyak dengan tingkahnya.

"Come here... Salam tangan,cium!" Dia menghulurkan tangannya kepadaku. Aku hanya memandang sepi sambil mencebik.

"Ni, mak buyong oi. Meh abang nak pesan." Dia datang mendekat. Rambut yang berjuntai di dahiku diselak ketepi.

"Ni, muka ni dah tembam... Banyak makan fast food. Ingat abang tak tau ke?" Pipiku dielus perlahan. Kemudian dia menyambung lagi.

"Ada sebab abang tak bagi Di makan fast food. Makanan tu semua tinggi MSG, tinggi garam... Tu, tengok kaki Di... Baru enam bulan mengandung dah bengkak. Tu sebab terlebih garam tau tak?"

Aku tunduk merenung kaki yang mula membengkak. Sebelum ini aku memakai kasut saiz 5, tetapi disebabkan keadaan kaki yang semakin membengkak, aku terpaksa memakai kasut saiz 6.

"Dengaq dak ni Cik penguin oi?"

Penguin dipanggilnya aku? Dasar!

Mulutnya masih membebel itu dan ini. Sesekali tangannya mencubit kedua belah pipiku. Sesuatu harus dilakukan agar dia berhenti membebel. Awal-awal tadi, aku terima sahaja segala nasihatnya. Tapi sekarang sudah melalut jadinya, maka secara spontan aku menggigit kuat jarinya yang sedang merayap di wajahku.

TERIMA AKU APA ADANYAWhere stories live. Discover now