8

27.6K 354 132
                                    

Pagi Sabtu, ketika aku dan Abang Man sedang berpelukan sambil berbual di atas katil, dia menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Mengagak itu adalah potential client, Abang Man terus menjawab panggilan itu.

Sebaik sahaja pemanggil di sebelah sana mengenalkan diri, Abang Man memandang wajahku seketika. Perlahan dia berjalan menuju ke balkoni bilik, menutup pintu gelangsar seolah-olah tidak mengizinkan aku mencuri dengar perbualannya dengan pemanggil di sana.

Aku memegang dada. Terasa denyutannya agak laju. Ada perasaan tidak enak menjalar di hati. Nafas kuhela perlahan dan mata dipejamkan.

Alia.

Tiba-tiba nama itu terlintas di mindaku. Gerak hatiku mengatakan Abang Man sedang berbual dengan Alia.

Selepas lima minit, Abang Man kembali semula ke katil dan mencium dahiku seketika.

"Di, tengahari nanti abang keluar sekejap... Petang lepas asar abang balik ye."

"Nak ke mana?"

Dia diam. Aku dapat mengesan keresahan pada wajahnya.

"Nak keluar dengan Alia?" Aku meneka. Matanya tak lepas dari tatapan tajam mataku.  Dia cuba mengelak dari menentang mataku.

Memandangkan dia hanya diam, aku menganggap jawapan kepada pertanyaanku sebentar tadi adalah ya.

Perlahan aku menolak tubuhnya dan bercadang untuk turun dari katil, namun tangannya terlebih dahulu menarik tanganku.

"Di..."

Aku menggeleng dan menarik tanganku dari pegangan tangannya. Sebaik sahaja terlerai, aku mencapai tuala dan berlalu ke bilik air untuk mandi.

Keluar sahaja dari bilik air, aku terus bersiap-siap.

"Di nak ke mana?"

"Cafe."

"Di cakap hari ni cafe tak busy..."

"So what, kalau cafe tak busy Di tak boleh pergi ke?"

"Di... Dah janji kan, pagi ni nak spend time together?"

Aku mencapai beg tangan dan kunci kereta lalu bergegas keluar dari bilik. Tak kuhiraukan Abang Man yang memanggil-manggil namaku.

Aku tidak bercadang hendak ke cafe hari ini. Jadi aku memandu keretaku menuju ke rumah mama. Sebaik sahaja sampai, rumah kosong. Kemudian aku baru teringat bahawa mama dan abah mengikuti kursus haji di masjid KLIA. Aku mengeluh perlahan. Kunci rumah mama dan abah pula tertinggal di rumahku. Jadi aku membuat keputusan untuk lepak di mana-mana sebelum mama dan abah pulang petang nanti.

Baru sahaja aku hendak masuk semula ke dalam kereta, aku disapa oleh Furqan yang baru keluar dari rumah untuk membuang sampah. Dia hanya memakai t-shirt dan berkain pelekat. Apabila dia mendapat tahu bahawa mama dan abah tiada, dia mempelawa aku masuk ke rumahnya.

Ibu kelihatan semakin sihat dan tidak perlu lagi menggunakan kerusi roda. Aku duduk bersama ibu di ruang tamu manakala Furqan meminta diri untuk ke dapur menyediakan minuman. Puas aku menegah, namun apabila ibu sendiri yang bertegas menyuruh Furqan menghidangkan minuman, aku hanya akur sahaja.

Sebaik sahaja Furqan menghidangkan air, ibu memulakan bicaranya.

"Kebetulan Di dah ada kat sini, ibu nak tanya la. Ibu dah lama berkenan nak jadikan Di menantu ibu. Kalau ibu pinangkan Di untuk Furqan, Di terima tak?"

Mujur aku telah mengetahui hal ini lebih awal. Jadi aku tidaklah berasa terkejut. Aku memandang Furqan yang sedang duduk di sofa berhadapan denganku. Wajahnya mempamer riak resah.

TERIMA AKU APA ADANYAWhere stories live. Discover now