17

29.4K 483 252
                                    

Aku bangun seawal jam 5 pagi untuk menggosok baju melayu Furqan dan baju kurungku untuk dipakai pada pagi ini. Malam tadi setelah bersama dengan Furqan, aku terus terlena kerana terlalu kepenatan.

Jam 5.30 pagi, sudah kedengaran suara orang mengalunkan suara takbir di masjid. Sayu hatiku. Terkenangkan mama dan abah di kota suci Mekah. Semoga dipermudahkan segala urusan mama dan abah di sana.

Baju yang sudah siap digosok, aku sangkutkan di penyangkut baju. Kemudian membawanya masuk ke dalam bilik. Furqan masih lena di atas toto bed. Aku segera mengejutkannya agar cepat-cepat mandi kerana bilik air sedang kosong. Bilik air cuma ada satu sahaja di rumah Atok Malik ini. Jadi aku mahu dia cepat bangun supaya dapat mandi lebih awal. Aku awal-awal lagi sudah mandi sebelum menggosok baju tadi.

Jam 7.30 pagi, kami semua menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidil adha. Usai solat, kami kembali ke rumah. Atok Malik, ayah, Abang Man dan juga Furqan menyalin pakaian biasa untuk kembali ke masjid menyertai orang-orang  kampung melapah daging korban. Aku, ibu dan maksu sekadar duduk di rumah menanti tetamu datang beraya.

Jam 10.00 pagi Furqan dan Abang Man kembali ke rumah. Kelihatan Abang Man dipapah oleh Furqan ketika turun dari kereta. Melihat keadaan itu, aku segera turun ke tanah untuk membantu.

"Kenapa ni?" Tanyaku sambil mengesat peluh yang menitik di dahi Furqan. Wajah Abang Man pucat lesi. Sesekali kedengaran dia seolah-olah ingin muntah.

"Food poisoning ke?" Tanyaku lagi apabila Furqan tidak menjawab pertanyaanku tadi. Furqan merebahkan tubuh Abang Man di atas sofa. Aku segera ke dapur untuk mengambil air putih. Sempat kumaklumkan kepada ibu dan maksu mengenai Abang Man. Bergegas mereka berdua mengekori langkahku ke ruang tamu.

"Ya Allah... Kenapa ni Man. Aduhai, anak ibu!"

Ibu menerpa ke arah Abang Man yang terbaring lesu di sofa.

"Abang mabuk darah, ibu... Dia tumbang masa Ustaz Omar sembelih lembu yang pertama untuk korban tadi." Furqan menjelaskan perkara yang sebenar.

Pecah tawa maksu dan ibu serentak. Aku cuba menahan agar tawaku tidak meletus. Tidak mahu Abang Man berkecil hati. Lagipun malam tadi Abang Man sudah berjasa terhadap aku dan Furqan. Jadi apa salahnya hari ini aku menghargai jasanya dengan cara tidak mengetawakan dirinya yang mabuk darah.

Furqan membasahkan tuala good morning yang kubawa dari dapur. Dia mengelap-ngelap wajah Abang Man yang masih lagi pucat lesi. Ibu pula menyapu sedikit minyak cap kapak di dahi dan leher Abang Man. Tidak lama kemudian, Abang Man sudah terlena di atas sofa.

Furqan meminta tuala kepadaku kerana ingin mandi dan menukar pakaian. Dia ingin ke pekan untuk  ke kedai dobi layan diri dan juga farmasi untuk membeli UPT. Aku menyiapkan pakaian untuk dipakai oleh Furqan apabila dia selesai mandi nanti. Seketika kemudian Furqan masuk ke dalam bilik hanya dengan bertuala.

Usai berpakaian, dia menghampiriku yang sedang duduk di birai katil. Punggungnya dilabuhkan di sebelahku. Tanganku dicium. Lama.

"Love, saya nak pergi dah ni. Awak jaga diri baik-baik, okay?"

"Hmm... Awak ni, macam nak pergi lama pulak. Awak pergi pekan je kan? Jangan lama-lama tau. Nak manja-manja." Aku mencium tangannya.

Dia meraih tubuhku ke dalam pelukan.

"Saya sayang awak Di..." Dia mencium ubun-ubunku, kemudian turun ke dahi, dua belah mata, hidung, kedua pipi, dan terakhir sekali ciumannya jatuh ke bibirku.

Sebaik sahaja bibirku terlepas dari bibirnya, dia menatap wajahku lama. Kedua belah tangannya memegang pipiku.

"Love you..." Sekali lagi dia membisikkan kalimah itu.

TERIMA AKU APA ADANYAWhere stories live. Discover now