27

36.2K 404 118
                                    

Yeay... Akhirnya kami kahwin! Alhamdulillah. Tepat jam 9.00 pagi, aku sudah bergelar isteri kepada Abang Man. Jika dahulu mama menangis terharu sebaik sahaja aku bergelar isteri kepada arwah Furqan, tetapi kali ini mama menghadiahkan senyuman paling manis dan bahagia buatku. Dia tahu bahawa dia telah menyerahkan aku kepada orang yang selayaknya untuk mencintai dan dicintai hingga akhir hayatku.

Majlis persandingan diadakan di dewan pada jam 12 tengahari. Kali ini majlis diadakan mewakili kedua belah pihak. Jadi, tetamu yang dijemput juga adalah daripada kedua belah pihak. Agak ramai yang menghadiri majlis kami pada hari ini. Semuanya terdiri daripada saudara mara dan kawan-kawan kami berdua.

Sepanjang majlis berlangsung, Firdee Ukasyah sememangnya seorang anak yang memahami. Dia baik-baik sahaja dalam jagaan Ainul dan Halina sejak pagi tadi lagi. Jam 6 petang, apabila kami sudah kembali ke rumah barulah aku dapat memeluk dan mencium si kecil itu. Sebaik sahaja dapat mendukung Firdee, aku segera membawanya masuk ke dalam bilik untuk disusukan. Dari jam 2 petang tadi lagi payudaraku sudah membengkak dan mengeluarkan susu kerana aku tidak mengepam atau menyusukan Firdee. Mujur aku memakai pad yang menghalang air susu menembusi bajuku. Lega sungguh rasa hati apabila dapat menyusukan Firdee setelah seharian aku menahan bengkak dan tegang pada payudaraku.

Pintu dibuka dan Abang Man masuk menghampiri aku yang sedang menyusukan Firdee di atas katil. Dia masih lengkap dengan suit yang dipakai ketika majlis persandingan tadi manakala aku sudahpun menanggalkan gownku dan ditukarkan dengan sehelai baju T dan juga legging.

"Finally... We're husband and wife!"

Dia mengurut-ngurut bahu dan leherku. Faham bahawa aku sedikit lenguh kerana terpaksa duduk tegak dalam tempoh yang agak lama untuk menyusukan Firdee.

Aku menutup sedikit bahagian dadaku yang sedikit terdedah kerana tangan Firdee menolak-nolak bajuku untuk memegang sebelah lagi buah dadaku yang tidak dihisap. Tangan Abang Man merayap semakin ke bawah dan berhenti pada bahagian yang sedang dihisap oleh Firdee.

"Your boobs changed a lot! Dulu tak besar macam ni pun."

Aku menjelingnya dan kemudian mengalihkan tubuhku membelakangi dirinya. Kedengaran dia ketawa. Pakaian pada tubuh ditanggalkan satu persatu. Dengan hanya tuala dililit pada pinggang, dia berjalan ke bilik air. Sebelum menutup pintu, sempat lagi dia bersuara.

"Di... Dah halal la. Mana aci main sorok-sorok macam ni. Abang pegang je. Bukan luak pun"

Allahu... Belum sehari menjadi suami, Abang Man sudah berani membuliku. Merah padam wajahku, hilang sudah madah berbisaku yang sering menjadi halwa telinganya. Hari pertama menjadi yang halal buatnya, seorang Hani Diana sudah kehilangan taring? Oh, tidak!

Firdee sudah terlena ketika aku keluar untuk menyerahkannya kepada Ainul dan Halina yang berada di bilik lamaku bersebelahan dengan master bedroom. Aku mencium wajahnya bertalu-talu. Sayu rasa hati. Untuk malam ini, dia akan tidur bersama mereka berdua. Abang Man telah menempah sebuah bilik di Sama-Sama Express Hotel KLIA untuk kami bermalam di sana pada malam ini.

Usai makan malam, aku dan Abang Man meninggalkan rumah ibu untuk menginap di hotel. Sepanjang perjalanan dia sentiasa menggenggam jari jemariku dan mengusap-ngusap perlahan. Seram, tapi aku suka!

Seperti yang diduga, bilik penginapan kami dihias indah selayaknya untuk pasangan yang berbulan madu. Aku menghadiahkan senyuman tanda berterima kasih kepada Abang Man. Sementara menunggu Abang Man menggantung semua pakaian di dalam almari, aku memasak air dan membancuh dua cawan nescafe untuk kami berdua, kemudian meletakkannya di atas meja sisi katil. Aku pula menyandar di kepala katil sambil mematah-matahkan jari jemariku. Sungguh, tingkahku serba tak kena malam ini. Mulutku pula seolah-olah ada emas di dalamnya. Ini bukan diriku.

TERIMA AKU APA ADANYAWhere stories live. Discover now