16

33K 415 56
                                    

Dua minggu yang lalu, mama dan abah telah selamat berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Aku dan Furqan akan tinggal di rumah mama dan abah sepanjang ketiadaan mereka berdua.

Sudah tiga bulan setengah usia pernikahan aku dan Furqan. Sepanjang tempoh ini, aku merasa sangat bahagia. Furqan ternyata menunaikan janji-janjinya kepada mama dan abah. Aku ditatang bagai minyak yang penuh.

Rutin kehidupan kami juga berjalan lancar. Hari Isnin hingga Khamis, kami tinggal di Taman Mawar Perdana. Manakala hari Jumaat hingga Ahad pula kami menginap di Shah Alam. Hari Sabtu adalah hari untuk kami menghabiskan masa berdua. Aku tidak akan ke cafe pada hari itu untuk memberi sepenuh perhatian kepada Furqan. Seawal jam 7.00 pagi kami akan ke pasar borong untuk membeli bahan basah, kemudian kami akan masak bersama-sama untuk makan tengahari. Sebelah petang, jika tidak keluar jogging ke Taman Tasik Shah Alam, kami akan menghabiskan masa dengan window shopping atau menonton wayang. Indahnya hidup berkasih sayang... Sumpah, aku langsung tak menyesal memilih Furqan sebagai suami.

Tahun ini, kami semua akan menyambut hari raya haji di rumah Atok Malik. Furqan dan Abang Man bercadang untuk menyertai ibadah korban yang dianjurkan oleh pihak masjid di kampung. Dua hari sebelum hari raya haji, aku dan Furqan sudah berada di rumah Atok Malik. Manakala ibu, ayah, dan Abang Man akan bergerak dari Sepang selepas solat subuh keesokan pagi.

Petang ini selepas puas meronda bersama Furqan dengan motosikal Atok Malik, aku berjalan kaki ke rumah Ainul. Dia sedang duduk di pangkin sambil mengupas mangga muda dan buah kedondong. Kecur liurku apabila melihat sepinggan mangga muda beserta semangkuk kuah rojak terhidang di hadapan mata. Tanpa dipelawa oleh Ainul, aku dengan muka tak malunya terus sahaja mencapai mangga yang telah dipotong olehnya tadi. Sambil berbual dengan Ainul, tanganku tak henti-henti mencapai potongan-potongan mangga dan kedondong itu dan dibawa ke mulut. Aku hanya berhenti apabila tangan Ainul singgah di perutku. Dia mengusap-ngusap perlahan, sambil tersenyum.

"Dah ada isi ni Di... " Tangannya masih mengusap-ngusap perutku.

"Eh, tak la Ainul... Belum ada apa-apa lagi." Aku menafikan, namun dalam masa yang sama dadaku sedikit berdebar. Seingatku, bulan ini aku masih belum didatangi haid.

"Oh... Belum ada lagi ye? Mungkin perasaan Ainul je kot. Rasa macam ada." Segera dialihkan tangannya dari perutku. Namun pantas aku menangkap tangannya dan menggenggam erat.

"Doakan semoga ada rezeki Di dengan Furqan ye Ainul..."

Ainul tersenyum lebar.

"In Shaa Allah Di... Tak lama lagi, ada la rezeki Di dengan Furqan. On the way..." Dia ketawa perlahan.

"Yeah... Coming soon. Aamiin."

Ada sedikit rasa pedih dan pilu di hati ketika aku mengaminkan kata-kataku sebentar tadi. Ada sesuatu yang menerjah lorong ingatanku. Aku teringat kepada janin yang telah kugugurkan suatu ketika dahulu. Sungguh, aku sangat menyesal dengan apa yang telah kulakukan waktu itu.

Perlahan aku mengusap perut. Berharap semoga ada rezeki untukku menjadi seorang ibu. Hadiah untuk Furqan.

Keesokan paginya, aku mengikut Furqan ke masjid untuk melihat orang kampung menambat lembu-lembu yang terpilih untuk dikorbankan. Tahun ini tujuh ekor lembu akan dikorbankan oleh penduduk kampung. Terasa betapa meriahnya suasana menyambut hari raya di kampung. Aku tidak ada pengalaman berhari raya di kampung kerana mama dan maklong berasal dari Kuala Lumpur. Manakala abah merupakan anak yatim piatu yang membesar di salah sebuah rumah anak yatim di Kuala Lumpur. Jadi ini adalah kali pertama aku menyambut hari raya di kampung. Ada sedikit rasa teruja di hati. Macam jakun pun ye juga 😅.

TERIMA AKU APA ADANYAWhere stories live. Discover now