3

49.1K 491 65
                                    

Aku memandu tenang menuju ke cafeku, Hanilicious Cake House. Ini adalah hari pertama aku kembali semula ke cafe setelah seminggu bercuti. Sekembali dari Cameron Highland, aku telah mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa cutiku dengan duduk di rumah sahaja melakukan spring cleaning dan juga make over pada ruang tamu rumahku.

Sampai sahaja di cafe, aku terus menuju ke bilik kerjaku. Perkara pertama yang aku lakukan adalah membaca semua surat dan menyemak segala invois yang telah disediakan oleh Fifi. Aku tenggelam dalam kesibukanku hingga tidak menyedari jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Perutku sudah mula berkeroncong. Aku mengambil paper bag berisi bekalanku. Sudah menjadi kebiasaanku membawa bekal setiap hari. Aku lebih suka makan makanan yang dimasak sendiri berbanding makan di luar. Hanya sekali sekala sahaja aku akan makan di luar. Itupun jika keluar bersama Abang Man.

Abang Man...

Sudah empat hari aku mengelakkan diri daripadanya.Sejujurnya aku rindu. Peristiwa di Cameron Highland kekal menjadi rahsia di antara aku dan Abang Man. Dan atas permintaanku, tiada perbincangan lanjut mengenai hal yang telah terjadi di antara kami berdua. Sepanjang perjalanan pulang dari Cameron Highland, aku hanya berdiam diri dan lebih suka tidur daripada berjaga. Manakala Abang Man terus memandu dengan wajah ketatnya.

Aku juga sudah tidak melayani sebarang panggilan telefon daripada Abang Man. Mesejnya dari aplikasi whatsapp juga tidak kubalas. Aku sedar, aku tidak sepatutnya bersikap tidak matang seperti sekarang. Tapi buat masa ini, aku tidak mahu memikirkan langsung mengenai perkara ini lagi.

Sambil mengunyah nasi goreng, aku melayari akaun instagram Hanilicious Cake House. Senyum sendirian aku apabila membaca review dari instafamous yang telah menempah kek sempena sambutan harijadinya pada minggu lepas. Kesan daripada review ini, pihak kami dihujani order yang agak luarbiasa banyaknya bermula dari minggu ini hingga ke pertengahan bulan 6 nanti. Perkara ini telah diketahui olehku ketika aku sedang bercuti di Cameron Highland. Aku tidak perlu risau kerana kami mempunyai team yang cukup untuk menyiapkan semua order dalam tempoh yang ditetapkan.

Aku membuka cafe Hanilicious Cake House ini setelah dipujuk oleh mama dan abah. Sebelum ini aku hanya sekadar mengambil tempahan secara online dan offline sahaja. Sebaik sahaja aku menamatkan pengajian di UiTM Shah Alam tiga tahun yang lalu, aku mengisi masa lapang dengan mengambil tempahan pelbagai jenis kek dan juga biskut. Bermula dengan mengambil tempahan daripada jiran-jiran setaman, kemudiannya aku mendapat permintaan daripada penduduk taman berhampiran dan dalam tempoh tidak sampai setahun, hasil tanganku mula terkenal di sekitar Sepang, Shah Alam, Sungai Buloh, dan Damansara.

Hasil wang simpananku dan juga sedikit sumbangan modal dari mama dan abah, akhirnya setelah melakukan sedikit kajian mengenai kumpulan potensi pembeli, aku membuat keputusan untuk membuka Hanilicious Cake House di Seksyen 13, Shah Alam pada pertengahan tahun lepas. Kini Hanilicious Cake House telah beroperasi selama 9 bulan dengan mempunyai seramai 7 orang pekerja.

                       👏👏👏

Ketika aku sedang memandu pulang ke rumah, telefon bimbitku berdering. Apabila melihat nama Abang Man tertera di skrin, aku melepaskan keluhan. Hari ini sudah berpuluh kali Abang Man menelefonku. Tiada satupun panggilannya yang aku jawab. Aku fikir Abang Man akan berputus asa, namun rupanya dia masih tetap mencuba.

Aku sampai di rumah pada pukul 9 malam. Sebaik sahaja keluar dari lif, aku melihat Abang Man sudah berada di depan pintu apartmentku. Aku sudah tidak dapat mengelak lagi. Bimbang dia membuat kecoh, aku mempelawa dia masuk ke dalam.

TERIMA AKU APA ADANYAWhere stories live. Discover now