BAB 5 MAMAT MERENG

13.2K 709 5
                                    

Sebelum Shikin betul betul nak keluar dari kelas itu diri nya terserempak dengan 3 orang lelaki yang err pakaian nya agak selekeh. Tapi peduli apa Shikin. Dia bala jela namun instinct nya menyatakan ada bahaya yang bakal datang dari arah bawah bahagian kaki nya.

Arshad POV

Aku dengan geng aku baru ja lepas belasah orang, yelah kan budak gangster kat sekolah katakan.

Sedang aku berborak ria dengan geng aku. Tiba tiba aku ternampak seorang minah ni dari kelas aku kut.

Tapi an muka dia perhhh cantik siak bak bidadari. Aku pandang dia baik baik boleh pulak dia jeling aku. Minah ni murid baru kut teka ku. Sapa berani nak jeling aku ni. Setakat tengok pun tak berani. Ialah budak jahat sape berani pandang.

Tetiba idea jahat terlintas di benak ku. Ohh kau jeling aku ek. Tak pe kau jeling aku an. Tunggu dan lihat kata ku dalam hati.

Aku pun melihat sasar yang bakal aku serang dan.

END POV

Arshad melihat kaki Shikin itu lalu sengaja dia meletakkan kaki nya di depan untuk menyadung Shikin nak malu kan dia katakan akibat Shikin suka suki menjeling tadi. Ialah si Shikin ni kan jalan tak pandang bawah. Tapi naluri dia sentiasa tajam.

Dengan selamba saja Shikin melangkah kaki Arshad itu dengan senyuman sinis dan mengejek di pamerkan.

Nak malukan aku depan kelas hehh jangan harap. Desis hati Shikin riak.

Rahang Arshad mengeras apabila sasaran nya tersasar. Lalu mata nya merenung tajam anak mata Shikin yang semula jadi warna hijau jernih itu. Seketika dia terpaku dengan kejernihan mata Shikin itu namun hanya untuk seketika.

Shikin yang tiba tiba terlintas di benak nya untuk membalas perbuatan Arshad itu tersenyum sumbing.

Belakang lutut Arshad dipandang lalu di tendang dengan selamba sehingga Arshad terduduk di buat nya. Dan perbuatan itu mendapat tawa dari rakan sekelas nya.

Hahaha hahaha..tawa X-1A5 pecah.

Namun terhenti mengejut saat mendengar seseorang

"Hoi..kawan aku yang korang ketawakan tu nak makan penumbuk aku ke hah.." Jerkah Afiq sebagai leader Badboy.

Terus sunyi sepi kelas itu dibuat nya.

Arshad bingkas bangun saat Atif menghulurkan tangan nya untuk membantu dia bangun.

"Kau pasal hah pompuan .." Tengking Arshad lantang. Seisi kelas hanya memandang sayu Shikin saat di tengking itu. Murid baru dah kena tengking kesian..Desis hati mereka serentak.

"Masalah nya kau lah mereng.." Kutuk Shikin sinis . Dia tahu sape budak tiga ekor kat depan tu sebenar nya tapi buat buat tak kenal ja lah.

"Kau panggil aku apa..?" Tanya Arshad geram. Mukanya merah menahan marah + geram. Minah ni panggil aku mereng. Aku yang hensom bergaya ni dia panggil aku cam tu. Kata Arshad dalam hati geram.

"Jangan cari pasal dengan aku. Kalau kau sendiri tak tahu dengan sapa kau berdepan.." Pesan Shikin lalu beredar dari situ tanpa menjawap soalan Arshad.

Seisi kelas sudah terlopong mendengar pesanan atau lebih daripada peringatan Shikin itu. Tiada siapa yang berani berkata sebegitu di depan mereka tambah tambah lagi perempuan.

"Kau sepatut nya yang jangan cari pasal dengan kitaorang sebab kau jugak tak kenal kitaorang.."Pesan Atif dingin. Saat Shikin ingin berlalu pergi dari tempatnya.

Sempat juga lah senyuman sinis Shikin hadiah kan pada Badboy. Dan meneruskan jalan nya.

Kau tunggu lah pompuan aku akan buat kau menyesal sebab kau cari pasal dengan aku. Desis hati Arshad lalu masuk ke dalam kelas.

Selang beberapa minit akhirnya Cikgu mata pelajaran Geografi datang yang membuatkan seisi kelas terkejut sebab kata Cikgu Quratul dia kan ada meeting.

"Selamat pagi cikgu.." Laung ketua kelas.

Semua murid hanya mengikut ye lah cikgu disiplin kut kat depan tu.

"Baiklah murid murid buka buku teks muka surat 105 sekarang.." Kata Cikgu Rozaini tegas sambil melibas rotan nya ke meja.

Serentak terhinjut bahu murid dalam kelas X-1A5 termasuk lah Hana dan Sya. First class dah jumpa cikgu disiplin kesian.

Arshad yang di tempat duduk nya mengukir senyuman sinis dia dapati Shikin belum pulang lagi.

Mampos kau pompuan kena kerjakan oleh Cikgu disiplin tu..Kesian malang sungguh nasib kau ni. Kata Arshad dalam hati sinis

******
Selang beberapa minit kedengaran ketukan pintu memberhentikan cikgu Rozaini mengajar.

Cikgu disiplin itu pun memandang ke arah pintu asal nya ketukan itu.

"Kami ni dari kelas mana..?" Tanya nya agak garang.

"Saya Farah Ashikin dari kelas ni tadi saya keluar sekejap cikgu.."Kata Shikin sopan siap tunduk kan sikit lagi badan nya.

"Kenapa kamu lambat ..?" Tanya cikgu Rozaini lagi dalam nada nya terselit kemarahan.

"Keluar dating agak nya cikgu.." Kata Arshad sinis. Sempat dia mencelah dalam perbualan antara Shikin dengan cikgu disiplin itu.

Terus cikgu Rozaini memandang tajam Shikin.

Manakala Shikin pula sudah menggenggam penumbuk nya geram. Nafas di tembus nya kasar.

Ehhh...mamat mereng ni..saje kan..Kau tunggu kepala kau tu pecah aku kerjakan nanti. Kata Shikin dalam hati.

"Apa alasan kamu..cepat jelaskan.." suara Cikgu Rozaini naik se oktaf.

"Tadi masa saya nak balik sini saya terserempak dengan cikgu Quratul. Cikgu Quratul suruh saya pergi bilik pengetua dia panggil. So saya pergi lah. Cikgu kan tau jarak tandas ke bilik pengetua tu jauh jadi mengambil masa lah jugak. Habis ja ceramah pengetua saya keluar. Dalam perjalanan nak ke mari terserempak pula dengan Cikgu Raikal saya sebagai murid yang prihatin tolong la cikgu tu sebab dia bawa alatan sukan banyak sampai kepala pun tak nampak. Cikgu pun tau jugak kan jarak padang dari tangga tingkap 3 tu jauh nun di sana. Jadi saya merelakan masa saya nak dapat kan pahala. Masa balik dari padang pula saja singgah ke koperasi nak beli air haus sangat. Lepas beli air tu saya buka langka seribu lah jawab nya nak ke mari dengan cepat.." Terang Shikin senafas saja.

Melopong satu kelas saat mendengar alasan Shikin itu yang serupa dengan ulasan BM.

"Cikgu kalau tak caya juga tepon pengetua dengan Cikgu Raikal." Kata Shikin lagi saat sudah menyedut oksigen dengan rakus nya.

Cikgu Rozaini hanya mengangguk tanda memaafkan kesalahan Shikin dan membenarkan nya masuk.

Di tempat Arshad pula kelihatan rahang nya mengeras geram saat mendengar alasan yang diberikan oleh Shikin itu.

Kau tunggu pompuan aku akan buat hati kau berderai macam kaca pecah. Desis hati Arshad jahat.

#########

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Where stories live. Discover now