BAB 40 MAJLIS

9.9K 549 137
                                    

Ainul yang berlari di keliling taman permainan bersama gelak tawa membuatkan Clara tersenyum.

"Akak tak dapat tangkap. Bluekk"

"Siapa cakap! Kalau akak dapat tangkap Ainul nanti, tahu lah akak nak buat apa" Clara tersenyum jahat lalu melajukan lariannya.

Arshad yang melihat daripada tingkat menghela nafas seketika. Risau akan keselamatan puterinya itu kerana dia tahu pasti musuhnya kini sedang memerhati anaknya itu.

"Pa Fiq tak tak nak pimpin kumpulan ni. Fiq nak cuci tangan"

Arshad tersentak.

"Kenapa wei?" Riak wajah lelaki bermata biru kristal jelas tergamam.

"Aku nak jaga isteri aku elok elok."Afiq mengulum senyumannya.

Dato Sri Azlan Zisham mengangguk.

" Kalau itu yang kamu nak, waris seterusnya kumpulan Black Knight-"

" Saya pun nak cuci tangan uncle. Anak dan isteri saya lebih memerlukan. Saya takut mereka di kejar musuh nanti. Lebih lebih lagi mereka kelemahan saya" Atif bersuara pantas apabila menyedari tatapan mata Dato Sri Azlan Zisham terarah kepadanya.

Dato Sri Azlan Zisham mengeluh perlahan lalu matanya terarah pula pada Arshad.

"Kamu Arshad waris seterunya kumpulan ni. Genap usia kamu 24 tahun nanti seluruh unit kumpulan yang ada di seluruh negara ni kamu pimpin" Suara tegas Dato Sri Azlan Zisham kedengaran nyaring saja di telinga jejaka bermata biru kristal itu.

Arshad mengurut pelipis lalu meraup wajahnya.

"Ara, seandainya Ara tak pergi dulu pasti kita dah bahagia bukan? Pasti kumpulan Black Knight bukan Irdy yang pimpin sekarang ni. Pasti semua bebanan ni bukan jatuh di bahu Irdy kan?"

Keluhan sekali kedengaran meniti di bibir jejaka itu.

*

Langkah larian Ainul terhenti apabila figura seseorang menghalangi jalan lariannya.

" Pak Cik siapa? "Tanya Ainul ramah bersama senyuman di bibir.

Seorang lelaki berhoodie hitam tersenyum sinis apabila menyedari kelibat Arshad tidak berada di situ. Malah hanya dua orang gadis yang lemah sahaja yang berada di taman permainan ketika itu kerana faktor waktu yang menjangkau petang.

" Nak gula gula? "Tanya lelaki berhoodie itu pula sambil mengusap lembut kepala Ainul.

*

Membulat mata Arshad apabila menatap seorang lelaki berhoodie hitam sedang berbual bual dengan puterinya itu melalui tingkat atas pejabatnya. Tanpa berlengah dia lantas berlari menuju lif untuk ke tingkat paling bawah untuk mendapatkan puterinya.

*

"Ainul sayang mari sini" Tercungap cungap Clara dibuat apabila dia berjaya menghampiri anak bossnya itu.

"Akak!" Lantas Ainul berlari menuju ke arah Clara yang masih tercungap cungap kerana baru sahaja habis berlari. Kaki Clara yang berbalut kain kurung di dakap erat.

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Where stories live. Discover now