"Pak cik cepat lah nanti kita lambat! " Jerit Ashikin yang berada di atas kerusi roda berhadapan dengan pintu bilik Arshad.
Arshad merengus geram.
"Sabar lah mak cik tengah packing barang ni. Perlawanan tu lambat lagi kut nak mula, tarikh dia kan esok kita aje kena datang awal. Lagi pun kalau tak sembat naik bas, nanti aku drive." Balas Arshad yang kelang kabut mengemas barang barang penting untuk di bawa ke tempat penginapan sementara semasa pertandingan pertama bola keranjang pada tahun itu.
Ashikin mencebik bibir.
" Sape suruh semalam kemain kau main pubg tak ingat dunia padan muka pak cik." Bebel Ashikin sambil menolak perlahan roda pada kerusi roda tersebut.
"Kau diam lah mak cik dan satu lagi jangan bergerak dari bilik aku, nanti apa apa jadi aku pulak susah tak sempat sampai pertandingan kau pula masuk balik hospital tu." Arah Arshad tegas dari dalam biliknya.
Okey kali ini Ashikin mendecit geram.
'Taraguna punya pak cik tua' bisik hati Ashikin geram.
Ameer yang kebetulan lalu di kawasan bilik abang sulungnya mengerutkan dahi apabila menatap Ashikin yang seakan membaca mantera. Tak henti henti mulut Ashikin terkuat kamit menyumpah .
"Akak buat apa dekat depan bilik abang Arshad ni?" Tanya Ameer sopan. Amboi adik kemain beradab abang dia pulak biadab.
Ashikin berhenti menyumpah lalu menatap ke arah Ameer yang elok berdiri di hadapannya. Terkejut lah juga tengok budak tu berdiri dekat depan ni tiba tiba.
"Abang kamu tu berkemas macam perempuan dah lah tak lama lagi bas nak gerak nih" Ujar Ashikin tanpa nada.
"Aku dengar tu mak cik! " Jerit Arshad dari dalam bilik.
Ameer menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Akak pergi gak ke perlawanan tu?" Tanya Ameer.
"Haah. Tapi pak cik kat dalam tu lambat sangat, dah hilang nyawa agaknya kat dalam tu lama sangat berkemas kalah Datin." Jawab Ashikin tanpa memikirkan kata katanya.
"Oii Mak cik mengata aku nombor 1, ada gak yang kawin cepat ni kang" Sapa Arshad bersama sebuah bagasi berwarna hitam bersaiz tak lah besar sangat, kecil pun tak sangat sederhana aje.
Ashikin mengerutkan dahinya. Ada kaitan dengan kawin ke?"Cepat lah gerak nanti tertinggal Bas pak cik oi! " Gesa Ashikin lagi.
"Ia ialah. Ameer jaga rumah, tunggu abang Amril kau tu balik jangan mengatal keluar rumah mase mak ayah tak de ni pulak." Pesan Arshad serius kepada adik bongsu nya itu.
Ashikin mengerutkan dahinya sekali lagi.
"Siapa Amril?" Tanya Ashikin. Tak pernah nampak pun ada lagi sorang lelaki dalam rumah tu.
Arshad dan Ameer saling berpandangan. Masing masing terdiam seketika.
"Kembar Ameer tapi tak seiras." Jawab Ameer mewakili abang nya.
Ashikin terdiam seketika. Kenapa nama tu terasa amat familiar di dengar? Desis hati perempuan nya.
"Kau tunggu apa lagi mak cik. Tadi kemain nak cepat datang sana, sampai bas pun dah gerak tadi." Sinis Arshad. Ya baru sebentar tadi dia menerima panggilan daripada Atif yang mereka telah lambat sehingga bas telah pun bertolak ke lokasi perlawanan
Ashikin tersentak.
"Kita dah lambat lah ni?" Tanya Ashikin tak percaya. Matanya yang membulat terkejut membuatkan Arshad tersenyum. Baginya riaksi Ashikin itu comel di matanya.
YOU ARE READING
Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1]
Romance(KARYA PERTAMA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [The Ice Award #Romance no. 2] [Siri L&D] B1 NO COPY! ⚠️ Kehidupan aku tak seperti apa yang digambarkan oleh orang yang berada di luar sana. Hidup bersama keluarga ya...