BAB 1 TANAH AIR

26.4K 949 10
                                    

Suasana pada pagi yang cerah nan indah, namun hal itu tidak menjadi indah di sebuah rumah agam yang jelas kelihatan sunyi.

" Bila mereka nak balik ni bang? " Soal si isteri risau.

" Nanti petang balik lah dorang tu sayang, tak payah lah risau sangat mereka dah besar. " Jawap si suami tenang sambil membelek helaian suatu khabar .

" Tapi mereka tu anak dara bang. Bahaya tau! " Si isteri cuba menampakkan tahap kerisauan dia.

" Haa, dah tu kenapa tak call je. " Tanya si suami hairan. Pasti isterinya terlupa. Bisik hatinya pula.

" Err.. Itu ..a " Si isteri kehilangan kata kata . Dia lupa! Perasaan malu sedaya upaya di sorokkan.

Tanpa mereka sedari, jam kian laju berpusing. Sehinggalah waktu yang dinantikan telah tiba.

TIK.. TOK.. TIK

Jam dinding yang menunjukkan  waktu sekarang ialah 2.30 pm membuatkan senyuman di bibir si isteri serta seluruh isi rumah itu melebar.

*

Di lapangan terbang KLIA pula terlihat tiga orang remaja perempuan sedang berjalan beriringan , dan dua diantara mereka memiliki wajah yang serupa. Kembar mungkin?

"Haa, Akhirnya sampai juga kita kan!" Tengku Farhana Aisyah bersuara riang , memecahkan kesunyian yang melanda mereka bertiga sedari tadi.

"Haah,  gembira dapat datang sini balik. " Tengku Farah Ashikin mengiakan kata kata kakak kembarnya itu.

" Wei, korang kita balik rumah guna apa? " Soal Tengku Syafiah Auliah pula . Menghentikan kegembiraan kedua kembar tersebut.

" Kereta lah, of course. Akak dah call mama tadi ? " Tanya Ashikin sambil menyurung troli yang penuh dengan barang - barang keperluannya daripada Korea.

" Dah, tadi masa kita keluar dari balai pelepasan tu. " Jawap Hana kakak kembar Ashikin sambil menolak troli yang berisi penuh dengan barangan dia.

" We come back Malaysia. " Ucap mereka bertiga serentak setelah melangkah keluar daripada kawasan sesak di dalam KLIA itu .

" Uit, tu bukan kereta papa korang ke?" Tanya Sya sambil mencuit bahu kedua sepupunya. Hana dan Ashikin menoleh ke arah tempat letak kereta berhampiran dengan mereka.

Sebuah BMW hitam elok tersusun di dalam petak tempat letak kereta.

"Haah, Jom arh. Aku dah  letih ni, dari tadi berdiri je " Ajak Hana. Laju sahaja langkahnya berlari ke arah kereta BMW hitam itu.

Ashikin dan Sya hanya mengangguk sahaja. Perasaan penat perlahan lahan menyelubungi diri mereka . Sehinggalah tanpa menghiraukan tatapan orang, mereka bertiga berlari anak menghampiri BMW hitam itu.

" Selamat kembali semula cik muda bertiga. " Ucap mesra pemandu peribadi  kepada tiga orang gadis tadi .

Hana, Ashikin dan Sya hanya mengangguk saja dan memberi senyuman termanis yang pernah mereka miliki .

Kemudian semua barang - barang yang dibawa tadi di masuk ke dalam bonet kereta, lalu dengan pantas sekali mereka terus mengambil tempat duduk di bahagian belakang.

Si pemandu peribadi yang melihat itu hanya tersenyum sahaja. Sudah lali dengan perlakuan anak anak majikan dia.

" Cik Sya, tadi saya diarahkan untuk menghantar Cik ke rumah Cik Hana dan Cik Ashikin. Tuan Haziq kata ada perkara yang ingin dibincangkan ." Pak Mat, si pemandu khas keluarga Hana menyampaikan arahan daripada adik majikannya. Hal itu, tanpa disengajakan menarik perhatian ketiga sekawan itu.

" Apa yang ayah nak bincangkan tu agak nya? Pak Mat tahu? Ke ayah nak bincang tentang kawin? " Soal Sya bertubi - tubi. Hairan pula dirinya mengenai hal yang akan dibincangkan itu nanti.

" Kut ye pun tanya soalan tu satu - satu lah. "Hana menunjal kepala Sya perlahan .

Sya tersengih sahaja mendengar teguran sinis daripada sepupunya itu.

"Maaf Cik Sya, Tuan Haziq tidak menyatakan secara terperinci pula." Suara Pak Mat berubah kendur.

"OH, kalau macam tu tak pe lah. Ni nak rehat kejap. Nanti kalau dah sampai tolong kejutkan kita orang tau Pak Mat. " Ujar Sya, mengingatkan Pak Mat sebelum mengikut jejak kedua sepupunya ke alam mimpi.

Pak Mat hanya mengangguk tanpa suara tidak mahu mengganggu tidur tiga sekawan itu. Kesian letih sangat gamaknya.

Dalam perjalanan menyusuri jalan raya, Pak Mat hanya di teman dengan lagu terkini daripada corong radio sahaja dan juga dengkuran halus dari tiga sekawan itu.

*

Selang beberapa jam akhirnya mereka sampai di sebuah rumah agam yang megah dan mewah. Pak Mat pun terus melaksanakan tugas yang diberi tadi, membangunkan tiga sekawan itu.

"Cik kita sudah sampai. Cik boleh bangun sekarang! " Kata Pak Mat separuh berteriak, nanti tak bangun susah lah dia.

Dengan cepat ketiga sekawan itu bangun dalam keadaan terkejut dan juga sedikit mamai.

"OH. Kita dah sampai. " Terkejut si kakak dibuatnya iaitu Hana.

" Pak Mat beg kat bonet tu tak payah hantar masuk dalam biar saja dulu. Kitaorang ada hal nak bincang dengan Mama dan Papa. " Arah si adik pula iaitu Ashikin.

Pak Mat hanya mengangguk.

Setelah sampai ke muka pintu rumahnya Hana dan Shikin terlihat sambut kecil kecilan untuk menyambut kepulangan tiga sekawan itu. Di sambut dengan sepupu nya iaitu ibu dan bapa Sya dan pembantu rumah serta tak lupa akan mama dan Papa Hana dan Ashikin .

"Selamat pulang! " Ujar serentak penghuni rumah itu.

Hana , Ashikin , Sya hanya membalas dengan senyuman semanis yang mereka ada. Mana tak nya, happy gila dapat pulang semula ke Tanah air lepas tu semua berkumpul walaupun ada beberapa orang yang tak da.

"Mama Papa! " Serentak mereka berlari ke dalam dakapan hangat keluarga yang telah lama tidak dirasai setelah sekian lama menetap di negara Korea.

Selesai saja agenda peluk - memeluk Dato Sri Tengku Haikal terus menanyakan khabar anak kembarnya serta anak saudara nya itu semasa berada di Korea.

"Jadi macam mana seronok tinggal kat sana? "

"Seronok, tapi sementara je. " Jawap Hana apabila terkenang memori silam.

" Laa.. Tak payah lah sedih sangat. "Ayah kepada Sya memujuk anak saudaranya seorang ini .

" Jadi semua dah ada kat sini. Boleh lah kita bersama semula kan? "Tanya  Dato Sri Tengku Haikal.

" Err.. Papa kami sebenarnya.. " Sengaja Ashikin menggantung ayatnya lalu memandang wajah Sya dan Hana lalu tersenyum nipis.

Rasa2 apa agak nya ye...
Tengok di episod seterusnya..k

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Where stories live. Discover now