BAB 59 MUSANG LICIK

9.9K 505 46
                                    

PANG!

Riak wajah Cantius menegang. Darahnya naik mendidih apabila melihat setitis darah gadisnya mengalir di celah bibir.

Wajah Maydelin jelas terkejut apabila pipinya ditampar tanpa belas kasihan. Hatinya remuk apabila melihat tiada seorang pun mahu mempertahankan dirinya di dalam kalangan keluarga Encik Zhao itu. Tanpa dipinta pula air matanya mengalir pantas.

" Why daddy? " Tanya Maydelin. Bibirnya menggeletar ketika itu.

" You shame our family. " Ujar Encik Zhao dingin.

" Menyesal aku bela kau! Sepatutnya kau mati dengan ibu kau masa kemalangan hari tu." Tengking Encik Zhao.

Maydelin tertunduk apabila ditengking sebegitu. Ini bukan kali pertama dia diperlakukan sebegitu. Malah hampir tiap hari. Namun hatinya tetap tabah menghadapi perkara tersebut.

" Apa yang daddy cakap ni? Kenapa? Kenapa daddy kejam sangat sampai nak Lin mati? " Air mata Maydelin merembes keluar.

Dalam diam Cantius terpaku melihat air mata itu. Hatinya berdetak tidak keruan. Sakit melihat keadaan Maydelin yang dibenci oleh keluarga sendiri. Ya! Mereka kini berada di rumah keluarga Maydelin. Namun sambutan kepulangan Maydelin itu jelas tidak disenangi ahli keluarganya.

" Kau pembawa malang dalam keluarga aku!" Encik Zhao kehilangan kendali  kemarahannya.

Maydelin menggeleng kepala perlahan. Badannya lemah mendengar cacian ayah kandungannya sendiri. Tanpa menghiraukan tatapan sinis abang abangnya, dia memeluk kaki Encik Zhao.

" Lin minta maaf daddy. Maafkan Lin. Lin.." Tubuh kecil gadis itu di sepak tanpa rasa belas kasihan.

" Kau! Keluar dari rumah ni! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Kau buat daddy sakit tengok perangai kau ni! Tiap malam bertukar pasangan. Tak malu ke? Then  berani pula kau bawa laki masuk rumah ni." Tengking abang pertama Maydelin, Zhang.

Maydelin mengetap bibir. Butiran jernih mengalir tiada henti. Hatinya begitu remuk pada ketika itu.

Cantius yang melihat keadaan gadisnya itu semakin panas! Lengan Maydelin ditarik perlahan untuk berdiri.

" Aku datang sini bukan nak bergaduh." Dingin sahaja suara Cantius membidas kata kata abang pertama Maydelin itu.

Zhang tersenyum sinis.

" Habis tu apa? Nak ambil dia? Ambil lah aku tak kesah! Pembawa bala." Kutuk abang kedua Maydelin, Fang. Dia sedari tadi hanya dia menjadi pemerhati. Namun setelah melihat kemesraan Cantius, lelaki yang tidak dia kenali. Hatinya panas, darahnya mendidih.

Maydelin teresak mendengar kutukan itu. Tanpa menunggu lama, esakan dia pecah!

" Kalau itu yang kau nak." Ujar Cantius. Masih bernada dingin.

Fang mengetap gigit. Sudah lama dia menginginkan badan adik kandung dia itu. Tetapi pasti ada sahaja yang menghalang. Bahkan kini adiknya itu telah dilindungi oleh seorang lelaki yang tidak dia kenali.

Zhang menjeling tajam adiknya itu, tanpa mengira pertalian darah, tangan dia naik mahu menampar wajah Maydelin sekali lagi. Dia suka! Suka melihat adiknya itu terseksa!

" Kau sentuh dia, kau mati! " Ugut Cantius sambil menangkap cermat pergelangan tangan Zhang.

Lelaki cina itu menepis kasar tangan Cantius yang mencengkam pergelangan tangannya. Wajahnya jelas membengis.

Cantius tersenyum sinis. Tanpa sebarang kata kata terakhir dia menarik Maydelin pergi daripada kawasan perkarangan rumah Encik Zhao.

" Kau Okey?" Tanya Cantius prihatin. Air mata gadisnya di kesat lembut.

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Where stories live. Discover now