Bunyi kuali dan sudip berlaga antara satu sama lain membuatkan Arshad tersenyum. Bau nasi goreng kampung memenuhi ruang tamu rumah."Boleh buat bini"
Tongkat berwarna silver yang di letakkan di hujung sofa cuba di gapai. Hanya tongkat itu sahaja tempat dia bergantung ketika ketiadaan kedua adik nya di rumah seperti tadi.
*
Arshad berjalan perlahan dengan menggunakan tongkat. Ashikin yang sedang tekun memasak langsung tidak menyedari kehadiran lelaki itu.
"Kau masak apa?" Tanya Arshad memulakan perbualan.
"Manusia" Jawab Ashikin sepatah.
Arshad telan air liur kelat.
"Jawab betul betul boleh tak?"
"Kau nampak aku masak ayam ni? Kau tanya soalan bodoh tu kenapa?" Bidas Ashikin tanpa menatap wajah jejaka bermata biru kristal itu.
"Tolong lah. Aku tak nak gaduh dengan kau, tak ada faedah tau tak?" mencebik jejaka bermata biru kristal itu dibuatnya.
"Ye, aku tahu dan sekarang ni boleh beredar tak? Aku tak suka masa aku masak, orang ganggu ni"
Arshad menjeling sekilas gadis berdarah kacukan itu, lalu langkah di buka untuk berjumpa dengan adik adiknya.
*
Kelopak mata Hana terbuka perlahan. Wajah pertama yang menjadi santapan matanya pula adalah Afiq membuatkan pipinya secara automatik memerah.
Lantas dia bangun daripada terus terbaring berbantalkan paha Afiq itu.
"Aunty bila aunty balik Malaysia?" Tanya Hana sambil menenyeh matanya.
Cikgu Ashley yang kebetulan keluar dari bilik tidurnya itu tersenyum.
"Dah bangun. Jom tolong aunty masak pula." Ujarnya berserta senyuman yang tidak lekang daripada bibir.
"Aunty soalan tadi belum jawab tau!" Tatapan tajam menjadi santapan mata Cikgu Ashley.
Cikgu Ashley tersengih.
"Semalam, adik ipar ibu kamu suruh aunty kerja dekat sini buat sementara waktu." Jawab Cikgu Ashley sambil merujuk pengetua sekolah Diamond High School.
Hana mengangguk faham, lalu dia bangun daripada terus duduk di atas lantai. Badan di renggang bagi membetulkan otot otot yang telah lama berehat.
" Hana nak ke mana tu? "Tanya suatu suara lembut menyapa halwa pendengaran Hana.
Hana menoleh ke belakang. Wajah baru bangun tidur Sya di tatap seketika.
" Nak masak. Jom"
"Okey jom!" Sahut Sya teruja.
Dua orang jejaka yang sedang diulit mimpi ditinggalkan begitu sahaja. Namun sebelum pergi sempat Sya menyuruh Hana untuk mengambil bantal di dalam bilik tetamu untuk Atif yang kelihatan benar benar keletihan itu.
YOU ARE READING
Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1]
Romance(KARYA PERTAMA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [The Ice Award #Romance no. 2] [Siri L&D] B1 NO COPY! ⚠️ Kehidupan aku tak seperti apa yang digambarkan oleh orang yang berada di luar sana. Hidup bersama keluarga ya...