BAB 25 KAWAN ATAU LAWAN

10.8K 561 61
                                    

Sains High School sebelum pembaharuan,

Arshad tersenyum bangga apabila dapat melangkah ke dalam Sains High School. Sekolah yang menjadi saingan sengit dengan Diamond High School dalam apa jua pertandingan. Sekolah yang menjadi sahabat dengan sekolahnya.

Ahli kumpulannya yang lain hanya beriak biasa sahaja namun dalam hati turut berbagga dengan usaha mereka yang tidak sia sia berlatih siang, malam, pagi, petang.

" Korang menang dekat sini, kita akan pergi Korea Selatan bulan depan." Celah suatu suara iaitu Ashikin, perancang strategik handal kumpulan King of Basketball.

Arshad mengangguk faham. Kemudian matanya menangkap dua orang sosok yang amat dia kenali.

"Yoo! Zainal, Rafael." Sapanya ramah. Tangan di angkat tinggi melambai kedua sahabat seperjuangan dia itu.

Zainal dan Rafael yang menunggu kedatangan sahabat mereka di pintu gerbang sekolah turut melambai.

"Kau menang huh?" Tanya Rafael atau lebih kepada sindiran.

Arshad tersengih geram.

"Eh tak lah. Kita orang tak menang. Ni pun saje je nak datang melawat sekolah korang" Jawab Arshad bernada perlian.

Zainal tertawa kecil. Bahu sahabatnya itu di tepuk kasar.

"Fuyooo, awek baru ke bruhh?" Tanyanya apabila menyedari hanya Ashikin sahaja satu satunya perempuan di sana, berkerusi roda.

Malah Arshad yang menolong dia untuk menolak kerusi roda itu. Manakala Hana dan juga Sya telah di culik oleh Afiq dan juga Atif . Katanya mahu membawa mereka berjalan jalan di sekitar bandar yang berhampiran dengan Sains High School dengan menggunakan kereta mereka masing masing.

"Ehh. Tak lah. Ni isteri aku bukan awek aku. Aku dah insaf dah. Tak main perempuan dah" Jawab Arshad penuh hipokrit.

Zainal mengangguk perlahan. Percaya apa yang keluar daripada mulut jejaka di hadapannya.

Prakk

Dompet berwarna hitam selamat landing di atas wajah putih bersih milik Arshad.

Melopong Naim berserta dengan ahli basketball daripada Diamond High School melihat tindakan berani mati daripada Ashikin itu.

"Tak payah ngade boleh tak?! Dan yang kau nih percaya bulat bulat kenapa?! Muka buaya darat macam dia ni tak akan kawin punya." Bebel Ashikin sebelum beredar pergi bersama kerusi rodanya yang di tolak oleh dirinya bersama .

Suasana menjadi senyap seketika.

" Auwww.. Sakit! Amende dalam dompet dia tuh?! Batu ke duit? "Adu Arshad kesakitan.

Zainal dan Rafael tertawa melihat telatah 'manja' antara Arshad dan juga Ashikin.

" Shad aku pergi dulu lah ek. Ape ape pun kau boleh cari kita orang dekat bilik nanti."Pamit Naim yang disetujui rakan rakan seperjuangan nya yang lain.

Arshad mengangguk perlahan. Wajahnya diraup kesal. Kesal membahan Ashikin.

" Kau ni mengingatkan aku dengan Rafael dan Khadijah " Ujar Zainal selamba.

Rafael menjeling Zainal yang berada di sisi.

"Kenapa kau ingatkan aku dengan minat kampung tuh?!!" Tanya Rafael dalam nada yang sengaja di tekankan.

Zainal tertawa kecil. Manakala Arshad mengerutkan dahi tidak mengerti.

"Sape Khadijah?" Tanya Arshad blur.

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Where stories live. Discover now