BAB 43 SERIGALA MALAM

9.4K 551 153
                                    

Cinta tidak akan hadir tanpa aturan indah dariMu .
Cinta juga tidak akan hadir tanpa kemahuan Mu .

Peneman diri, si dia yang telah ditakdirkan untukku

Derapan tapak kasut seseorang memenuhi ruangan markas sebuah kumpulan mafia amat terkenal suatu ketika dahulu. Suasana yang teramat sunyi dan suram menampakkan lagi kesan Mafia pada ruangan yang dikhaskan untuk berkumpul pada bahagian tengah bilik bawah tanah yang luas.

Cantius tersenyum sinis apabila mengenali pemilik derapan tapak kasut itu. Begitu juga dengan si dia.

" 6 tahun menghilang, baru sekarang kau nak tunjuk muka?" Sinis Cantius. Tatapan tajam dihadiahkan kepada si dia.

Manakala si dia pula hanya mempamerkan sengihan tak bersalah.

" Rindu bakal hubby aku, tu yang datang sini. Mana dia?" Jawab si dia gedik.

Cantius melepaskan tawa besar beriringan dengan air mata jatuh . Langsung hilang tatapan tajam jejaka itu apabila mendengar personal yang meniti di bibir si dia. Salah seorang anak buahnya menghela nafas berat apabila mendengar perbualan Cantius dengan si dia . Wajahnya diraut kasar. Bahagian bahagian sniper yang masih belum lengkap di atas meja kerjanya di tatap sekilas .

" Get out! " Ujar salah seorang anak buah Cantius kasar.

Si dia tertawa mengekek. Tatapan penuh menggoda dihadiahkan pada anak buah Cantius yang berkata kasar itu.

"Miss you hubby! " Ujar si dia teruja. Manakala Cantius pula makin galak tertawa di suatu sudut bilik bawah tanah itu.

"Pergi mampus dengan miss you kau tu. Mak aku tak kan terima menantu macam kau " Anak mata biru kristal menikam tajam anak mata biru si dia.

"Auchh! Terasa I " Ujar di dia penuh dramatik.

Jejaka bermata biru kristal itu menjeling menyampah.

"Ril terima aje lah dia tu, lama kut dia tunggu kau. Sejak kau belum ambil SPM lagi" Ujar Cantius setelah tawanya reda.

"TAK AKAN! NOKTAH!" Bidas Amril tekad.

Cantius tersengih.

"Melepas lah kau Rin" Terkekeh Cantius sekali lagi apabila menatap si dia iaitu Rin mendengus geram.

"I akan pastikan you jadi milik I Tengku Rashdan Amril" Tekad Rin sebelum beredar dari bilik bawah tanah itu.

Amril mendengus. Penat melayan gadis seperti Rin yang suka mendesak itu.

"Bagi dia peluang Ril" Nasihat Cantius sebagai abang angkat kepada Amril.

Amril menggeleng kepala perlahan.

"Kau tahu latar belakang Rin macam mana kan?" Tanya Cantius.

Amril mengaru kepala yang tidak gatal.

"Tu aku tahu tapi.."

" Bagi dia peluang "

*

Sebuah BMW putih membelah laju lebuh raya . Tanpa menghiraukan suasana di sekeliling Arshad memecut laju ke arah destinasi yang telah dirancang.

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Where stories live. Discover now