BAB 62 ARASH

10.6K 688 86
                                    

" Aku rasa aku tahu siapa Mr J tu. " Ujar Xiu Ying yakin, sekaligus menarik perhatian kesemua ahli tertinggi di dalam kumpulan Musang Berekor Sembilan itu.

" Siapa dia?" Tanya Nadim serius. Tiada nada main main didalam kata katanya .

" Mr J terkenal dekat pasaran gelap di China . Tepatnya di Hong Kong. Dia ketua dekat pasaran tu. Semua jenis perniagaan haram dia sapu . Ramai yang dah jadi mangsa Mr J ni sebenarnya. "

"Mangsa? Mangsa apa?" Tanya Siti yang baru sahaja masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.

" Mangsa pelacuran. Macam yang aku cakap tadi. Dia berniaga semua benda haram."

Siti mengangguk.

" Tapi seingat aku, bos tak kacau pun Mr J tu. Lagipun semua ketua pasaran gelap, boss tak pandang pun." Rin menyuarakan pandangan dia.

Xiu Ying melepaskan nafas berat. Di minda telah pun tersusun pelbagai jenis penerangan untuk diberitahu kepada yang lain.

*

" Mr J ni dikira Mafia gak. Mafia yang kerja dia meruntuhkan kejayaan Mafia lain. Aku rasa motif dia usik wedding boss sebab nak runtuhkan empayar Black Knight. Macam dia runtuhkan kumpulan Mafia yang lain." Kata kata Ameer mengunci mulut sesiapa sahaja yang mahu berbicara.

Jelas kelihatan kekeliruan pada raut wajah anak anak buah Arshad itu. Mereka langsung tidak mengambil tahu akan perkara sebegitu. Malah mereka langsung tidak mengenali siapa Mr J itu. Di kerana maklumat mengenai Mr J di dalam dunia Mafia langsung tiada.

" Selain kerja dia meruntuhkan kumpulan Mafia. Dia juga menguruskan pasaran gelap di Hong Kong, China. Dekat pasaran gelap di Hong Kong tu, dia lah ketua dekat sana. Segala urusan jual beli barang mesti dengan keizinan dia."

" Kalau Mr J ni Mafia, kenapa rekod dia di dunia Mafia tak de? " Tanya Raven. Tidak memahami akan kedudukan sebenar Mr J itu.

Ameer menghela nafas. Sukar baginya untuk menerangkan secara terperinci lagi.

" Haah, aku pun perasan. Dia tak ada rekod dalam dunia Mafia. " Ujar Lucas yang juga turut sama berada di dalam mesyuarat itu.

Suasana di dalam bilik mesyuarat kumpulan Black Knight itu sunyi seketika. Masing-masing memikirkan motif sebenar Mr J. Orang yang harus bertanggungjawab terhadap perkara yang terjadi pada majlis pernikahan boss mereka itu.

" Susah nak terangkan. Tapi yang aku tahu. Mr J ni Mafia yang tak diiktirafkan. Ramai yang tak kenal dia." Ujar Ameer sambil membaca data mengenai Mr J itu.

" Kalau ada Xian kan senang." Rungut Lee sambil memicit pelipisnya.

Ameer tersentak mendengar rungutan daripada Lee itu. Nama yang hampir saja dia lupakan. Nama yang dulu pernah berbakti dalam kumpulan mereka.

" OH, ya. Mana kau dapat semua maklumat ni?" Tanya Yazid pula.

Ameer tersenyum penuh misteri.

" Someone bagi. "

*

Di markas Musang Berekor Sembilan pula, masing-masing sabar menanti kata kata selanjutnya daripada Xiu Ying .

" Dari maklumat yang aku dapat, Mr J bukanlah Mafia yang diiktirafkan. Segala rekod jenayah dia, ada yang tolong bersihkan daripada mata mata polis. Pasal kedudukan dia sebagai Mafia tu pula, langsung tak de sape tahu, kecuali yang selalu berurus niaga dengan Mr J ni. " Terang Xiu Ying lebih terperinci.

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Where stories live. Discover now