Hujan rintik rintik membasahi cermin tingkap rumah Dato Tengku Fuad begitu juga dengan deruan angin yang memasuki ruangan rumah agam yang gah berdiri itu.
Ainul duduk termenung menatap televisyen yang memaparkan siaran kartun Disney. Kanak-kanak kecil itu jelas kelihatan sedih pada riak wajahnya.
"Tok Ma, ayah balik bila?" Tanya Ainul. Terselit nada rajuk dalam soalannya.
Datin Sri Misyar tersenyum nipis melihat wajah cemberut cucu angkatnya itu.
"Minggu depan ayah kamu balik lah tu" Bukan Datin Sri Misyar yang menjawab soalan Ainul itu tetapi Dato Tengku Fuad, suami Datin Sri Misyar dan juga bapa kepada tiga beradik itu.
"Tok Ayah! Bila balik?" Tanya Ainul teruja sehingga kanak-kanak kecil itu berlari laju ke arah Dato Tengku Fuad yang berada di muka pintu.
Dato Tengku Fuad tersenyum melihat telatah manja Ainul. Penceria keluarga mereka.
"Baru tadi sayang. Ni Ainul jauh termenung kenapa? Rindu ayah?" Dato Tengku Fuad menggosok kepala cucunya itu lalu pipi tembam milik Ainul di cubit geram.
"Ha'ah. Rindu ayah dengan ibu" Berkerut dahi Dato Tengku Fuad mendengar jawapan daripada cucunya itu.
"Ibu? Siapa ibu Ainul ni?" Tanya Datin Sri Misyar pula. Tertarik dengan perbualan suami dan cucunya itu.
"Ibu Clara." Jawab Ainul polos.
Dato Tengku Fuad menatap isterinya begitu juga dengan Datin Sri Misyar.
"Siapa ibu Clara tu?" Tanya Datin Sri Misyar tertarik mahu mengetahui lebih lagi mengenai gadis yang berjaya menawan hati cucunya itu.
Ainul tersenyum, teruja mahu menceritakan segalanya tentang Clara Ikin yang dia ketahui.
"Ibu baik orang. Muka dia sama macam mama Hana. Seiras! Ada hari kan tok ma, tok yah ibu marah ayah sebab tak nak makan. Ayah pun satu! Asyik kerja kerja je. Sampai makan pun dia tak jaga. Ada juga masa tu kan, ayah bawa balik ibu pergi rumah dia sebab Ainul tertidur then ayah bawa motor pergi kerja. Ibu takut hantu. Ainul tahu pun masa ibu menangis sebab ayah nawa ibu pergi kubur ibu Ara. Ibu baik! Selalu masakan Ainul makanan sedap sedap! Ainul suka! " Semangat Ainul menceriakan segala memori ketika dia bersama dengan Clara.
Dato Tengku Fuad menatap isterinya bersama sengihan panjang. Datin Sri Misyar yang menyedari sengihan suaminya itu turut tersengih.
" Ayah marah tak dekat ibu? " Tanya Dato Tengku Fuad. Teruja pula dibuatnya mendengar cerita cucunya itu.
Ainul menggeleng . Menidakkan.
"Ibu selalu bagi ayat ayat manis dekat ayah. Ayah selalu tak ambik peduli. Dia buat tak tahu je." Melebar senyuman Dato Tengku Fuad mendengar ceritanya cucunya itu.
"Siapalah Clara tu agaknya ye bang? " Tanya Datin Sri Misyar. Teringin mahu bertemu dengan gadis yang berjaya mengawal baran anak sulungnya itu.
"Nama panjang dia Clara Ikin. PA baru abang Arshad. Selalu cari gaduh dengan abang. Tapi entah lah, abang tak pernah Lansung marah dengan perempuan tu. Lagi lagi bila Clara tu kena culik hari tu, beria abang nak selamatkan. Katanya maklumat syarikat ada dekat perempuan tu. Kalau musuh tahu boleh bankrap syarikat. Tapi Ameer tak rasa macam tu kut" Ameer menyampuk dalam perbualan cucu dan datuk itu.
Dato Tengku Fuad menatap anaknya yang hanya mengenakan baju polo t-shirt berwarna kelabu dan seluar jeans berwarna hitam. Ameer tersengih saja apabila ayahnya menatap dirinya yang turut berada di muka rumah mereka.
"Mana Ameer tahu semua tu?" Tanya Dato Tengku Fuad hairan.
"I'm hacker dad. Don't forget that " Ujar Ameer selamba.
YOU ARE READING
Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1]
Romance(KARYA PERTAMA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [The Ice Award #Romance no. 2] [Siri L&D] B1 NO COPY! ⚠️ Kehidupan aku tak seperti apa yang digambarkan oleh orang yang berada di luar sana. Hidup bersama keluarga ya...