BAB 68 SIAPA KAU?

8.3K 554 107
                                    

He forgot everything..

6 bulan kemudian..

" Baby Okey je. Sihat walafiat . " Atihrah tersenyum memberitahu perkembangan bayi yang dikandung Ashikin itu .

Ashikin menunduk sayu. Perut yang sudah menampakkan bukit diusap sayang.

" Ibu akan pastikan kamu tak apa apa sayang. " Desis hati Ashikin.

" By the way, kebetulan Ashikin datang sini, tak nak melawat Arshad terus?" Tanya Atihrah sambil mengemas peralatan yang digunakan sebentar tadi.

Ashikin berfikir sejenak.

" Hmm, Ikin melawat kut. Okey lah. Thanks akak. Ikin ambil keputusan nak melawat dia. Assalamualaikum Kak.." Pamit Ashikin bersama dengan senyuman di bibir.

*

Ashikin melangkah masuk ke dalam salah satu wad peribadi , VIP yang di diami oleh sekujur tubuh yang terbaring kaku. Wanita mengandung itu sempat mengukirkan sedikit senyuman di bibir apabila mata menangkap beberapa fingura pelawat di dalam wad tersebut.

" Ashikin.." Ujar Afiq perlahan. Atif juga turut berada di situ.

" Macam mana keadaan Arshad?" Tanya Ashikin tenang dalam derita.

Abang iparnya itu hanya menghela nafas berat.

" Sama." Jawab Afiq sepatah.

Ashikin mengagguk, lalu wanita mengandung itu mengambil tempat pada kerusi yang telah disediakan di sebelah Arshad yang kini hanya terbaring kaku.

Suasana kembali sunyi.

" Korang balik lah. Biar aku yang jaga dia lagi." Ujar Ashikin setelah lama berdiam diri.

" Tak apa ke biarkan kau sorang jaga dia?" Tanya Atif yang sedari tadi hanya menyepikan diri.

" Aku Okey je. Tak apa apa lah." Jawab Ashikin.

Kedua lelaki itu mengangguk kepala lalu melangkah keluar daripada wad peribadi tersebut.

Setelah Afiq dan juga Atif beredar daripada bilik wad tersebut, terus sahaja tangisan wanita itu terhambur. Berharap agar ada yang akan mengesat lembut air matanya. Namun perkara itu hanya sia sia saja. Yang diharap mungkin tidak akan mengingati dia. Yang ditunggu mungkin telah tidak mengenali dia.

" Cepat lah sedar. Saya perlukan awak! Anak kita perlukan awak! Semua orang perlukan awak."

*

Keesokan harinya pula, seperti biasa wad peribadi Arshad tidak akan pernah kosong. Pasti akan ada saja yang datang melawat. Seperti biasa, Afiq dan juga Atif akan menjadi pelawat pertama selain isteri jejaka bermata biru kristal itu yang kini sudah lama tidak menampakkan keindahan matanya.

" Lama lagi ke?" Tanya Atif sambil menyilang tangan.

" Nampaknya.." Ujar Afiq.

Atif menghela nafas.

" Bila Ashikin nak datang pula ?" Tanya Atif lagi. Selalunya gadis itu pasti akan datang awal. Tapi tidak seperti hari ini agak lewat.

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Where stories live. Discover now