BUKK
Badan seseorang elok sahaja mencium dinding lorong yang menuju ke arah kantin sekolah. Tanpa rasa bersalah Aisy mara ke arah mangsanya.
BADBOY yang kebetulan berada di sana dihambat perasaan terkejut yang teramat.
"Alex! Aku dah kasi kau warning jangan dekati Lia. Tapi kau degil" Tengking Aisy lalu dia mencengkam rambut lelaki itu.
Alex tertawa sinis.
"Dia hak aku" Gumam lelaki itu.
"Hak kepala hotak kau! Jangan sesekali tunjuk muka kau lagi lepas ni. Atau kau mengundang kematian kau" Amaran keras daripada Aisy membuat sesiapa saja yang lalu lalang di kawasan itu diburu perasaan gerun .
Cengkaman pada rambut jejaka itu di lepas kasar.
"Makin kau kejar Lia makin kau dekat dengan kematian Alex" Suara Farah menyapa pendengaran lelaki itu.
Arshad tersengih mendengar amaran yang meniti di bibir Farah. Kematian seakan telah sebati didalam diri jejaka itu.
"My girl" Desis nya.
"Siapa yang makin dekat dengan kematian sebenarnya kau atau aku" Alex menjawab tenang membuatkan Aisy yang berada berdekatan merasa jengkel dengan ucapan lelaki itu.
"Kalau tak kenal siapa aku jangan memandai" Ujar Farah bernada tenang.
Cuaca terik di pagi hari membuatkan matanya seakan bersinar kemerahan kerana di simbah cahaya mentari.
"Macam yang kau kenal, aku tak suka cakap banyak. Pergi mampus dengan mati kau tu. Tapi sebelum tu jangan sesekali kau dekati Lia lagi ."
Farah beredar tanpa memandang semula jejaka yang menjadi penyebab Lia berada di klinik sekolah. Hatinya sakit melihat keadaan kusut yang dialami oleh Lia.
" Tif, Lia ada dekat klinik sekolah"Ujar Aisy bersama titisan air mata.
Atif tersentak.
"Apa dia buat dekat sana?"
"Dia nyaris hilang dara tadi, kalau bukan sebab Farah datang awal mesti benda ni tak jadi" Tanpa sebarang amaran telapak tangan Alex di pijak kuat.
"Sekarang mungkin dia tengah trauma." Ujar Aisy lagi.
Tanpa sebarang kata, Atif berlari menuju ke arah klinik sekolah.
"Boleh bla sekarang muka penjenayah kau tu layak duduk penjara" Hendik Aisy lagi. Dia betul betul di kuasai perasaan marah ketika itu.
*
Flashback..
Kawasan sunyi tanpa sebarang manusia yang melaluinya tidak membantut niat Lia untuk bertemu dengan seseorang. Kawannya yang telah lama tidak bersua muka.
"Mana Rin?" Tanya Lia apabila tidak melihat batang tubuh gadis yang memanggil dia untuk datang ke situ.
"Perempuan tu tak ada, yang ada aku." Suara sinis dari balik pokok yang melindungi identiti pemilik suara membuatkan Lia memasang langkah berjaga jaga.
"Tahan dia" Arah pemilik suara sinis tadi dalam bahasa Korea.
Lia tersentak apabila dalam sekelip mata saja dirinya telah pun di kepung beberapa orang jejaka. Malah baju yang di pakai nya juga turut di koyak kan sehingga menampakkan lengannya. Tidak kurang dengan tindakan tersebut Lia di tolak sehingga melanggar tubuh seseorang.
YOU ARE READING
Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1]
Romance(KARYA PERTAMA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [The Ice Award #Romance no. 2] [Siri L&D] B1 NO COPY! ⚠️ Kehidupan aku tak seperti apa yang digambarkan oleh orang yang berada di luar sana. Hidup bersama keluarga ya...