BAB 70 KEHILANGAN DIA

9.7K 508 128
                                    

My love from cruel world..

Sudah cukup tiga bulan Ashikin bersama dengan si suami yang masih belum dapat mengingati beberapa perkara - perkara penting peristiwa hidupnya. Namun hal itu tidak memutuskan semangat wanita hamil itu yang kini hanya tinggal menunggu masa sahaja lagi untuk kedatangan bayi mereka.

Arshad lah orang yang satu satunya tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka itu. Walaupun ingatannya masih belum dapat di ingat dengan sepenuhnya, perasaan tidak sabar untuk menatap wajah bayi mereka tetap ada.

" BAHHH! "

" Oi, mak kau meletup!" Latah Ashikin. Dia yang sedang sibuk menyiang ikan terbantut. Suaminya dijeling tajam. Mujur tangan tak terpotong.

" Dah tak ada kerja?" Tanya Ashikin dingin.

Arshad tertawa berdekah.

" Siapa suruh buat kerja ni? Kau tu tunggu hari aje lagi. Tak payah buat kerja macam ni. Hish! Shuh.. Shuh.. Pergi sana. Biar aku potong semua ikan ni." Halau Arshad sambil menolak perlahan tubuh gebu isterinya itu.

" Ciss, reti ke tak ni?" Tanya Ashikin, bersilang tangan.

Arshad menepuk dadanya beberapa kali.

" Tengok suami siapa ni? Setakat ikan, apalah sangat. " Rambut perang milik jejaka bermata biru kristal itu diraup kebelakangan. Gaya berlagak!

Ashikin menjulingkan matanya.

" Apa apa ajelah. Kalau hancur ikan tu siap awak!"

" Ye.. Ye.." Ujar Arshad acuh tak acuh saja.

*

Di sebuah gudang pemprosesan dadah, berdirinya seseorang dengan senyuman sinis yang terukir di bibir. Pelbagai rancangan jahat pula terlakar di minda. Tidak cukup dengan hal itu, beberapa orang suruhan telah dia arahkan untuk menangkap seseorang. Seseorang yang amat berharga buat si musuhnya! Juga satu satunya kelemahan si musuh!

Andrew tertawa seketika apabila mengingati rancangan jahatnya. Tidak sabar mahu berjumpa secara real . Juga tanpa dia sedar, dia telah pun mengundang maut di masa hadapan kelak.

" Semua dah siap?" Tanya lelaki itu.

" Siap boss!" Sahut anak buah kepercayaannya.

" Ashikin I punya. You jangan cuba cuba sentuh dia!" Tempik Angela.

" Kau diam lah. Lasbian." Perli Andrew.

Angela menjeling tajam!

"Kalau bukan disebabkan Ashikin tak ada maknanya I nak bergabung dengan you."

" Whatever! "

Anuar menggeleng kepala perlahan. Melihat pergaduhan bekas pasangan suami isteri itu terkadang boleh membuatkan dia meluat. Tetapi disebabkan rancangannya yang telah lama dirangka, dia cuba bertahan. Walaupun harus menempuh pelbagai cabaran.

*

" Awak!"

"Ye kejap."

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Where stories live. Discover now