BAB 28 CEBISAN MEMORY LAMPAU III

10.2K 570 58
                                    

Seorang gadis yang kedua tangannya terikat pada pemegang kerusi itu kelihatan terduduk lemah akibat kekurangan tenaga. Suasana di dalam sebuah bilik yang menjadi tempat untuk mengurung si gadis berambut perang itu kelihatan teramat suram tanpa sebarang bunyi kedengaran.

Bahkan di tempat kurungan nya itu hanya memiliki sebijik mentol lampu yang bercahaya malap.

"Lepaskan aku" Gumam si gadis perlahan serta berulang kali.

Kreekkk...

Pintu besi yang menjadi perantaraan antara di alam luar dan juga di dalam bilik kurungan itu terbuka perlahan.

Si gadis mengangkat kepalanya perlahan. Terserlah wajah yang berlumuran darah kering.

"Lepaskan aku" Gumam si gadis sekali lagi.

Si pelaku yang membuka pintu tadi tersenyum sinis. Pisau rambo berkilat jelas di dalam genggamannya.

" Tak selagi aku tak puas siksa kau Aisy" Suara garau itu memenuhi ruang bilik kurungan.

Si gadis berambut perang meneguk air liur kelat. Kepalanya di geleng sedaya upaya. Kedua tangannya yang di ikat pada pemegang kerusi besi itu jelas meronta ronta sehingga meninggalkan kesan pada pergelangan tangan.

Pisau rambo yang kelihatan baru sahaja di asah itu di letakkan pada wajah si gadis lalu pisau itu di mainkan di sekitar kawasan wajahnya.

"Kau Syaitan Danial!" Jerkah si gadis membuatkan lelaki yang bernama Danial itu tertawa kuat.

*

"Hana! Farhana Aisyah!" Bisik Ashikin bernada keras.

Hana tersentak daripada lamunan.

"Hah Ye?" Tanya Hana dalam keadaan keliru.

Ashikin mengeluh perlahan.

"Kau teringat kenangan tu lagi ke?" Tanya Ashikin risau. Tangan kanan kembarnya yang berada di atas meja belajar itu di genggam erat.

Hana turut mengeluh. Deruan nafasnya yang tidak teratur itu menandakan efek daripada lamunan tadi jelas masih tersisa.

" Are you okay twin? "

" Sure"

Ashikin mengangguk perlahan lalu memanggil Sya perlahan yang berada tidak jauh dari meja mereka duduki .

" Sya! Sya.."

Sya yang berada di meja paling belakang itu mengangkat kening. Atif yang duduk bersama diabaikan nya.

"Nape?" Bisik Sya keras tidak mahu mengganggu sesi pembelajaran yang masih berlangsung di dalam kelas mereka yang sementara itu.

"Rehat nanti kumpul dekat bumbung sekolah" Ujar Ashikin mendapat anggukan daripada Sya.

Zainal dan Arshad yang berada tidak jauh daripada tempat duduk kedua kembar tersebut mengerutkan dahi.

"Kau ok ke?" Tanya Zainal apabila menatap sahabatnya yang seakan memikirkan sesuatu.

"Kau kenal tak sape sape kumpulan mafia yang pakai simbol nih" TANYA Arshad sambil menyerahkan sekeping kertas yang memiliki simbol musang berekor sembilan serta simbol musang itu di tindih logo mahkota seorang ratu.

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Where stories live. Discover now