Bab 1

6.2K 390 117
                                    

Sorry guys, saya buat cerita baru haha.. Lantaklah. Saya suka gila buat fanfiction. Nak main youtube wifi tak ada. So hehe..

"Mana Yoongi hyung ni lamanya pergi tandas, konsert dah nak mula.'' Rungut RapMon sambil membetulkan butang bajunya. Bahagian atas dibuka sedikit. Baru nampak mengancam. Kejap lagi bts akan membuat persembahan penutup di Trilogy Live BTS Concert.

"Tadi kata nak terkencing. Janganlah dia pergi tidur pula dalam tandas tu." Tambah V. Di atas ribanya ada kepala Jung Kook. Bukan kepala saja, badan pun ada sekali.

"Tak apalah. Jimin cuba pergi tengok dia kejap."

Jimin bangun dan melangkah ke arah tandas lelaki di tingkat bawah. Dia menaiki lif supaya cepat sampai. Akhirnya sampai jua Jimin di depan tandas lalu dia masuk ke dalam. Pintu tandas yang pertama diketuk tapi tiba-tiba terbuka sedikit.

"Eh, dia tak kunci? Pelik betul." Ujar Jimin. Kepala dijengukkan sedikit. Bimbang juga kalau budak tu tak berseluar ke apa.

"Lahh.. Tidur dalam tandas. Apalah dia ni. Hyung, bangunlah jangan tidur sini. Dah lah tidur mati. Bangun!" Jimin menggoncangkan tubuh Yoongi yang tertidur dalam keadaan duduk di atas mangkuk tandas. Jangan risau, berseluar.

Kau membuka mata perlahan-lahan. Aduhai, kau sedang bermimpi lagi. Kau rasa macam tak nak bangun sekarang. Mimpi ini sangat indah. Kalau begini, sampai kiamat pun kau sanggup tak bangun.

"Park Jimin... Handsomenya. Bias aku handsomenya kau. Tak sangka aku mimpi bakal suami aku." Ujar kau dalam keadaan separuh mamai.

"Hyung, mengigau ke apa? Bangunlah hyung."

"Indahnya mimpi ku...." Kau menarik tangan Jimin dan mencium jarinya.

PAPP....

Pipi kau di tampar. Sakitnya. Terus terbuka luas mata kau. Serta-merta kau tersedar sepenuhnya.

"Aaaarggghhhhhhhhhh kau siapa? Jangan rogol aku. Makkkkk tolong!!!!." Kau menjerit sekuat hati.

Bayangkan bila kau bangun je ada lelaki dalam bilik kau, tak ke gila? Tiba-tiba kau rasa nak terkencing sebab takut sangat-sangat. Kau tak rela jadi mangsa rogol. Sesungguhnya kau masih belum puas hidup.

Jimin segera menerpa ke arah kau dan menekup mulut kau.

"Hyung, janganlah bising. Nanti orang ingat kita tengah buat benda tak elok pula."

Badan kau mula kaku. Nak menjerit tapi suara tersekat. Eh kejap, kenapa muka lelaki ni macam kau pernah tengok tapi kat mana ya? Kau cuba memproses maklumat tapi tak tahu kenapa otak kau tiba-tiba menjadi bebal.

"Hyung, kalau Jimin lepas, jangan jerit lagi, ok?" Jimin melepaskan tangannya dari mulut kau.

"Aaaaaarkhhhhhhhh...."

PAPP

Sekali lagi pipi kau kena tampar. Sakit tahu tak? Dah lah tangan dia besar. Ini pertama kali kau kena lempang dengan orang. Dah lah lelaki pula tu.

"Kau.. Kau siapa?"

"Jangan main-mainlah hyung. Kita dah lambat."

"Mac-macam mana kau boleh masuk bilik aku? Kau nak rogol aku?"

Jimin mula rasa menyampah.

"Tak lawak tahu tak? Jomlah keluar. Yoongi hyung, Jimin letih la kalau macam ni.."

"Jimin?"

Jimin? Park Jimin? Adakah dia maksudkan dia adalah ahli kumpulan Bangtan? Tak.. Tak mungkin. Ingat ni cerita dongeng ke apa? Seingat kau tadi kau tengah tidur takkan kau boleh tiba-tiba ada kat Korea. Dengan group idol yang kau stan sangat-sangat pula tu. Gila ke apa?

"Yalah, Jimin lah ni, Yoongi hyung ku sayang." Jimin mengetap giginya.

"Yo-Yoongi?"

Kenapa dia panggil kau sebagai Yoongi? Kau mula tak sedap hati. Perlahan-lahan kau bangun dan berlari ke arah cermin di dekat sinki. Apa yang membuat kau pelik macam mana kau boleh ada dalam tandas. Kau yakin ini bukan mimpi. Kalau mimpi, mesti tak nyata tapi kali ini semua nampak nyata.

Kau menatap wajah sendiri di cermin.

Kau menatap wajah sendiri di cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhh.."

"Yoongi hyung?" Jimin berlari mendekati kau. Kau jatuh pengsan dan tubuh kau sempat disambut oleh Jimin.

"Hyung!!!!"

Tbc

Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)Where stories live. Discover now