Kau terjaga dari tidur. Nak tidur balik tapi mood mengantuk dah hilang. Kau pun terus turun ke dapur untuk minum air mineral.
Secara kebetulan kau terserempak dengan Kim Tae Hyung yang sedang mengenakan earphone di telinga.
"Eh, dia nak ke mana? Dah bersiap bagai."
Kau terus berlari ke arah Tae Hyung dan memanggil namanya. Dia berpaling dan tersenyum.
"Oh, Army. Ada apa?"
"Nak pergi mana? Bekerja ke? Rasanya awal lagi ni. Baru pukul 4 pagi."
"Tak bukan kerja. Oppa nak melepak dekat taman kejap. Nak tenangkan fikiran. Lagipun oppa suka cuaca pagi."
"Nak ikut? Boleh tak?" Sebagai Army kau rasa mencuri masa untuk berdua-duaan dengan Kim Tae Hyung adalah sesuatu yang tak patut dilepaskan melainkan orang itu 'noob'.
Tae Hyung mengangguk.
"Pergi pakai baju sejuk. Oppa tunggu dekat keluar."
"Pengurus ikut sekali ke?"
Tae Hyung menggeleng.
"Terbaiklah!!!"
Tae Hyung terkejut sebab kau tiba-tiba gembira semacam bila tahu yang pengurus tak perlu ikut. Kau hanya mampu tersenyum sumbing dan berlari masuk bilik.
Malunya hehe..
Akhirnya korang pun berjalan bersama-sama ke taman yang berdekatan dengan rumah korang. Jalan masih sunyi. Agaknya orang lain masih lena.
Betul kata Tae Hyung suasana di pagi hari memang sangat indah dan nyaman. Udara pun sejuk. Ditambah dengan bunyi burung berkicau. Memang sangat menenangkan. Lebih mengujakan bila partner yang bersama kau ialah Tae Hyung yang sama indahnya dengan pemandangan saat ini.
"Jom duduk dekat bangku."
Kau mengangguk dan mengikut ke mana sahaja Tae Hyung pergi.
"Oppa, biasanya Tae oppa akan buat apa kalau datang sini?"
"Tak ada apa. Cuma termenung. Tunggu sunset. Kadang-kadang main dengan anjing terbiar." Kata Tae Hyung.
Dia memejamkan mata. Cuba menikmati angin yang menyapa wajahnya. Kau yang dekat sebelah dia terpegun untuk seketika.
Hati kau berbisik. Macam mana manusia boleh nampak indah walaupun dengan hanya duduk dan menikmati aroma pagi.
Kau menatap seluruh inci muka dia. Wajahnya yang terlihat natural tanpa secalit solekan benar-benar membuat kau kagum. Bagaikan sebuah arca yang terukir halus dan berseni. Tapi jangan tertipu, bila dia buat muka derp semuannya hilang. Haha.
Namun, ada sesuatu yang jelas terpancar di wajahnya. Kau lihat ada kebimbangan dan kerisauan terserlah di balik wajahnya.
Kim Tae Hyung bukanlah seperti Kim Jung Kook yang mampu menyembunyikan perasaannya. Lelaki ini, tidak terlalu pandai menyembunyikan perasaannya. Dengan sekali lihat saja, kita dapat mengetahui kesedihan atau kegembiraan yang sedang dia rasakan. Ekspresi wajahnya mampu menceritakan segalanya.
"Oppa?"
Tae Hyung memandang kau.
"Oppa datang sini mesti sebab ada benda yang buat oppa serabutkan?"
"Mana ada. Haha.."
"Saya ada kebolehan baca air muka orang tau?, oppa Jangan main-main."
Kim Tae Hyung hanya tergelak.
"Orang seriuslah. Ok, jom. Siapa yang kalah kawi kawi bow perlu ceritakan masalah dia. Setuju?"
"Ok tak ada masalah!"
Setelah tiga pusingan. Kim Tae Hyung kalah. Kau tergelak bila tengok dia meraung bila kalah. Comel sungguh!
"Oppa tak ada masalah. Betul ni."
"Tipu. Saya tak percaya."
Tae Hyung akhirnya terpaksa mengalah. Dia menghembuskan nafasnya sebelum menghadap kau dan mula bercerita.
"Oppa tak perlu rasa malu dengan saya. Saya memang orang baru tapi kita satu famili. Army dan bts bersaudara."
Kim Tae Hyung mengigit bibirnya dan berfikir sejenak.
Sempat lagi dia main lidah. Alahai, suka sangat buat-buat seksi. Dah la memang betul-betul seksi.
"Oppa cuma runsing bila terfikir pasal penerimaan peminat dan orang ramai. Setiap apa yang oppa buat, oppa yakin bukan semua orang boleh terima. Oppa tahu oppa banyak kelemahan, banyak salah tapi oppa, cuma tak tahu macam mana nak belajar terima komen negatif dengan baik."
"Oppa terfikirkan pasal kritikan orang kepada oppa ke?"
"Bayangkanlah, 10 ribu orang kutuk oppa, kecam oppa bila oppa buat salah. Walaupun oppa dah selalu alami, tapi oppa pun manusia. Manusia mana yang boleh tahan bila dengar benda-benda ni semua. Adik-adik oppa, ibu bapa oppa kadang-kadang kena tempiasnya juga." Wajahnya bertukar sedih.
"Oppa, kena kuat. Mulut orang kita tak boleh tutup---"
''Tapi kita boleh tampar kan?" Tae Hyung cuba melawak tapi kau tak terasa nak gelak.
"Oppa, orang yang tak ada life je yang sibuk sangat nak mengata orang. Haters nak hina oppa? Suruh diaorang tunjuk sikit pencapaian diaorang. Setakat mulut je bising tapi tak ada apa-apa, baik tak payah bersuara. Macam tin kosong. Elok duduk senyap-senyap dalam tong sampah saja."
Tae Hyung perhati dan tengok je muka kau bila marah. Sesekali dia tergelak kecil.
"Kalau yang mengutuk tu Armys sendiri, oppa flip hair je depan diaorang, baru padan muka sikit! Diaorang dekat belakang je mengutuk segala macam. Cuba kalau oppa berjumpa dengan diaorang dan ajak couple, mungkin dah mati kejung dekat situ. Kalau oppa nampak haters atau fake army tengah kutuk oppa, oppa kiss je sampai lemas, baru senyap agaknya. Lepas tu saya confirm sampai mati mereka tak berani buka mulut dah.." Kau dah tak sedar yang kau tertunjuk muka marah.
Tawa Tae Hyung meletus.
"Oppa ke Army yang kena kecam sebenarnya ni?" Dia menutup mulutnya menahan tawa. Cara dia ketawa nampak malu-malu sama macam bila Yoongi usik dia dalam rancangan Bon Voyage.
"Opss hehe.. Terlebih sudah.." Kau pula yang jadi malu sendiri.
Kau lihat Tae Hyung mengeluarkan sesuatu dari poket. Bukan cincin hehe tapi earphone dia je.
"Em, nak dengar lagu tak?"
Kau terkejut bila Tae Hyung ajak kau untuk berkongsi earphone. Kau tersengih sebab kau mula imagine yang kau sebenarnya tengah dating dengan Kim Tae Hyung. Pelawaannya diterima. Rasanya tak ada masalah kalau ada yang ternampak korang sebabnya apa yang dilihat hanyalah TaeGi moment.
"Lagu apa ni oppa?"
"4 o clock."
"Ok. Best lagu ni. Belum tekan play ke?"
Tae Hyung tidak menjawab tapi tanpa disangka dia sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Suaranya yang indah mula memecah kesunyian pagi. Muka kau mula blushing. Kau pandang ke depan. Bila dengar suaranya yang bagaikan angel, jantung kau rasa berdegup laju.
Korang saling tersenyum dan hanyut dalam lagu 4 o clock sehinggalah bulan melabuhkan tirainya.
YOU ARE READING
Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)
FanfictionBayangkan bila kau bangun tidur tiba-tiba sahaja kau ada tepi Bts. Paling gila, kau sendiri yang jadi ahli bts. Macam mana kau nak menyanyi? Macam mana kau nak menari? Macam mana life kau kat dorm nanti? Benda ini sebenarnya jadi kat aku!!!!! Terima...