Bab 12

2K 195 41
                                    

Kau mengetuk pintu bilik studio Jhope. Kau sempat melihat papan tanda di depan pintu studionya yang tertulis 'HOPE WORLD' . Agaknya macam manalah ya perasaan masuk ke dunia di mana Jhope dan harapan-harapannya bertebaran.

Ohohoho mesti best gila!

Pintu terbuka. Hoseok menjengukkan kepalanya. Dia memakai baju kasual dengan snow cap berwarna hitam. Nampak dahi weh. Akhirnya dahi Jhope kembali oh yeah.

"Ha, Army. Ada apa?"

"Saya ganggu Hoseok oppa ke?"

"Eh tak. Kenapa?"

"Ada benda saya nak tanya."

Jhope mempersilakan kau masuk. Kau masuk dengan tersengih-sengih. Terutama setelah dia kunci pintu bilik. Haha, privacy time with bias wrecker!

"Oppa, macam mana cara nak rap lirik cypher part 4 ni. Saya dah cuba banyak kali tapi ada satu bahagian tu saya tak berapa boleh."

Jhope pun terus membantu kau agar dapat menyebut perkataan dalam lirik lagu itu dengan baik. Nak terbelit lidah kau dibuatnya. Macam manalah Yoongi boleh rap dengan baik. Dah la laju gila. Daebaklah!

"Terima kasih oppa." Masa kau angkat kepala kau nampak Jhope tengah pegang kepala dia. Dia nampak macam sakit kepala. Tak sangka dia ada masa untuk sakit kepala.

"Oppa sakit kepala ke? Rehatlah oppa. Jangan buat kerja dulu."

"Tak apalah. Tak sempat. Oppa kena siapkan lirik secepat mungkin." Balas Jhope.

"Oppa ni degillah. Tak elok bekerja masa sakit kepala. Ada apa yang boleh saya tolong tak?"

"Kalau Army tak kisah boleh tak tolong picitkan dahi oppa?"

Gulp.

Kau menelan air liur.

Gila, rezeki weh. Rugi kalau menolak. Kejap! Eh apa yang kepala tengah fikir ni? Tak boleh. Tak boleh. Kau mula fikir balik, kau mana pernah urut lelaki. Ke pernah? Tapi kalau kena urut Jhope, awkward la weh. Tapi kesian dia sakit kepala. Ala...

"Tak boleh eh? Tak apa la."

"Oppa, tunggu sini. Jangan gerak!"

Kau berlari sekuat mungkin ke satu tempat dan kembali semula ke studio Jhope. Tercungap-cungap kau dibuatnya. Rasa nak termuntah pun ada. Kau mengurut dada sebab dah terasa macam semput.

"Eh kenapa ni? Army pergi mana tadi?"

"Nah. Untuk oppa." Kau hulurkan plaster berubat dan panadol Active5.

"La, Army keluar tiba-tiba tadi sebab pergi belikan oppa benda-benda ni semua?"

Kau angguk sambil tersenyum sumbing. Hoseok hanya mampu menggelengkan kepala. Selepas itu, dia tampal plaster berubat di kepalanya dan telan panadol yang kau belikan tadi.

"Army, caring juga ya? Macam omma oppa. Ahh rindunya dekat omma." Ucap Hoseok tiba-tiba.

"Ya ke? Hehe. Eh tu gambar oppa masa kecil ek? Comelnya. Dari kecil lagi oppa dah comel rupanya."

"Oppa comel ek?"

Kau baru tersedar yang kau puji dia depan-depan. Alahai malunya. Dia hanya tersenyum bangga yelah lelaki mana tak bangga kalau perempuan puji dia comel.

"Untunglah.. Oppa comel. Saya ni tak tahu muka saya macam mana. Saya tak ingat."

"Tak apa. Oppa yakin Army lawa. Mana ada orang yang hodoh dalam dunia. Army akan tetap akan kembali ke badan Army sendiri suatu masa nanti. Suga hyung pun sama. Jangan risau." Hoseok cuba memberi semangat kepada kau. Dia kan Jhope, pemberi harapan.

"Bergaya betullah oppa masa budak-budak. Cemburu saya tengok." Kau cuba tukar topik. Jhope kan tengah sakit kepala. Takkan kau nak libatkan dia dengan masalah hidup kau pula.

"Masa tu omma yang tolong ambilkan gambar. Omma baik sangat. Sanggup bekerja part time demi nak bayar yuran untuk kelas menari oppa. Walaupun sekarang susah tahap apa sekali pun oppa akan rasa bersemangat bila ingat pengorbanan omma."

Kalaulah omma dia dengar mesti dia bangga. Anak dia sangat menghargai jasa ibunya. Tak lupa diri walaupun dah kaya raya. Haih kalaulah dia menantu mak kau.

"Masa oppa rasa nak give up suatu masa dulu, ommalah yang selalu beri semangat dekat oppa. Kalau tak oppa takkan ada dekat sini sekarang."

Kau mengangguk. Bangga dengan sikap Puan Jung. Patutlah anak dia memiliki sikap prihatin. Semuanya kerana cara ibu bapa mendidiknya. Jhope sangat suka mengambil berat soal membernya sama macam mana ibu Jhope mengambil berat soal Jhope.

"Patutlah oppa selalu ceria dan positif rupanya omma oppa pun jenis yang positif."

Jhope mula meluahkan perasaaanya kepada kau.

"Positif? Semua orang ingat oppa jenis yang macam tu walaupun di belakang kamera. Tak. Oppa tak selalu macam tu. Oppa pun manusia juga. Oppa akan rasa sedih, marah, rasa tak lengkap. Artis kpop macam oppa selalu hidup bawah tekanan. Tipulah kalau oppa tak rasa sakit dan seronok tiap masa."

"Saya faham oppa. Mana ada orang yang bahagia selamanya. Saya yakin dekat luar sana ramai yang nampak ceria tapi hakikatnya hati mereka terluka tapi mereka tetap kuat. Bangun dan terus bergerak. Saya bangga dengan mereka dan saya lagi bangga dengan oppa." Kata kau sambil tersenyum.

"Terima kasih."

"Tak. Kami yang sepatutnya ucap terima kasih. Terima kasih sebab oppa pilih untuk stay. Walaupun payah dan terseksa , oppa tetap bersama dengan kami, Army dan bts. Neomu gomawoyo."

Korang saling tersenyum.

Pasti sudah banyak penderitaan yang terpaksa dilalui oleh lelaki yang ada di hadapan kau. Senyuman dia yang terukir di bibir adalah tanda yang membuktikan dia adalah orang yang kuat.

Di zaman permulaan debutnya, betapa banyak cabaran yang terpaksa dihadapi. Ramai orang memintanya keluar dari bts atas alasan rupanya tidak menarik. Hati mana yang tidak terluka bila rupa paras dihina dan apa perasaan keluarganya bila mendengar bahawa anak lelakinya tiada rupa.

Bagaimana agaknya dia bersabar di saat dia terpaksa melihat ahlinya yang lain mempunyai ramai peminat sedangkan dia sebaliknya.

Pernah suatu masa dulu, ketika membuat siaran vlog, hatinya sedih kerana tiada peminat yang memberi komen tentang dirinya di halaman fanpage. Dan pernah juga sewaktu dia membuat siaran secara langsung tapi ada yang meminta untuk melihat ahli bts yang lain dan bukan dirinya.

Tiada siapa tahu mungkin dulu di malam hari, ketika dia bersendirian, dia membaca komen-komen negatif tentang dirinya di dalam gelap. Berfikir dan barangkali termakan kata-kata orang tersebut.

Sekuat mana pun orang itu, pasti akan menangis apabila mendengar cacian terhadap dirinya. Mungkin saja dia tidak menunjukkan perasaannya yang sebenar tetapi pilihannya untuk terus kuat adalah pilihan yang terbaik.

 Mungkin saja dia tidak menunjukkan perasaannya yang sebenar tetapi pilihannya untuk terus kuat adalah pilihan yang terbaik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)Where stories live. Discover now