Suga duduk menyilangkan kaki di atas sofa berhadapan dengan Jin. Sesekali dia menggeliat. Jin memandangnya tanpa berkelip sempat juga dia telan air liur.
"kenapa? Hyung tergoda dengan keseksian aku ke?" suga berkata dengan selamba.
"yahhh! Masa bila? Tu bukan badan kau lah. Berlagak pula dia." Jin terkejut bila Suga tiba-tiba cakap macam tu. Telinga dia mula naik merah.
"Nak buat macam mana. Min yoongi, jadi perempuan ke lelaki, dua-dua berbahaya haih." Suga melibaskan rambut ke belakang.
"Ish, tak kuasa aku!"
"haih, lambat lagi ke si Army tu? Penat aku menunggu. Ingat aku ni babysitter dia ke apa?" Suga mula rasa rimas.
"Tadi katanya nak pergi berkemas, tak siap lagilah kot. Jung kook, kau pergi panggil dia." Jin menendang betis jung kook yang sedang ralit membalas chat dari Army di fancafe.
"Apa pula aku. Hyung pergilah. Tak nampak aku tengah 'dating' ni."
"yahhh! Pergilah! Ni ke balasan kau setelah aku besarkan kau hah? Duit aku habis semata-mata nak bayar yuran sekolah kau! Nak belikan banana uyu lagi dekat kau. Lepastu pampers..."
"yalah! Yalah!" Jung Kook bangkit dengan malasnya lepas dah hantar purple heart dekat Army. Suga di depan hanya mampu menggeleng.
Jung kook berjalan ke arah bilik Suga. Pintu yang tidak berkunci terus ditolak. Dia lupa untuk mengetuk pintu terlebih dahulu.
"yahhhhhhhhhh oppa!!! Tutup mata saya tak pakai baju!!!" kau menjerit bila Jung Kook tiba-tiba masuk bilik kau.
"maaf Army! Maaf!" Jung kook cepat-cepat memusingkan badannya ke belakang.
Hoodie bertulis FEAR OF GOD kau ambil lalu pakai cepat-cepat. Sebenarnya tak ada masalah pun kalau dia nampak sebab tu kan badan suga bukan badan kau cuma kau rasa tak beradab pula kalau buat macam tu depan lelaki.
"Dah siap ke?"
"dah." jawab kau dan jung kook kembali menghadap kau.
"Maaf la. Patutnya oppa ketuk dulu tadi hehe. Mari sini oppa bawakan bagasi sebagai tanda permintaan maaf." Jung Kook tersenyum sumbing.
"Tak apa ke? Berat ni."
"Tengok bahulah." Jung Kook mendabik dada. Yalah, dia kan berotot.
Korang berjalan bersama-sama ke ruang tamu. Sebenarnya kau dan Suga hendak pergi ke Daegu untuk menyiasat kisah silam kau. Kebetulan pula syarikat beri masa cuti pada bts selama dua hari. Jadi kau pun bersetuju mengikut Suga ke sana.
Kau memberi alasan yang omma min suruh kau balik rumah jadi Suga kena temankan kau sebab hanya Suga tahu di mana rumah omma min.
"Lambatnya dah naik kematu aku tunggu sini, tahu tak? Dah la ada lelaki bernafsu depan aku."
"Yahhh!!! Kau yoongi! Aku.." Jin mengamuk membuatkan Jung Kook dan kau tergelak kuat.
Akhirnya masa untuk meninggalkan rumah. Kau meminta Jin menyampaikan salam kepada ahli bts yang lain. Kesemua mereka tengah tidur lagi. Petang nanti baru pergi bercuti ke destinasi masing-masing.
"Nasib baik tak ada yang syak sebab korang berdua cuma artis dan manager. Apapun hati-hati dekat sana. Yoongi, jaga 'adik' aku elok-elok. Kalau jadi apa-apa aku bakar studio kau." pesan Jin.
"Rileksla. Aku gentleman kot."
"Army, jangan lupa bawa balik makanan yang Kook pesan tu."
"Beres, Kook. hehe."
YOU ARE READING
Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)
FanfictionBayangkan bila kau bangun tidur tiba-tiba sahaja kau ada tepi Bts. Paling gila, kau sendiri yang jadi ahli bts. Macam mana kau nak menyanyi? Macam mana kau nak menari? Macam mana life kau kat dorm nanti? Benda ini sebenarnya jadi kat aku!!!!! Terima...