"Yeontan... janganlah sakit, yeontan tsk tsk"
Pappp
"Arghhhh" Terjerit Tae Hyung bila terasa bahu dia kena hempuk. Dia berpaling.
"Ha? Dah sedar pun?"
"Kenapa pukul orang?" Marah Tae Hyung.
Akibatnya tiga kali juga bahu dia kena pukul.
"Tanya lagi ha tanya lagi. Orang suruh basuh kaki sebelum tidur tak dengar! Kan tak pasal pasal merapu macam ni. Eh eh budak ni."
Tae Hyung tergelak.
"Aloooo Tae tae mamai lah ni ya haha. Aigoo mianhae." Kata Tae Hyung sambil membetulkan baju pajamanya yang senget sebab kena pukul tadi.
Dia diam sebentar.
"YEONTAN?? YEONTAN MANA?" Suara Tae Hyung meninggi sebab cemas. Dia takut Yeontan mati.
"Tu! Yeontan tu! Aigoo budak ni. Teruk benar mamainya."
Kim Tae Hyung memandang ke arah yang ditunjuk tadi. Memang ada Yeontan tengah bersuka ria dengan seseorang yang dia kenali. Dia menaris nafas panjang. Lega sungguh.
"What a nightmare?" Tae Hyung mengeluh.
"Apa mel?"
"Hehe tak ada apalah."
Tae Hyung sudah tidak risau lagi buat masa sekarang. Dia dah boleh senyum lega. Lepas berbual kecil di sofa dia bangun untuk siapkan makanan dan minuman untuk tetamu dia. Jin tak ada kat rumah ni dah. Kalau ada dah lama dia paksa jin masak makanan istimewa sebelum hantar tetamu dia pulang. Sedih sangat tanpa Jin.
"Nah, ada air kopi milik Yoongi hyung je ni haha. Maaflah tak boleh jamu yang best-best." Ujar Tae Hyung sambil menghidang kopi mahal yang diperbuat daripada najis luwak. Paling mahal paling sedap. Bukan bagi dia tapi bagi yoon dia. Dia mana minat kopi. Bau pun nak termuntah.
"Awak, jomlah minum sekali. Dah dah la tu main dengan yeontan."
"Marilah sekali. Sedap ni. Suka kopi kan? Jomlah." Tae Hyung juga ikut mengajak.
"Korang minumlah dulu. Dah lama tak main dengan yeontan ni."
Tae Hyung tersenyum. Rindu tahap apa dah tu. Kopi pun ditolak sebab nak belai Yeontan.
"Ha bila?"
"Bila apa?"
"Kahwin dengan dia?"
"Hah?" Tae hyung tersedak.
"Konsert Wings tour la. Tanya pula, apa lagi."
"Eh, eh tersedak kita. Jangan ditanya bab nikah atau girlfriend. Nanti kena tembak dengan bang PD haha. Kalau pasal konsert jelajah dunia, tinggal seminggu lagi. Huhu tak sabar."
"Mesti kena berlatih sampai tak cukup rehat kan?"
"Em..ya. letih pastu sepi." Tae Hyung menunduk sikit.
"Tak apalah. Lelaki kena kuat. Boleh, tae hyung?" Dagu tae hyung di cubit.
"Lelaki tak boleh nangis ke?"
"Boleh tapi kena kuat balik lepas tu."
"Kalau tak mampu?"
"Orang lain mungkin tak mampu.. tapi kim tae hyung lain.. kim tae tae kena selalu bangun balik kalau jatuh sebab tau tak apa jadi kalau tak bangun?"
"Apa?"
Dia menepuk dada sendiri.
"Hati ni akan sakit. Hati semua orang akan sakit. Tak ada siapa yang sanggup tengok Tae nangis, tengok tae hancur. Jadi janji tau. Jangan sedih lama lama. Boleh?"
YOU ARE READING
Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)
FanfictionBayangkan bila kau bangun tidur tiba-tiba sahaja kau ada tepi Bts. Paling gila, kau sendiri yang jadi ahli bts. Macam mana kau nak menyanyi? Macam mana kau nak menari? Macam mana life kau kat dorm nanti? Benda ini sebenarnya jadi kat aku!!!!! Terima...