Bab 31

1.6K 118 41
                                    

Hari terus berlalu. Tiada yang berubah. Jin telah pun membuat pilihannya untuk meninggalkan bts, Army dan bighit. Satu telah berjaya kau hapuskan. Kini kau menunggu peluang berikutnya.

Ada sesuatu yang mengganggu kau. Kau mendengar khabar yang manager sejin akan kembali bertugas dengan bts. Sebelum ini dia bercuti kerana menemani isterinya yang baru lepas bersalin.

"Ini tak boleh jadi. Kalau ada dia susah aku nak buat kerja!" ujar kau sewaktu bersendirian di tandas. Otak kau mula ligat mencari jalan penyelesaian.

Kau keluar dari tandas dan menuju ke sebuah tempat istirehat yang selalunya menjadi kawasan lepak staf staf bighit.

Kau keluar dari tandas dan menuju ke sebuah tempat istirehat yang selalunya menjadi kawasan lepak staf staf bighit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eh, yoongi oppa?"

"Oh, Army. Dah makan?"

Kau mengangguk.

"Oppa, pandai ke main gitar?"

"Saja. Nak cuba main."Jawab Suga tanpa pandang kau.

Mata kau terarah pada tulisan di gitar tersebut. Perkataan 'worldwide handsome' tertera di situ. Kau tahu itu gitar peninggalan Jin.

"Oppa mesti rindu kan Jin oppa.."

"Dua tahun aku jadi rakan sebilik dia. Lapan tahun aku jadi rakan sekerja dia dan dua bulan aku jadi rakan peneman dia memancing.." Suga menghembuskan nafas berat.

"Memang macam ni ke pengakhirannya, oppa?"

"Mungkin, tapi aku tahu dia kuat. Kau pun kena kuat juga."

"Ya, Saya sedih bila fikir pasal Jin oppa tapi--"

"Bukan pasal dia tapi pasal kau. Pasal kisah hidup kau."

Kau terkedu. Apa maksud Suga? Dia tahu ke pasal kisah hidup kau? Adakah kau pernah cerita dekat dia masa korang tertukar badan? Kau tak ingat sikit pun.

"P-pasal saya?"

"Ya. Kau dah jumpa matlumat pasal diri kau ke? Tentang siapa dan kenapa kau nak bunuh kami?"

"b-bunuh?" Jantung kau seakan terhenti.

"Tak apalah kalau kau tak ingat lagi. Aku pernah janji nak tolong kau cari kalau kau tak ingat lagi siapa diri kau."

"er..er saya.."

Gila. Ini semua gila. Kau fikir dia tak tahu tapi ternyata dia tahu..cuma kau keliru kenapa dia boleh selamba bercakap dengan kau kalau dia tahu kau cuba bunuh bts.

"Oppa nak masuk studio dulu."

"Oppa! Oppa kenapa tak laporkan saya kepada polis?"

"Buat apa? Kita belum tahu alasan sebenar Army buat macam tu? Kita cari tahu dulu kebenarannya. Lagipun kau cuma berniat, bukan dah buat. Kita fokus pada penjahat yang dah celakan Jin sudahlah."

Kau tersenyum lega. Apapun kisah sebenar kata-kata Suga buat kau sedar dia tidak mencurigai kau. Bahkan kau hampir tergelak melihat kebodohan Suga yang tidak menyedari kaulah punca bts terjejas dan kau boleh memanfaatkan ini untuk misi kau. Kelalaian Suga akan membunuh dirinya dan semua yang dia sayangi.

"Oppa, jangan cakap kat sesiapa pun pasal ni. Saya harap sangat sebab Saya tak nak dibenci."

"Jangan risaulah. Dah la lupakan jelah dulu pasal ni ok?"

"Ya. Erm Oppa, manager sejin tinggal kat mana? Saya nak melawat isteri dia."

"Oh, oppa hantarkan location sekarang ya?"

Skip

Kau memandu sendirian ke hospital di mana isteri pengurus Sejin ditempatkan. Sejam setengah kau mengambil masa memandu ke sana.

Sebelum tiba ke sana kau telah pun singgah di sebuah kawasan yang dipanggil 'lorong gelap' di Itaewon untuk membeli sesuatu. Kau juga membeli sarung tangan hitam di sebuah pasaraya.

Akhirnya kau tiba di hospital yang dikatakan oleh Suga. Kau memasuki kawasan tersebut. Sempat juga Kau membeli air minuman.

"Hello, manager Sejin. Wad nombor berapa eh? Oh tingkat dua. Ok, saya ke sana."

Akhirnya kau menemui wad yang kau cari. Manager Sejin membuka pintu dan menyambut kau dengan senyuman.

"Terima kasih, manager Sejin."

"Sama-sama. Datang sorang ke?"

Kau mengangguk.

"Isteri manager tengah tidur rupanya."

"Ya. Maaflah. Dia tak sihat. Banyak komplikasi masa melahirkan. Anak kami pun sama sebab tu saya tak dapat masuk kerja. Terima kasih sebab dah tolong jaga bts. Diaorang ada buat masalah eh?"

"Tak ada tapi tak apa, kalau mereka buat hal saya bunuh je."

"Haha bunuh je. Tak apa." Manager Sejin ikut gelak kerana menyangka kata-kata kau itu hanyalah gurauan.

Banyak juga dia tanya kau pasal keadaan Jin. Sepanjang berbual kau sempat berbagi minuman yang kau beli tadi. Dua minuman berkotak. Salah satunya telah kau suntik dengan ubat tidur pada dos yang tidak terlalu banyak.

Lama kelamaan ubat itu mula menunjukkan kesan. Mata manager Sejin mula kuyu dan dia asyik menguap. Seminit, dua minit, tiga minit dan akhirnya dia terlena di atas sofa. Sama seperti isterinya yang masih lena di katil hospital.

"Maafkan aku. Aku tak berniat nak buat kau macam ni tapi aku terpaksa. Kau tak sepatutnya melalui semua ini kerana bts tapi aku akan tamatkan penderitaan kau dan kau tak perlu hidup dengan mereka lagi."

Kau memakai sarung tangan hitam. Kau keluarkan dadah yang kau beli di Itaewon tadi dan kau suntik di lengan kiri manager Sejin.

Kau tersenyum sinis.

Kau keluar dari bilik dengan hati yang puas. Ketika itu kau sempat meninggalkan pesanan kepada jururawat supaya memberitahu manager sejin dan isterinya yang kau terpaksa pulang awal atas alasan kerja. Pil lain yang berbentuk tablet yang kau beli tadi kau tinggalkan dalam beg manager sejin yang berada di sofa itu juga.

Sepanjang perjalanan pulang, kau tidak menggunakan jalan pintas seperti waktu kau kemari tadi. Kau guna jalan raya utama. Kau tersenyum bila melihat polis trafik yang sedang meminta setiap pemandu berhenti seketika untuk diperiksa..dan kau tahu apa yang akan terjadi bila manager sejin pulang dari melawat isterinya nanti....

Dah lama tak muncul.. Hai😀

Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)Where stories live. Discover now