Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. Hari ini adalah hari kau, bts dan para idol terpilih akan membuat persembahan di malam Melon Music Award.
Dari petang tadi lagi, korang, staf, stylist dan pihak-pihak terlibat, semua sibuk ke hulu ke hilir untuk membuat persiapan sebelum majlis bermula. Begitu juga dengan fans-fans yang telah pun ramai berkumpul di depan pintu masuk dewan acara di kota Seoul tersebut.
Kau kini berada di dalam sebuah bilik persalinan yang dikhaskan untuk bts dan team yang terlibat. Semua orang sedang sibuk bekerja terutama akak-akak stylist. Kau sekarang pun sedang ditata rias oleh seorang akak stylist.
Kau pandang ke kiri dan kanan kau. Di sebelah kiri kau ada Jin dan di sebelah kanan kau pula ada Jimin. Dua-dua sedang disolekkan oleh para stylist.
Kau nampak diaorang berdua sedang sibuk berlatih vokal supaya kejap lagi persembahan dapat disampaikan dengan lancar.
Masa ini lah baru kau nampak benda yang mereka tak pernah tunjuk dekat depan pentas atau televisyen. Semua member nampak sangat tegang. Malah tak dinafikan, kau pun rasa stres sebab berdebar punya pasal. Ramai orang expect tinggi melangit pasal persembahan bts. Jadi kalau kau dan yang lain buat salah, memang habislah.
Kau pandang pula ke belakang. Nampak Namjoon dan Tae Hyung.
Tae Hyung tengah bantu Namjoon betulkan kolar baju Namjoon. Lepas tu dekat belakang dia ada JungKook yang dah siap bermekap dan minta Tae Hyung periksa muka dia dah handsome ke tak.
"Yoongi, jangan gerak. Nanti comot pulak. Nuna nak pakaikan maskara ni." tegur akak stylist, mengejutkan kau dari syok tengok mereka. Kau tersengih sendiri.
Seketika kemudian, kau nampak seseorang yang baru memasuki bilik persalinan tersebut. Orang tersebut bukanlah orang lain tapi Suga versi perempuan. Terkejut juga kau waktu tu sebab dia punya mekap tebal gila. Lepas tu siap pakai baju lawa dan seluar kulit yang skinny punya. Siap dengan kasut tumit tinggi. Gilalah, sungguh berfesyen!.
"Wooahhh. Oh yeahh." Jhope yang tengah sibuk berlatih menari kat tepi terus datang ke arah Suga. Siap pandang Suga atas bawah lagi. Lepas tu dia buat muka gatal. Al maklumlah sebelum ni Suga tak pernah pakai baju yang sexy dan hot macam tu. Dah macam dia salah seorang ahli kumpulan blackpink yang lawa-lawa.
YOU ARE READING
Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)
FanfictionBayangkan bila kau bangun tidur tiba-tiba sahaja kau ada tepi Bts. Paling gila, kau sendiri yang jadi ahli bts. Macam mana kau nak menyanyi? Macam mana kau nak menari? Macam mana life kau kat dorm nanti? Benda ini sebenarnya jadi kat aku!!!!! Terima...