Sebulan sudah berlalu. Keadaan telah kembali seperti sedia kala tapi tidak bagi Jin dan bts. Sejak insiden tersebut, banyak benda telah berubah.
Penjenayah yang menyimbah asid ke muka Jin masih lagi disoal siasat. Dalang utama masih lagi dalam pencarian pihak polis. Gadis yang terkorban bersama-sama Jin telah pun dihantar menjalani terapi. Katanya sejak sedar, dia tidak berhenti meraung dan disahkan menghidapi kemurungan tahap klinikal dan trauma.
-Tapak pengambaran iklan-
"Army."
"Eh, Jung Kook oppa. Duduk la sini, makan ramen. Banyak lagi ni. Tadi tak makan tengah hari lagi kan?." Ajak kau yang sedang sibuk menjamu selera bersama para staf.
"Tak nak ah. Esok ada photoshoot lagi. Nanti pipi kembung kalau makan ramen."
"Dah tu, tak makan kebulur la perut tu nanti."
"Hehe.. Army. Jom."
"Pergi mana?"
Jung Kook tak menjawab tapi dia pandang kau lama. Tengok air muka dia pun kau dah faham. Dia nak minta kau temankan dia ke rumah Jin.
Ini yang kau menyampah. Setiap hari ada je member yang ajak kau pergi pujuk Jin. Jin diberi cuti yang panjang oleh bighit. Dia diberi kebebasan untuk kembali menyanyi bila-bila masa sahaja dia mahu.
Walaubagaimanapun, kau yakin Jin takkan menyanyi lagi dalam waktu terdekat. Lebih-lebih lagi dengan muka buruk macam tu. Buka saja media sosial, banyak betul ejekan dari haters yang kau percaya sudah sampai ke pengetahuan Jin. Kau tidak merasa bersalah kerana kau yakin itu karma dari tuhan kepada Jin.
"Tak nak tunggu yang lain dulu ke Oppa?"
"Tak apalah kita pergi berdua je. Lagipun oppa dah siap semua dah bahagian oppa. Mereka belum lagi. Boleh ya Army. Jomlah?"
Kau mengangguk dengan berat hati.
Semasa dalam perjalanan ke rumah Jin, kereta kau dipandu oleh Jung Kook. Dia sempat memberhentikan kereta di sebuah restoran makanan jepun. Katanya dia nak pujuk Jin melalui makanan kesukaan Jin.
Kau menunggunya di dalam kereta.
"Asyik, asyik pergi rumah dia tu. Sakit hati betul! Orang macam dia tu tak patut diberikan sokongan pun!! Kalau ikutkan hati aku, nak je aku taruh racun dalam makanan yang kau beli untuk dia JK!" marah kau sendirian.
Akhirnya Jung Kook kembali dengan dua plastik di tangannya. Kau menghadiahkan segaris senyuman palsu.
"Banyaknya. Mesti Jin oppa takkan tolak punya. Kan?"
"Ya. Dia kuat makan! Kita paksa dia makan dengan kita! Ahhh, rindunya dekat Jin hyung."
"Samalah. Teringin nak makan masakan dia lagi."
"Kan, dia kalau tengah masak mesti akan bebel dekat kami sebab kami tak pandai masak sangat haha. Mulut tu rasa geram je nak cubit."
"Ya?"
"Ya, lepas tu masa oppa push up kalau tak ajak lawan siapa paling lama dapat bertahan memang tak sah. Aih, geram betul kalau ingat balik."
Sambil bercerita tentang kerinduan dia terhadap Jin, sambil itu juga Jung Kook cuba menahan air mata dari keluar. Dah lama sangat dia tak dengar suara Jin. Dia rindu dekat Jin.
Kadang-kadang, Jung kook menangis senyap-senyap semasa memutarkan kembali video-video Jin dalam kamera miliknya. Dulu dia mesti tergelak bila dengar bunyi gelak Jin yang dirakam, tapi sekarang air mata pula yang mengalir.
Jung Kook tak nak menyerah kalah. Dia nak pujuk juga Jin untuk kembali kepada bts. Kalaupun bukan untuk kembali beraksi di atas pentas, cukuplah dia dapat tengok Jin kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupannya. Jin masih muda.
YOU ARE READING
Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)
FanfictionBayangkan bila kau bangun tidur tiba-tiba sahaja kau ada tepi Bts. Paling gila, kau sendiri yang jadi ahli bts. Macam mana kau nak menyanyi? Macam mana kau nak menari? Macam mana life kau kat dorm nanti? Benda ini sebenarnya jadi kat aku!!!!! Terima...