Bab 8

2.5K 247 71
                                    

"Yoongi eh Yoonji ahh payahnya nak panggil, boleh tak nak panggil Army je?" Soal Namjoon kepada kau.

''Panggillah apa-apa pun oppa. Asalkan senang bagi oppa."

"Kalau jagiya? Yeobo?"

Kau yang tengah makan coklat terus tertelan tanpa sempat kunyah. Akibatnya kau terbatuk-batuk dekat situ.

Namjoon pun apalagi terus menepuk-nepuk belakang kau bagi memudahkan kau meludahkannya.

Niat dia baik tapi bila tapak tangan dia mendarat atas belakang kau, kau sendiri tak faham dia tengah tepuk ke belasah kau. Sakitnya tak terkata.

"O-oppa coklat dah masuk perut, tak perlu ludah dah hehe."

"Nasib baik." Namjoon mula duduk di sebelah kau. Bau dia wahh.. Mesti minyak wangi mahal.

"Oppa ada aktiviti istimewa ke nak buat hari ni? Maklumlah kita kan dapat cuti dua hari." Kata kau sambil membetulkan earring yang besar gila. Sakit telinga kau dibuatnya.

Dia menggeleng.

''Nak tak teman oppa? Kita pergi minum kopi dekat kafe sebelah syarikat. Oppa rindu sangat nak minum Americano dekat situ." Dia buat muka comel. Dah lah pakai cermin mata berbingkai besar. Lagilah comel.

"Bila kali terakhir oppa minum kat situ?"

"Kelmarin." Jawabnya selamba.

Kalau dia ni adik kau, dah lama makan raket badminton.

"Ala.. Oppa tak pernah lagi minum dekat situ dengan mana-mana Army. Kami bts berjaya pun sebab sokongan Army. Jadi kalau setakat belanja Americano tak sebesar jasa korang kat kami."

Muka serius.

Ayat romantik.

Kau masa tu dah rasa macam nak berlari ke tandas lepas tu menjerit dalam tu. Melting tahu tak!

"Jomlah."

Kau mengangguk. Lalu memikul beg hitam di bahu. Tanpa meminta kebenaran kau dulu, Namjoon ambil beg tu dan letak di bahu dia. Kau terkejut.

Tiba-tiba kau tersengih sendiri sebab kau rasa nak je sebut ayat ni:

"Macam mana cara nak jadi beg hitam tu?"

Akhirnya selepas berjalan beberapa minit korang pun sampai di depan kafe Seoul Paradise.

Sepanjang perjalanan tadi, telinga kau rasa hangat sebab Namjoon buat philosophy talk. Selama ni kau cuma boleh baca dekat Aminoapp tapi sekarang kau dengar dengan telinga sendiri.

Kalau penceramah yang bagi ucapan, kau dah rasa macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri tapi kalau bias sendiri, perghhh berbekas sampai mati.

"Nak pesan apa? Kalau Americano oppa tak syorkan sangat sebab agak pahit. Lattle minum tak?"

Kau angguk. Minum apa-apa pun tak penting. Minum air mineral pun tak ada masalah kalau dengan dia.

Tiba-tiba muncul dua orang Army lain. Mereka jerit-jerit nama Suga dan Namjoon. Mereka tak sangka dapat jumpa bts depan-depan.

"Oppa, omo, saya suka sangat dekat korang. Tak sangka boleh jumpa." Dia nampak gelabah. Jangan pengsan sudah.

"Oppa nak sentuh dimple Namjoon oppa boleh?"

Kau yang diam disebelah hampir tersedak.

Kau bukan Suga tapi Army jadi mode cemburu kau tiba-tiba aktif.

"Siapa nak ambil gambar selfie dengan saya?" kau terus tukar topik agar perempuan tu tak sentuh kau punya bias.

Mereka berdua bersorak.

Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)Where stories live. Discover now