Malam ini Suga dibenarkan tidur di biliknya sendiri sebelum Namjoon mencari jalan untuk membolehkannya memperolehi apartmen yang dikhaskan untuk para staf Bighit tapi dengar kata Jin nak suruh Suga tinggal je di apartmen yang baru dibelinya. Senang sikit katanya.
Walaupun sepatutnya Suga berehat dan tidur macam yang disuruh oleh Jin, dia masih lagi berjaga sebab katanya nak siapkan kerja. Dia nak tulis lirik lagu. Baguslah. Kalau suruh kau tulis lagu bagi pihak dia memang nazaklah. Tulis lagu bukan macam tulis surat cinta.
Tok.. Tok
"Hyung, pintu tak kunci. Aku masuk ek?" Jung Kook menjengukkan kepalanya di muka pintu bilik Suga.
"Masuk je la. Macam tak biasa pula masuk bilik orang tanpa izin." Jawab Suga. Mata masih lagi melekat pada laptopnya.
"Hehe.. Hiyarrhhhh..." Jung Kook merebahkan badannya di atas katil Suga yang sementara waktu ini telah menjadi hak milik kau. Dia pandang Suga yang duduk di atas kerusi membelakangkan dia. Rambut Suga yang juga rambut kau, dia biarkan lepas tanpa diikat.
"Hyung."
"Kenapa?"
"Saja. Aku rindu kau."
"Hmm.."
"Hyung."
"Kenapa kau ni?" Jawab Suga dengan nada malas nak layan.
"Malam ni aku nak tidur sekali dengan hyung boleh. Please~~~." Jung Kook buat muka gatal plus seksi.
"Keluar." Balas Suga sepatah.
"Hyung, kau belum mandi dari tadi kan, Nak mandi sama-sama tak?"
Suga apalagi terus ambil patung Shooky yang ada di atas meja dan lempar ke arah Jung Kook. Jung Kook hanya tergelak sebab seronok. Dia rasa macam tengah sakat budak perempuan.
"Alolo.. Garangnya dia.. Ni yang buat orang rasa nak--"
Tok Tok
Bunyi pintu diketuk lagi.
Kau sebenarnya yang mengetuk pintu tadi sebabnya kau disuruh oleh yang lain untuk memanggil Jung Kook.
''Boleh saya masuk?"
"Kau lagi." Jawab Suga dengan rasa menyampah. Jung Kook rasa pelik tapi dia tak tanya apa-apa pula. Dia cuma anggap mungkin Suga keletihan sebab tu Suga marah.
"Ada apa Army?"
"Namjoon oppa suruh panggil. Kejap lagi kena pergi syarikat. Ada meeting."
"Oh yalah. Hampir terlupa. Nasib baik dah mandi siap-siap hehe."
"Meeting apa weh?" Tanya Suga.
"Pasal persembahan sempena malam Melon Music Award tahun ni. Bang Pd nim ajak jumpa. Dia nak bagi penerangan pasal tu."Terang Jung Kook.
"Oh ya ke? Tunggu kejap aku nak ganti baju."
"Eh hyung, mana boleh! Lupa ke hyung tak ada halkum sekarang haha."
"Eh rimas la macam ni. Semua tak boleh.''
Bila tengok Suga marah macam tu kau rasa serba salah pula tapi nak buat macam mana lagi. Tak boleh salahkan dia juga kalau dia marah. Suga sayang kerja dia jadi mesti dia rasa tertekan bila dah lama tak dapat bekerja.
"Noona, Kook pergi dulu ya? Jangan lupa janji kita malam ni. Let's get it, baby~~" Bisik Jung Kook sambil wink dekat Suga. Sekali Suga tendang betis dia. Mengaduh dia sambil tergelak.
YOU ARE READING
Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)
FanfictionBayangkan bila kau bangun tidur tiba-tiba sahaja kau ada tepi Bts. Paling gila, kau sendiri yang jadi ahli bts. Macam mana kau nak menyanyi? Macam mana kau nak menari? Macam mana life kau kat dorm nanti? Benda ini sebenarnya jadi kat aku!!!!! Terima...