Pagi itu setelah selesai menjamu selera, kau dan ahli bts termasuklah Suga segera menuju ke lokasi pengambaran VCR yang akan digunakan semasa persembahan di malam MMA nanti.
Kali ini kereta korang di pandu oleh Suga almaklumlah dia kan pengurus baru korang. Jin duduk di kerusi hadapan sebabnya kata Jin senang dia nak marah Suga kalau Suga terlanggar anak itik di tengah jalan.
"Nuna baby~~" Jung Kook yang berada di kerusi belakang Suga mula bersuara dengan agak gedik.
"Jangan panggil aku, Nuna." Balas Suga sambil memutar stereng kereta.
"Nuna kalau bawa kereta, perghhh gila seksi ahahaha."
"Bongok kau Kook."Jhope yang berada di sebelah kau tergelak melihat aksi Jung Kook yang tak habis-habis nak sakat Suga. Mentang-mentang Suga dah jadi perempuan. Kau pula tersipu malu sebab dia puji Suga seksi dan badan Suga adalah badan kau juga.
"Korang, aku nak kencing. Berhenti tengah jalan, boleh?" Tae Hyung tiba-tiba berbunyi.
"Kau nak kencing depan lampu isyarat ke weh? Serius arr?" Soal Jimin yang duduk di sebelahnya.
"Bukanlah, ngek! Tu aku nak guna tandas yang ada dekat stesen minyak."
"Hambar ke, Tae?" Jimin tergelak malu.
"Yalah. Haish."
"Janganlah puji. Malu aku."
"Gila." Tae Hyung memutarkan anak matanya ke atas. Malas nak layan. Kan melayan, ada pula yang kena kencing dalam kereta.
"Jimin, you got no jam."Bisik kau dalam hati sambil tergelak.
"Namjoon, ni ke jalan nak ke tempat tu?" Tanya Suga kepada Namjoon yang duduk di kerusi paling belakang bersama Tae Hyung.
"Ya."
"Yahhh, yang kau tanya dia kenapa? Aku sebelah kau kot! Tanyalah aku." Bebel Jin. Di tangannya ada gps.
"Tae Hyung, mana stesen minyak yang kau cakap tu?"
"Yah!! Tanyalah aku. Tanya aku." Jin mula naik geram.
"Jin hyung?"
"Ya?" Jin puas hati bila Suga akhirnya sudi tanya dia.
Diam.
"Suga, kau tak tanya apa-apa pun?"
"Tadi dah. Aku tanya nama kau, hyung. Kau jawab ya. So?"
Jin terkedu. Kau dan yang lain tergelak bila dengar loyar buruk Suga. Lepas tu, dengar kata ada budak kena hempuk dalam kereta tu tapi tak tahu budak mana.
Akhirnya sampai jua korang kat situ bersama staf-staf pengambaran yang lain. Korang dikehendaki mengenakan jubah hitam dan topeng khas yang disediakan.
Pengambaran hari ini bertemakan 'Mask Man Fake Love Version'. Oleh sebab itu, kau dan bts perlu mengenakan jubah hitam tersebut.
Lokasi pengambaran nampak agak mistik dan bersisi gelap. Semua ahli bts nampak macam ahli sihir yang hot. Kau teruja dapat tengok mereka semua. Lebih-lebih lagi bila mereka pakai make up. Lawa. Mata terasa mendapat rezeki.
"Gilalah. Kacak betul boyfriend-boyfriend aku haish terutama Jung Kook oppa.." Bisik kau perlahan.
"Oppa dengar."
Kau terkejut bila ada Tae Hyung di sebelah kau.
"Oh hehe.."
"Jung Kook!"
YOU ARE READING
Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)
FanfictionBayangkan bila kau bangun tidur tiba-tiba sahaja kau ada tepi Bts. Paling gila, kau sendiri yang jadi ahli bts. Macam mana kau nak menyanyi? Macam mana kau nak menari? Macam mana life kau kat dorm nanti? Benda ini sebenarnya jadi kat aku!!!!! Terima...