Bab 3

3.2K 262 66
                                    

'"Bts tolong!" Kau menjerit sepenuh hati. Mana pergi semua manusia. Takkan tengah mandi berjemaah kot.

Tiba-tiba pintu bilik ditolak dengan kuat.

"Kenapa jerit-jerit ni?" Hoseok yang awalnya sedang menuju ke dapur terus meredah masuk ke dalam bilik Jin dan Suga apabila terdengar ada yang berteriak.

Kau hanya mampu menangis sambil melutut di tepi badan Jin yang terkulai layu.

"Omo, Jin hyung! Kenapa dengan dia?" Jhope amat terkejut dan terus memangku kepala Jin sambil menjerit memanggil ahli BTS yang lain.

Seketika kemudian kesemua daripada mereka mula memenuhi bilik Jin. Satu persatu buat muka terkejut dan cemas.

Mereka mengangkat badan Jin lalu diletakkan di atas katil. Namjoon yang cemas segera memanggil doktor peribadi untuk datang merawat Jin.

"Apa yang jadi sebenarnya?" Soal Jimin.

"A-aku..."

"Hyung, jawablah." Gesa Jimin.

"Aku terpukul dia. Maafkan aku. Aku sungguh-sungguh tak sengaja." Badan kau mula terketar-ketar.

Mereka semua terkejut dengan pengakuan kau. Kali ini si JungShook muncul lagi. Awas, tutup mata anda.

Kau terpaksa menceritakan secara terperinci. Malu kau, sebab mereka ingat kau dah macam hampir kena rogol oleh kaum sejenis. Jantan dengan jantan. Kau dengar pun dah rasa jijik.

Akhirnya lima belas minit kemudian, doktor perempuan pun muncul. Dia segera memberikan rawatan kepada Jin.

"Nasib baik sikit je luka. Dia pengsan sebab terkejut je. Jangan risau sebab tak ada masalah lain. Semua ok." Ujar doktor tersebut sambil mengemaskan alatannya.

Fuh lega....

"Doktor, jom saya hantarkan ke depan." Kim Tae Hyung bangun dan mengiringi doktor tersebut keluar.

"Nasib baik sikit je. Kalau sampai amnesia, habis hyung." Ujar Jung Kook sambil memandang ke arah kau.

"Aku tahu aku bersalah tapi Jin oppa pun salah juga. Aku dah cakap aku perempuan tapi dia masih lagi berlagak macam nak 'makan' aku. Aku terpaksa demi mempertahankan maruah aku." Kau mula menangis di depan mereka semua. Ini akibatnya bila Jin takutkan perempuan macam kau. Dah berlaku kemalangan bagai.

"Hyung, jangan merepek lagi boleh tak? Dalam keadaan macam ni pun nak main-main lagi." Tae Hyung yang baru melangkah masuk semula ke dalam bilik mula naik angin.

"Aku tak tipu hisk hisk." Tangisan kau mula menjadi-jadi.

"Jimin rasa dia tak tipu. Takkanlah Yoongi hyung sanggup nak cederakan Jin hyung dan takkanlah Yoongi hyung reti menangis. Yang kaki menangis tu anak Jung tu."

"Oitt, elok sikit ye." Jhope yang sedang mengorek telinga terkejut bila nama dia disebut.

"Ya tak ya juga. Dari tadi lagi sibuk mengaku diri tu perempuan." Tambah Namjoon.

"A-aku tak t-tipu."

"Kalau hyung bukan Min Yoongi yang sebenar, habis Min Yoongi yang sebenar ada kat mana?"

Kau hanya mampu menggelengkan kepala. Kau tak tahu apa jawapan untuk soalan Jung Kook kerana kau sendiri bingung macam mana  boleh ada dalam badan Yoongi.

"Jimin rasa kita patut percayakan dia."

"Jimin... Terima kasih." Air mata yang mengalir kau kesat menggunakan jari sendiri.

''Uaaaaa..." Jin menggeliat. Sedar dah abangtan kita ni. Kalau dah arwah tadi memang masaklah kau kena baham dengan Army.

"Jin hyung, ok ke?" Jhope yang duduk ditepi katil segera melompat naik ke atas katil.

"Aduhhh.. Elok-eloklah. Bergegar otak aku ni. Kalau jadi zombi, aku gigit otak kau Hoseok." Sempat lagi Jin membebel padahal tadi dah hampir maut.

"Jin oppa. Biane.." Kau menunduk di hadapan Jin.

"Aku maafkan. Lepas apa jadi, buat aku yakin kau memang perempuan. Ahh gila lah.. Kita sekarang tengah ada dalam cerita Secret Garden ke apa?"

"Hah? Cerita apa tu?" Kau menggaru kepala sendiri.

"Kalau ya pun ambillah aku jadi hero. Yoongi jadi Hyun bin? Budak tu pendek kau tahu tak? Lainlah aku ni. Cukup pakej. Handsome, macho dan tinggi."

Hemph.. Alahai.. Angkat bangkul lagi.  Harap ada lipas terbang mendarat dalam baju budak Jin ni. Aik, kenapa kau rasa marah? Kau punya bias Yoongi ek?

Tapi apa pun kau lega kerana akhirnya mereka mempercayai kau.

"Kalau macam tu selamat berkenalan. Panggil aku Tae." Ujar Tae Hyung sambil menghulurkan tangannya.

"Oh hehe terima kasih tapi maaf aku tak tahu nama aku siapa." Huluran tangannya kau sambut.

"Boleh aku panggil kau, Yoonji?" Tanya Jimin. Jimin agaknya masih belum boleh melupakan Yoonji yang dalam rancangan Run dulu-dulu.

"Erm boleh je. Sedap nama tu." Kau senyum kepada Jimin.

"Hyung, aku rasa kau better angkat kaki dan tinggalkan syarikat Big Hit sekarang." Ujar Jung Kook kepada Tae Hyung.

"Kenapa?"

"Sebab hyung janji nak keluar dari group kalau Bts tambah ahli kelapan."

"Bongok kau, JK. Terkejut aku." Tae Hyung tergelak. Ingatkan apalah tadi.

Ahli-ahli bts yang lain turut memperkenalkan diri kepada kau.

"Pelik gila bila buat macam ni." Ujar Namjoon.

"Tu lah pasal hehe.." Tambah Jin.

"Apa pun selamat datang ke dunia Bts." Jhope menepuk bahu kau sambil tersenyum.

Tbc

Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)Where stories live. Discover now