"Jimin, kau la ni bersiap lambat mengalahkan orang nak berkahwin. Tengok! Dah hujan dah."
"Alah, Jin hyung. Dah aku rasa nak terberak takkan nak tahan." Jimin membela dirinya.
"Dah salah tak nak mengaku." Namjoon ikut memarahi Jimin.
"Tak nak! Aku buang air besar tak salah pun, hyung. Yang salah tu hujan. Marahlah dekat hujan, eh kau Kook, aku tengah marah pun nak rakam!"
"Hehe sorry-sorry. Hujan la pula. Basah kamera aku halamak.. Cepat berteduh, guys."
"Kesian korang tak bawa payung. Nasib baik aku bawa muahahaha." Jin mengeluarkan payung kecil dari begnya.
"Nak berteduh sekali, boleh kan?" Tae Hyung menggesel bahunya di bahu Jin.
"Boleh."
"Yeayyyyy..."
"Army."
"Ya Jin oppa?"
"Dekat sikit." Jin terus berkongsi payung miliknya dengan kau.
"Ala.. Kata tadi nak berkongsi dengan aku, hyung." Tae Hyung memuncungkan mulutnya.
"Ha, berteduhlah."
"Mana muat?"
"Mana aku tahu?"
Tae Hyung merajuk dan terus berlari ke arah Suga. Nak mengadu agaknya. Dia nak letak kepala dia atas bahu Suga. Kira nak acah sedih tapi belum sempat buat macam tu Suga dah jentik dahi dia. Suka sangat semua orang usik Tae Hyung.
Kau tergelak melihat kecomelan mereka.
"Kita nak buat apa kat sini, Jin oppa?"
"Kita nak bersuka ria je. Hilangkan penat. Tempat ni bukan untuk budak-budak je. Kita pun boleh berseronok dekat sini." Jawab Jin.
Korang sebenarnya sedang menuju ke sebuah taman Tema yang terkenal di Korea. Walaupun mesti lepas ni ramai yang serbu korang tapi korang tak kisah sangat sebab korang pergi berlapan bukan sorang-sorang.
"Siapa punya idea sebenarnya?"Soal kau. Waktu tu korang dah berteduh di sebuah kafe.
"Suga hyung." Jawab Jhope.
"Wah.. Suga oppa suka juga ya tempat-tempat macam ni. Tak sangka."
"Taklah. Aku tak minat tapi kau kan perempuan. Aku agak kau suka tempat-tempat macam ni."
"Eh, kenapa? Saya tak faham."
"Aku--"
"Dia bimbang kalau Army tertekan sebab tu dia minta kitaorang semua datang sini untuk teman Army." Pintas Jimin.
"Uwaaahhhh, my bro." Usik Jung Kook serentak bersama Tae Hyung.
"Diamlah." Suga melempar plastik sisa makanan dekat VKook yang seronok gelakkan Suga.
YOU ARE READING
Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)
FanfictionBayangkan bila kau bangun tidur tiba-tiba sahaja kau ada tepi Bts. Paling gila, kau sendiri yang jadi ahli bts. Macam mana kau nak menyanyi? Macam mana kau nak menari? Macam mana life kau kat dorm nanti? Benda ini sebenarnya jadi kat aku!!!!! Terima...