"Jung Kook, kau kenapa ni? Aku nak rehat pun tak senang. Esok kita dah kena buat persembahan. Dah-dah la wei. Dari bilik sampai ke ruang tamu kau ikut aku." Bebel Jin.
"Aku takut, hyung. Aku rasa aku dah diserang bipolar."
"Aku tampar bibir kau kalau kau buat main pasal tu lagi. Kau dah la tak ada bibir atas kan tak pasal-pasal.."
"Aku adalah bibir atas hek eleh!!".
"Tapi tak seseksi bibir aku. Chuuuu~~~"
Tiba-tiba Jung Kook memegang kedua-dua belah bahu Jin membuatkan habis tumpah ramen miliknya ke atas riba. Nasib baik dah tak panas.
"Hyung! Kau dengar tak tu. Dengar tak?"
"Yahhh! Ramen aku hu hu hu. Dengar apa hah? Apa?!" Jin mula hilang sabar.
"Saranghe cute girl, saranghe jungkook. Opss!" jung kook menekup mulutnya.
"mantera apa kau baca tu?"
"Tak tahu, hyung. Lepas aku termimpi ngeri semalam, mulut aku ni hyung tak boleh berhenti sebut benda tu. Mimpi tu berpuaka, hyung. Aku takut." Jung Kook menggigil di tepi Jin.
"Mimpi apa, jung Kook? Ceritalah dekat aku." Jin juga ikut cemas sampai tak sedar kakinya termasuk dalam mangkuk ramen yang tumpah tadi.
"Aku mimpi aku pergi majlis tari menari dengan seorang perempuan."
"Tu bukan mimpi ngeri tu mimpi basah."
"Bukan hyung!! Perempuan tu pelik, hyung. Dia ada hidung tapi tak ada mata. Lepastu dia pegang aku tak bagi lepas, hyung. Aku terpaksa menari lima jam dengan dia sampai kaki aku dah rasa cacat sebelah."
"lepas tu?"
"Aku tak ingat apa yang jadi lepas tu tapi dari dalam mimpi sampailah sekarang aku tak boleh lupa perkataan tu. Terngiang-ngiang dalam telinga sampai nak tekan flush pun bunyi saranghe cute girl juga. Gila! Aku dah naik gila dah ni."
"Saranghe Jung Kook."
"Saranghe cute girl. Huwaaarghxxcgfghjhahjahhf." Jung Kook lari masuk ke biliknya sambil menjerit seperti bapok.
Jin Jaw drop.
"Kenapa? Salah ke aku sebut saranghe Jung Kook?" Jimin yang muncul tiba-tiba ikut terkejut.
"Hah? Jimin, saranghe cute girl.. ish dah lah aku pula yang terjangkit. Tolong aku bersihkan lantai. Jung Kook ni la punya pasal. Haih."
"Dah lama aku tak tengok dia menjerit macam bapok. Kali terakhir masa Mcountdown. Time dia terperangkap dalam lif yang penuh dengan girl group." Jimin mengenang kisah lama.
Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi pintu depan dibuka.
"Eh, Yoongi? Army? Bukan korang kata nak ke Daegu ke? Takkan kejap je. Pelik." Jin bersuara bila melihat kau melangkah masuk ke dalam rumah sambil ditemani Suga yang mengangkat bagasi korang.
"Ya hyung? Ke korang bukan pergi Daegu tapi pergi dating sebenarnya ni?" Jimin cuba mengusik korang tapi terdiam bila Suga buat isyarat mulut supaya jangan cakap apa-apa.
Awalnya Jin dan Jimin tak faham tapi melihatkan air muka kau yang sugul, mereka membuat andaian bahawa ada masalah yang berlaku di pertengahan jalan tadi.
"Apa jadi, Suga hyung?. Kau ada apa-apa kan dia ke, hyung? Jangan hyung. Jaga nafsu kau. Dia bawah umur lagi tu. Aku dah cakap jangan bergaul dengan namjoon tapi hyung tak dengar. Dia kaki tengok porno."
YOU ARE READING
Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)
Fiksi PenggemarBayangkan bila kau bangun tidur tiba-tiba sahaja kau ada tepi Bts. Paling gila, kau sendiri yang jadi ahli bts. Macam mana kau nak menyanyi? Macam mana kau nak menari? Macam mana life kau kat dorm nanti? Benda ini sebenarnya jadi kat aku!!!!! Terima...