Bab 14

1.7K 198 19
                                    

Kau membuka mata perlahan-lahan. Kepala kau masih rasa sedikit pening akibat dos suntikan tadi.

Kau mula rasa takut. Mana taknya kau kini sedang berada di atas kerusi dalam keadaan berikat serta mulut kau juga diikat dengan kain hitam.

Serta-merta kau teringat kembali kejadian tadi. Kejadian di mana kau diculik oleh seseorang yang barangkali menyamar sebagai budak sekolah. Sah budak tadi adalah sasaeng tak pun mesti haters. Kenapa mereka dah sampai senekad dan sekejam ini?

"Mak.. Bts.. Tolong..." Kau jerit dan menangis tapi tak guna juga sebab mulut kau kan masih terikat dengan kain. Bunyi suara pun tak jelas.

Mata kau mula meliar ke sana sini. Meneroka seluruh ruang bilik. Kau mula rasa seram sejuk. Bilik ini disinari lampu samar-samar tapi cukup untuk buat kau nampak seluruh isi ruang dalam bilik ini.

Tahu tak apa yang menyeramkan?. Bilik ini agak sempit dan kotor. Katil dan sofa dalam bilik ini ditutup dengan kain putih. Sarang labah-labah penuh disyiling. Macam bilik berpuaka.

Apa yang lebih menggerunkan ialah gambar-gambar yang tertampal di dinding. Semuanya penuh dengan poster bts. Bukan poster biasa tapi poster yang telah diconteng dan ditoreh-toreh. Malah ada yang disimbah dengan cat merah. Tulisan Bts, I will kill you memenuhi ruang dinding. Sah, orang itu benci dan berniat nak bunuh bts.

Kau terkejut bila tengok bahagian dinding sebelah kanan. Ada gambar Suga dan pisau yang mencucuk pada mata gambar Suga. Kau mula rasa nak menangis. Kau yakin penculik tadi nak bunuh Suga tapi sayangnya dia tak tahu kau bukanlah Suga yang sebenar.

Bukan tu sahaja dekat atas meja ada tersedia perkakas macam alatan tajam dan kamera serta alatan yang digunakan barangkali untuk menghendap bts secara senyap-senyap. Perempuan tadi agaknya memang dah lama merancang nak bunuh Bts.

Tiba-tiba kau terdengar bunyi seseorang sedang membuka kunci pintu bilik ini. Jantung kau berdegup laju. Badan mula menggigil. Takut kalau kejap lagi kau bakal dibunuh atau diseksa.

"Dah bangun rupanya kau?" Kata perempuan itu.

Dia mengenakan pakaian serba hitam. Topeng muka sudah tiada di mukanya. Mukanya tidaklah nampak macam penjahat. Mesti orang takkan dapat agak perangai sebenar dia adalah macam ni.

Dia mengikat rambutnya dan duduk di atas katil yang berhadapan dengan aku. Kain yang menutup mulut aku juga sempat ditarik terlebih dahulu.

"Kenapa nak tangkap aku? Kau psiko ke hah?!" Soal kau dalam keadaan tercungap-cungap.

Dia diam tanpa jawapan.

"Kau sasarkan Suga? Kenapa nak bunuh dia hah? Cakaplah! Kau benci dia sangat ke apa hah? Jangan jadi psiko sangatlah!" Kau beranikan diri marah dia tapi sayangnya dia langsung tak takut.

"Kenapa kau bercakap macam aku yang salah? Kau yang bersalah!!" Perempuan itu akhirnya menjawab.

"Suga eh maksud aku, aku yang salah? Kenapa? Sebab aku jadi artis ternama? Kau sasaeng fan ke? Kalau ya, tu salah kau sendiri sebab obses dengan Suga eh aku. Dan kalau kau haters, kau patut cerminkan diri kau dulu sebelum salahkan aku atas kegagalan kau! Tak payah la cemburu sampai nak membunuh bagai."

"Kau memang banyak cakaplah!"

"Kau nak bunuh kami kan? Besar mana salah bts dekat kau hah sampai kau hilang sifat prikemanusiaan? Kau tak fikir panjang ke sebelum buat semua ni? Kau nak masuk penjara? Bts baik orangnya tapi kenapa kau nak sakitkan mereka?!"

"Aku patut tanya soalan tu dekat kau! Apa salah kami sampai kau nak aniaya kami?! Apa agenda kau hah?"

Kata-kata perempuan tadi buat kau tersentak. Apa maksud dia? Kau mula rasa keliru. Ke dia psiko? Atau ada masalah split personality?

"Apa maksud kau?"

"Apa maksud aku? Kau dah lupa ke muka ni? Tengok betul-betul?!"

"A-aku tak kenal kau. Aku tak pernah jumpa kau!"

"Apa? Tak kenal? Macam mana kau boleh cakap kau tak pernah jumpa diri kau sendiri?"

Kau terkedu. Diri sendiri? Maknanya rupa perempuan tu adalah muka kau sendiri? Jadi, gambar bts di dinding dan bilik ni adalah milik kau, dan maknanya perempuan di depan kau ni adalah....

Bila Aku Jadi Bts (Imagine Version)Where stories live. Discover now